Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Pablo Ascobar : Ketua kartel dadah yang dijulang sebagai "hero rakyat"



Pablo Escobar

Raja billionair kokain yang terkenal di dunia iaitu Pablo Emilio Escobar Gaviria bukanlah terlalu berasing untuk orang yang tahu kisah seorang lelaki warga Colombia ini. Pablo Escobar telah diilahirkan pada 1 Disember 1949, beliau merupakan pengasas dan ketua kumpulan dadah yang dikenali sebagai Medellin.

Dibesarkan di Medellin yang juga nama kumpulan yang diasaskan, Pablo Escobar sempat melanjutkan pengajian tetapi tidak berjaya menghabiskan pembelajarannya. Dari situlah titik bermulanya kerjaya Escobar dalam jenayah yang berjaya mendapat perhatian dunia.

Kartel Medellin yang ditubuhkan oleh beliau pada tahun 1976 adalah untuk tujuan penyeludupan serbuk kokain ke Amerika Syarikat. Direkodkan sebanyak 80 tan kokain berjaya diseludup masuk ke negara tersebut hasil kerja tangan kumpulan kartel yang ditubukan beliau.

Selain bertindak untuk seludup dadah, kumpulan ini juga terlibat dalam aktiviti gelap seperti menculik dan menjadikan tahanan sebagai tebusan. Hasil daripada aktiviti haram ini jugalah yang membolehkan Pablo Escobar menjadi bilionair dengan cepat, kekayaan Escobar dikatakan berjumlah 58 billion dollar atau bersamaan 239 billion ringgit.


Dia juga menggunakan hampir 1000 dollar setiap minggu hanya untuk membeli gelang getah bagi mengikat duit yang diperolehi dan akan disimpan pada gudang yang dibina.

Satu pendapatan yang cukup tinggi dan boleh  membiayai apa jua projek yang dilaksanakan termasuklah mengupah orang untuk merompak, membunuh atau menculik sasaran yang dikehendaki.

Ini termasuklah membunuh hakim, pegawai polis serta ahli politik yang menjadi sasaran Escobar kerana menghalang kegiatan jenayah yang dilakukan. Apa yang menariknya pada tahun 1982 merupakan tahun emas baginya, dimana beliau dilantik menjadi ahli politik di Colombia.

Dengan sumber kekayaan yang sebegitu besar, dia membelanjakan wangnya untuk pembinaan rumah rakyat serta padang bola sepak, dia mendapat perhatian yang tinggi daripada penduduk tempatan dan menyanjung Escobar sebagai hero rakyat .



Bagaimanapun Escobar terpalit dengan isu pengeboman bangunan Jabatan Pemtadbiran dan Keselamatan di Bogota, Colombia pada tahun 1989. Sebuah trak yang berisi 500 kilogram dinamit meletup dan mengorbankan 63 orang dan mencederakan 1000 yang lain. Tragedi ini dirancang bertujuan untuk membunuh ketua pengarahnya yang bernama Miguel Alfredo Maza Márquez.

Tidak cukup dengan itu, Escobar dan kumpulannya Medellin telah mengebom pesawat Avianca 203 pada 27 November 1989. Pesawat malang tersebut berlepas dari Bogota menuju ke Cali meletup selepas 5 minit berlepas. Mengorbankan 107 orang didalam pesawat dan 3 oramg cedera akibat terkena serpihan letupan.

Dia merancang untuk membunuh calon presiden ketika itu yang bernama Cesar Gaviria, tetapi dia bernasib baik tidak berada didalam pesawat tersebut. Selepas kejadian tersebut pihak berkuasa Colombia telah mengarahkan untuk memburu Escobar dan dibantu oleh pihak Amerika disebabkan dua orang rakyat Amerika terbunuh dalam serangan pesawat tersebut.

Escobar yang melarikan diri namun berjaya ditangkap dan diberi hak istimewa iaitu membuat sebuah rumah sebagai penjaranya sendiri. Namun Escobar dengan liciknya telah meloloskan diri dan bersembunyi selama 16 bulan bersama kumpulannya. 

Ketika inilah dikatakan Escobar membakar wang sebanyak 2 juta supaya ahli keluarganya tidak sejuk. Pihak berkuasa telah menjejaki Escobar disebuah rumah dan pertempuran hebat telah berlaku. Insiden tembak menembak dengan pihak berkuasa yang dilatih oleh Amerika tersebut berjaya menewaskan pasukan kumpulan Medellin termasuk Escobar sendiri yang ditembak mati pada 1993.









KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Tun Hasan Temenggung : Pembesar Melayu Melaka yang cukup benci rasuah

    Tun Hasan Temenggung ialah anak kepada Tun Mutakhir iaitu Bendahara Melaka. Berbeza dengan ayahnya yang sukakan “hadiah”, Tun Hasan Temenggung pula sebaliknya. Beliau seorang yang mementingkan agama dan sesekali tidak akan menerima atau meminta hadiah jauh sekali rasuah daripada mana-mana saudagar mahupun pembesar. Tugas beliau ialah menjaga urusan... Baca Selanjutnya

  • Kisah benar : Kematian Kapten Syers yang penuh tragis

    Jika pergi Bukit Tunku, KL ada jalan namanya Jalan Syers. Itulah Kapten Syers dalam filem Mat Kilau.Kisah kematiannya tragis.Seladang pembunuh penjajah Inggeris keparatPada 12 Julai 1897, Kapten Harry Charles Syers, Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu bersama Encik Meikle, seorang peladang sedang memburu di hutan Bentong, Pahang. ... Baca Selanjutnya

  • (Gambar) Mereka ulama yang berasal keturunan ulama, permata Alam Melayu

    Ayah dan Anak - Generasi Warisan Ulama' Alam MelayuSedikit perkongsian gambar ulama' Melayu yang ayah/ ibu dan anaknya sama-sama merupakan alim ulama' serta tok guru.Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya . Amin Baca Selanjutnya

  • Selamatkan gambar ini dulu, kemudian baru anak

    Setiap rumah di Korea Utara harus memiliki lukisan pemimpin mereka yang terdahulu iaitu Kim II Sung dan Kim Jong l yang merupakan atuk dan ayah kepada Kim Jong Un. Jika terjadi kebakaran di rumah penduduk setempat wajib menyelamatkan lukisan itu terlebih dahulu, ia menganggap menyelamatkan gambar tanda menyelamatkan nagara tersebut. Malah... Baca Selanjutnya

  • Tan Sri Khalid Ibrahim : Pemimpin yang tegas menjaga wang rakyat

    Tan Sri Khalid Ibrahim dikenali seorang tokoh koperat Melayu sebelum menjadi Menteri Besar SelangorBeliau sebagai salah seorang anak Melayu terpintar dalam dunia ekonomi dan koporat yang pernah kita ada.Selain Allahyarham Tan Sri Salleh Majid, arwah Tan Sri Khalid diakui antara teknorat yang cukup hebat dalam permainan ringgit dan angka.Anak kampun... Baca Selanjutnya

Ads Bottom