Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Misteri tiga beradik membunuh diri terjawab

Kematian tiga beradik wanita bukti kepincangan sistem keluarga di India

New Delhi: Tiga beradik perempuan dan anak mereka di India, ditemukan mati di dalam sebuah perigi.

Mereka sempat meninggalkan pesanan menyalahkan keluarga yang mengahwinkan mereka dengan lelaki 'tidak berguna'.

NDTV melaporkan, Kalu, Kamlesh dan Mamta Meena menjadi mangsa pertikaian mengenai hantaran kahwin, wang yang perlu dibayar ibu bapa di India untuk mengahwinkan anak perempuan mereka.

Mangsa dilaporkan berkahwin dengan saudara lelaki daripada keluarga sama.

Mereka juga tinggal di kediaman sama tetapi mengalami keganasan berterusan daripada suami dan mentua mereka, menurut saudara mara ketiga-tiga mangsa.

Tiga beradik berkenaan termasuk bapa mereka didera secara berterusan kerana gagal memenuhi tuntutan suami wanita terbabit untuk mendapatkan lebih banyak wang.

Ketiga-tiga mereka ditemukan meninggal dunia bulan lalu berhampiran rumah di sebuah kampung di pinggir Jaipur, bersama anak lelaki Kalu berusia empat tahun dan bayinya.

Kamlesh dan Mamta pula dilaporkan mengandung.

"Kami tidak mahu mati tetapi kematian lebih baik daripada sering didera mereka. Ipar duai kami punca kematian kami," katanya.

Sumber : Harian Metro


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom