Yasser Arafat
(24 Ogos 1929 - 11 November 2004)
Ketika sosok pejuang ini berusia lima tahun, setelah kematian ibunya - Yasser Arafat berpindah dari kota Kaherah ke Baitul Maqdis.
Rumah bapa saudaranya berdekatan dengan Tembok Ratapan milik Yahudi sekarang.
Ertinya sejak tahun 1934, Arafat sudah melihat kemasukan Yahudi secara sistematik ke Palestin dan menduduki Baitul Maqdis atas alasan melawat tempat suci Haikal Sulaiman.
Proses kemasukan Yahudi Eropah diatur secara licik oleh penjajah terlaknat, British yang menjajah Palestin sejak 1918 selepas kejatuhan Empayar Uthmaniah.
Arafat telah dilahirkan di Kaherah pada 24 Ogos 1929 dengan nama Mohammed Abdel Raouf Arafat bin Qudwa al-Hussaeini.
Sejak 1948 apabila meletusnya perang melawan pendudukan Israel, Arafat bertempur secara fizikal dengan mengangkat senjata berjihad melawan Zionis dan British.
Malah, sejak tahun 1946, sebagai seorang pelajar di Kaherah, Arafat terlibat secara langsung dengan usaha menyeludup senjata ke Bandar Jaafa sebagai persediaan penduduk Palestin melawan British dan Yahudi.
Semangat melawan Afarat ketara sejak kecil. Selepas peristiwa rumah bapa saudaranya di Baitul Maqdis diceroboh British dan saudara-maranya dibantai. Pengusiran keluarga tempat Arafat menumpang meninggalkan kesan mendalam.
Sejak itu, Arafat tidak pernah memaafkan kejahatan British dan Zionis terhadap rakyat Palestin.
Pada tahun 1938, berikutan hilangnya tanah milik bapa saudaranya di Baitul Maqdis, bapa saudara Arafat yang lain mengambilnya semula dan dibawa ke Kaherah.
Di Kaherah, pada usia 16 tahun, ketika Arafat masih belajar, dia terbabit dengan gerakan menyusup senjata kepada penduduk Palestin.
Ini langkah persediaan kerana sudah wujud kesedaran British akan membantu Yahudi mewujudkan sebuah negara Zionis di atas tanah Palestin.
Tahun 1948, apabila perang meletus, Arafat berusia 19 tahun dan mengangkat senjata berperang melawan pendatang Yahudi dan tentera British.
Pada 14 Mei 1948 serangan pendatang Yahudi dengan bantuan tentera British menyebabkan lebih 500 penempatan Palestin dirampas dan dimusnahkan demi menjadikannya sebagai pemukiman haram Yahudi
700 ribu penduduk Palestin menjadi pelarian dan terhimpit di Gaza. Sebahagian lagi melarikan diri ke Tebing Barat (Baitul Maqdis dan wilayah-wilayah lain.)
Jatuhnya Palestin pada 15 Mei 1948 sangat mengecewakan Arafat. Kekalahan itu menyebabkan Arafat mengambil visa dan menyambung pelajaran di Universiti Texas.
Pada 1950 Arafat kembali ke Kuwait dan menyambung pelajarannya. Namun, masanya dihabiskan sebagai pemimpin pelajar yang mengatur perlawanan menentang rejim Zionis.
Pada 1958, Arafat menubuhkan Fatah sebagai gerakan rahsia berpangkalan di Kuwait. Pada tahun 1959, Fatah mula menyebarkan pengaruh di Palestin dan menjadi sayap bersenjata melawan Zionis.
Pada 1964, Arafat meninggalkan Kuwait dan mengesahkan perjuangan bersenjatanya melawan Israel dengan gerakan Fatah berpangkalan di Jordan.
Pada tahun itu juga, Arafat menubuhkan menubuhkan Palestine Liberation Organisation (PLO). Dana perjuangan gerakan bersenjata ini ditaja Liga Arab.
Tugas utama Arafat dalam PLO ialah menyatukan semua gerakan bangsa Palestin melawan Israel dalam satu wadah perjuangan.
PLO ikut berjuang dalam Perang Arab Israel pada 5 hingga 10 Jun 1968.
Walaupun Mesir, Jordan, Syria dan Lubnan kalah dalam perang bersejarah itu, Arafat tidak mengalah.
Beliau kembali ke Palestin dan terus memimpin Fatah.
Fatah mengambil alih PLO dan Arafat memimpinnya secara bersendirian. Ketika itu sokongan negara Arab terhadap Palestin mulai berkurangan.
Mulai 1969 selepas kalah perang Arab Israel, nasib Palestin mula diabaikan oleh rakan-rakan negara Islam.
Banyak perjuangan dilalui Arafat hingga ke akhir hayatnya pada 11 November 2004.
Arafat akan dikenang sebagai singa Palestin.
Sekadar mengimbas sejarah. Baitul Maqdis pernah dijajah Tentera Salib selama 88 tahun (1099-1087) sebelum Salahuddin Ayubi muncul dan membebaskannya.
Singa Palestin seperti Arafat lahir dan pergi sebagai pemulaan bagi perjuangan merampas kembali Baitul Maqdis dan memerdekakan Palestin.
Tahun ini sudah 73 tahun Zionis menjajah Palestin dan 54 tahun menduduki Baitul Maqdis.
Walaupun dunia Islam makin meminggirkan Palestin, kita berdoa akan lahir pejuang yang menyambung usaha Arafat.
Moga akan lahir Salahuddin Ayubi pada abad 21 yang berjuang dan memerdekakan Baitul Maqdis dan Masjidil Aqsa.
Aaminn Ya Rabb Alamin...
KONGSIKAN: