X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Menjejak terowong lama di Bukit Melaka



Sejak tahun 60-an lagi telah terdapat "cakap-cakap" dari kalangan masyarakat setempat mengenai kewujudan terowong lama atau laluan bawah tanah di sekitar Bukit Melaka (Bukit St. Paul). Antara yang sering didengari ialah terdapat terowong dari Bukit Melaka ke Bukit Senjuang malah ada juga mendakwa terdapat laluan dari Bukit Melaka hingga ke Pulau Besar. 

Cerita-cerita sebegini masih tiada bukti fizikal yang boleh dijadikan sandaran.  Cuma di dalam catatan-catatan lama seperti Hikayat Munsyi Abdullah, catatan Portugis dan lain-lainnya ada menyebut terowong, laluan, ruang bawah tanah yang terdapat sekitar Bukit Melaka. Namun sayangnya, sehingga kini masih belum dapat dibuktikan kesahihannya.

Justeru, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) telah bekerjasama dengan Kementerian Sains dan Teknologi (MOSTI) di bawah Inisiatif Teknologi Tinggi Sentuhan Rendah sedang menjalankan kajian untuk menjejaki terowong dengan menggunakan segala teknologi terkini yang boleh diguna-pakai. 






Kerjasama ini melibatkan agensi-agensi di bawah MOSTI seperti Agensi Nuklear Malaysia dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) serta turut melibatkan penyelidik dari universiti tempatan seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM).

Pada peringkat awal ini, satu penyelidikan dijalankan oleh pihak MYSA dengan kaedah resistiviti bagi mengesan sebarang unsur-unsur di bawah tanah. Sebanyak 8 lokasi di sekitar kawasan bukit ini telah diuji dengan kaedah resistiviti. Projek penyelidikan oleh MYSA telah dijalankan pada 15 - 19 November 2021 dan masih dalam pemprosesan data. 










Semoga suatu hari nanti, melalui kajian dan penyelidikan menggunakan teknologi tinggi ini dapat merumuskan sama ada terdapat terowong atau laluan bawah tanah di sekitar Bukit Melaka atau sebaliknya.


Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Karomah Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong

    Tuan Guru Haji Mat Shafie Losong ( 1862 - 1945 )Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Ahmad Shafie Bin Haji Muhammad Amin Bin Haji Abdul Rahman Bin Syeikh Ahmad al-Zabidi dan beliau dilahirkan di Kuala Kangkong, Simpang Empat,  Kota Setar, Kedah pada tahun 1862. Beliau berasal dari rumpun keluarga yang alim lagi wara'. Datuknya ialah Syeikh Abdul... Baca Selanjutnya

  • Osman Botak : Daripada samseng menjadi pelakon

    Melihat mukanya yang bengis dan kepalanya yang berkilat, sudah pasti ramai yang gerun berhadapan dengannya. Tetapi sebenarnya beliau seorang yang lemah lembut jika mengenalinya dengan lebih dekat.Osman Botak atau nama sebenarnya Osman bin Mohd Amin telah memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon tambahan pada tahun 1959 menerusi filem Musang Ber... Baca Selanjutnya

  • Manaqib Imam Kiyai Mohamed Yusof bin Mohamed Said

    Bulatan Kuning Kiyai Mohamed YusofBeliau adalah Murshid Thariqah Naqshahbandiah pada zamannya dan Imam Masjid Sultan yang paling lama berkhidmat iaitu selama 40 tahun. Imam Kiyai Mohamed Yusof bin Mohamed Said lahir pada tahun 1866 di Pulau Bawean. Semasa berusia 6 tahun, bapanya telah membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haj... Baca Selanjutnya

  • Padamnya pelita-pelita agama 1930an

    Dekad 30an adalah waktu yang paling menyedihkan buat ummah khususnya di Tanah Melayu apabila kebanyakkan alim ulama' besar negara kita meninggal dunia pada dekad ini termasuk Tok Kenali dan Tuan Hussien Kedah al-Banjari.Pada tahun 1930, ulama' besar asal Bogor, Indonesia yang menjadi guru besar di Mekah telah meninggal dunia. Beliau ialah Syeikh Mu... Baca Selanjutnya

  • Theodore Herzl, Lord Rothschild dan Perang Dunia Pertama

    Theodore HerzlPerang Dunia Pertama tercetus akibat pertelingkahan yang dikatakan bermula lama sebelum perang itu terjadi. Pertelingkahan berlaku antara kerajaan Austria-Hungary dengan kerajaan Serbia pengaruhnya yang berusaha memperluaskan kuasa dan bagi Yahudi, perang ini menjadi platform bagi mereka mengaburi mata dunia khususnya kerajaan Uthmani... Baca Selanjutnya

Ads Bottom