Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tragedi 18 September 1931 : China memperingati peristiwa kejatuhan Manchuria


Peristiwa malam 18 September 1931. Tentera Jepun telah meningkatkan penguasaannya ke atas Asia dengan memperluas wilayah ketenteraannya.  Mereka telah merebut Semenanjung Korea dan Taiwan seterusnya mara  ke Manchuria.

Manchuria adalah lokasi yang strategik.  Orang Jepun merasakan bahawa kawasan itu tidak hanya diperlukan untuk mempertahankan tanah jajahan mereka di Korea, tetapi juga kaya dengan sumber dan pusat perindustrian dan pengangkutan.  Melihat kepada penyatuan China semakin kuat, pegawai Jepun mengambil tindakan berani untuk menawan Manchuria demi mempertahankan tanah jajahannya di Korea.

Bukti menunjukkan bahawa pegawai Jepun menanam bom di kereta api Manchuria Selatan pada malam itu.  Namun, kerosakan itu minimum dan kereta api dan penumpangnya sampai ke destinasi dengan selamat.  Namun, tentera Jepun menuduh tentera China menanam bom itu dan menggunakannya sebagai alasan untuk menduduki Mukden.

Dalam masa tiga bulan, tentera Jepun menperluas kawalan mereka ke seluruh Manchuria.  Orang Jepun menamakan semula negara itu sebagai Manchukuo, menggunakannya sebagai negara boneka.  Ini adalah langkah kepada pencerobohan Jepun ke atas beberapa bahagian di China.  Penjajahan mereka akan berterusan sehingga kekalahan Jepun pada tahun 1945.

Hari ini, setiap kali tibanya tarikh 18 September pelbagai bandar di seluruh China memainkan siren dan loceng amaran pada untuk menghormati tragedi itu setiap tahun.


 #ThisDayInHistory #Mukden





KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Bertapa jijiknya bangsa Sepanyol menjahanamkan tamadun Inka

    Pada penghujung 1531, seorang penakluk dari Sepanyol sampai di Peru. Namanya Francisco Pizarro. Mukanya lonjong berjambang. Pizarro datang dengan kapal perang bersama 180 orang tentera dan 30 ekor kuda.Tujuan si muka lonjong itu ialah, pertama untuk meluaskan lagi jajahan takluk di Amerika Selatan. Kedua, menjadi kaya raya dengan mengaut hasil bumi... Baca Selanjutnya

  • Kisah ghaibnya Zulaiha masih kekal misteri

    Kampung Gantuk, Mentakab, Pahang 28 November 1998 Ketika kejadian umur Zulaiha enam tahun. Pagi itu Zulaiha bermain dengan adiknya, Muhamad Nur Rahman, di bawah pokok jambu mawar di halaman rumahnya. Umur Muhamad Nur dua setengah tahun. Ibu mereka, Kamariyana Osman pula sibuk menyapu sampah. Oleh kerana sakit perut, Kamariyana tinggalkan mereka da... Baca Selanjutnya

  • Pak Ungku : Jangan terlalu sombong, dengarlah nasihat orang lama di Bukit Jugra

    Bulan Mac 1999Raja Kassim Raja Jaafar, adalah pemegang amanah sebuah peti besi milik Sultan Abdul Samad - sultan keempat negeri Selangor. Peti yang diperbuat besi padu berukuran setengah meter lebar dan satu meter panjang itu disimpan dalam bilik khas di rumahnya.Menurut Raja Kassim atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ungku peti itu menyimpan 100... Baca Selanjutnya

  • Bagaimana Kongsi Gelap Cina masuk ke Tanah Melayu

    Pertubuhan kongsi gelap masyarakat Cina yang wujud sehingga hari ini di Tanah Melayu berasal daripada Pertubuhan Liga Hung atau Thien Te Hui yang memiliki pengikut setia dari Tanah Besar China.Pada awalnya, kewujudan kongsi gelap ini tidak bermotifkan politik sebaliknya fokuskan untuk merebut kawasan perekonomian kerana dengan ekonomi sahaja sesuat... Baca Selanjutnya

  • Portugis lancar perang salib pertama di Alam Melayu

    Pada 24 Julai 1511, Alfonso de Albuquerque telah memanggil kesemua pegawainya berbincang akanstrategi mereka untuk menawan Melaka. Oleh sebab perbezaan pendapat dalam kalangan kapten tersebut, Albuquerque kemudian telah meminta pandangan Ruy de Araujo kerana beliau telah lama berada di Melaka dan boleh melakukan penilaian strategi yang terbaik.&nbs... Baca Selanjutnya

Ads Bottom