X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

13 Julai 1889 dan Konfederasi Negeri Sembilan



13 Julai 1889 – Dalam tahun 1889, satu persetujuan penubuhan Konfederasi Negeri Sembilan telah dicapai. Yamtuan Besar Seri Menanti Tuanku Mohamad ibni Almarhum Tuanku Antah bersama-sama pemerintah-pemerintah Johol (termasuk Gemencheh), Inas, Ulu Muar, Jempol, Gunung Pasir dan Terachi, bersama-sama dengan Tunku Syed Hamid pemerintah Tampin dan Dato Setia Raja dari Rembau dengan rasminya telah bersetuju menerima perlindungan British melalui satu perjanjian yang telah ditandatangani bersama oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith.

Yamtuan Besar Seri Menanti Tuanku Mohamad ibni Almarhum Tuanku Antah 


Persetujuan juga dicapai untuk melantik Residen British bagi membantu pentadbiran Kerajaan Konfederasi ini. Dengan penubuhan Konfederasi ini, maka kawasan Negeri Sembilan terbahagi kepada dua daerah pentadbiran yang diakui oleh Inggeris.Yang pertama ialah kawasan bahagian Timur yang mengandungi Sungai Ujung (termasuk Jelebu) di bawah Residen Sungai Ujung iaitu W.F.B. Paul, manakala bahagian Barat dengan nama Negeri Sembilan terletak di bawah Residen Negeri Sembilan, Martin Lister.

Setiap daerah ini ditadbir secara berasingan dan mempunyai organisasi pentadbirannya yang tersendiri seperti Pasukan Polis dan jabatan-jabatan yang menguruskan yang menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negeri. Pada 8 Ogos 1895, satu lagi perjanjian telah ditandatangani di hadapan Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir Charles Bullen Hugh Mitchell mengenai penubuhan Konfederasi Negeri Sembilan yang lebih besar dengan Martin Lister telah dilantik sebagai Residennya yang pertamanya.

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Menjejak Deutero Melayu (Melayu purba yang hilang)

    Deutero Melayu atau Melayu Muda adalah suku bangsa yang tiba di Kepulauan Indonesia pada sekitar 500 SM.Bangsa ini sampai di Indonesia setelah bangsa Proto Melayu, yang datang ke Indonesia pada 1500 SM.Para ahli sejarawan bersepakat bahawa tidak ada dasar arkeologis yang menunjukkan perbezaan antara Proto Melayu dan Deutro Melayu. Bangsa Indonesia ... Baca Selanjutnya

  • Apabila minyak dan sel kulit mati berkumpul

    Apa benda ni? ini lah Blackhead yang dilihat melalui Electron microscope. Blackhead ni biasanya ada bukan sahaja dikawasan muka tapi bahagian belakang badan pun boleh ada. Benda ni terbentuk disebabkan minyak berlebihan dan sel kulit mati dan berwarna hitam. Baca Selanjutnya

  • Dua pegawai Melayu segak bergaya. Gambar diambil sekitar tahun 1900

    Gambar Lama :Dua pegawai Melayu segak bergaya. Gambar diambil sekitar tahun 1900...Perkenalkan:1. Panglima Perang Raja Berayun - Memegang Tongkat2.Tunku Panglima Raja Berkat @ Raja Mat Saman ibni Raja Hussain ibni Sultan Ibrahim (Sultan Selangor ke-2) - Memandang ke sebelah kiri. Baca Selanjutnya

  • Malaya tak mudah ditakluk dengan sekadar naik basikal

    Melihat sejarah penaklukan Jepun sekitar tahun 1941, ramai dari kita menyangka angkatan tentera Imperial Jepun yang diterajui Jeneral Yamashita hanya menggunakan basikal semata-mata. Tidak diketahui ramai, garisan logistik tentera Jepun dan kekuatan militernya tidak semata-mata bergantung penuh kepada bilangan infanteri sahaja, atau kemaraan Jepun ... Baca Selanjutnya

  • Etnik "hantu" di Papua New Guinea

    Di Papua New Guinea, terdapat sebuah etknik yang hidup di kawasan pergunungan dan dikenali sebagai Chimbu. Etnik ini sangat unik kerana mempunyai corak tulang yang dicat pada badan bertujuan untuk menakut-nakutkan musuh dan hantu. Baca Selanjutnya

Ads Bottom