Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Lembah Beringin : apa yang sebenarnya terjadi?


Lembah Beringin, mungkin ada yang pernah dengar mungkin ada yang tak pernah dengar nama tempat ni. Terletak di Hulu Selangor. Jauh dari Lembah Klang. Kalau lalu Lebuhraya PLUS mesti pernah nampak papan tanda Lembah Beringin ni.

Apa yang ada disini?

Terlalu banyak rumah terbiar. Tidak kira rumah banglo mahupun teres. Berderet lot-lot kedai yang tidak disiapkan. Tinggi dinaiki lalang dan belukar.

Kita patah balik semasa ekonomi Malaysia berkembang pesat sekitar awal 1990-an. Pemaju-pemaju projek perumahan berpusu-pusu membeli tanah  dan bangunkan projek mereka. 

Apa yang membuatkan Lembah Beringin ini istimewa berbanding tempat lain ialah disinilah khabar angin bertiup kencang mengatakan jangkaan Putrajaya dibina dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan didirikan menggantikan Lapangan Terbang Subang.

Malah kawasan sekitar Lembah Beringin seperti Bukit Beruntung, Sungai Buaya dan Rawang dapat merasai impak ekonominya.

Namun, pelamin anganku musnah apabila Putrajaya dan KLIA dibina di Prang Besar, jauh ke selatan Kuala Lumpur.

Akhirnya pada akhir 1990-an, Krisis Kewangan Asia 1997 melanda Malaysia. Harga hartanah jatuh, syarikat bankrup dan kemelesetan ekonomi dalam sekelip mata.

Kebanyakan rumah-rumah yang sepatutnya siap pada 1998, terbengkalai terus. Pembeli menjadi mangsa keadaan atas janji yang ditabur oleh pemaju. Sehingga kini, Lembah Beringin berada dalam hutan konkrit.



Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom