Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

9 Mei 2018 : Buat pertama kalinya kerajaan persekutuan bertukar



Empat tahun yang lalu, berlangsungnya Pilihan Raya Umum ke-14 yang menyaksikan sejarah buat pertama kalinya, pertukaran kerajaan di peringkat pusat.

Tercatit dalam lipatan sejarah politik negara, parti Barisan Nasional (BN) yang tertubuh pada 1 Januari 1973 sebagai kesinambungan kepada parti Perikatan yang diasaskan pada 1952, gagal membentuk kerajaan pasca proses demokrasi itu.

Dari Pilihan Raya Umum (PRU) yang pertama pada 1955, gabungan 3 parti itu mendominasi politik Malaya/Malaysia. Mereka berjaya memenangi setiap edisi PRU & membentuk kerajaan walaupun ada beberapa edisi yang mencatat penurunan prestasi.

Namun kemerosotan mula terlihat pada PRU 12 pada 2008, di mana ketika itu BN di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi hanya mampu membentuk kerajaan dengan majoriti mudah (lebih 1/2 tapi tidak sampai 2/3 jumlah kerusi).

Dalam PRU seterusnya pada 2013, BN yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak berjaya meneruskan penguasaan atas dasar sistem 'first-past-the-post', namun tewas undi popular buat kali pertama dalam sejarah kepada gabungan pembangkang.

BN berdepan pembangkang yang lebih kuat apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membentuk gandingan dengan bekas Timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin Pakatan Harapan (PH) menuju PRU 14.

Apabila Parlimen dibubarkan dengan rasminya pada 7 April 2018, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan 9 Mei itu menjadi tarikh pengundian PRU 14. Pada hari tersebut, 82.32 peratus pengundi berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab.  

Hanya pada sekitar 4.40 pagi hari berikutnya, SPR mengumumkan secara rasmi bahawa PRU 14 dimenangi oleh PH yang memperoleh 113 daripada 222 kerusi Parlimen dengan majoriti mudah. BN hanya memenangi 79 kerusi, hilang 54 kerusi yang dipegangnya.

Sumber: Astro AWANI, SPR, laman web rasmi BN




KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Sultan Zainal Abidin III, sultan berjiwa ulama Terengganu bergema dengan zikrullah

    Sultan Zainal Abidin III (1881-1919) yang masyhur dengan kesolehan dan keilmuannya telah membawa Terengganu dalam satu era kemajuan rohani yang begitu tinggi. Baginda bukan sahaja seorang Sultan, malah baginda juga seorang ulama di mana baginda turut menjadi guru agama yang mengajar rakyat jelata.Sultan Zainal Abidin III telah mengaji banyak kitab-... Baca Selanjutnya

  • (Bhg 3, Akhir) ASP Zabri : Liku berdarah melawan pengganas Komunis

    ASP ZabriCerita asal Khairi KamilBerikutan terdapatnya satu maklumat dari pihak Cawangan Khas yang menyatakan bahawa pengganas komunis ingin meletupkan Empangan Temenggor, beberapa lagi platun Komando VAT 69 telah diatur gerak untuk membantu pasukan patrol yang sedia ada beroperasi di kawasan Operasi Bamboo  tersebut.Untuk peringkat berikutnya... Baca Selanjutnya

  • "Tragedi" Lahad Datu 2013 : Keras kepala pengganas Sulu bawa padah

    Cerita asal : Khairi KamilPada tahun 1986, pihak kerajaan Filipina melalui Memorandum Order No 427 telah bertindak membatalkan sah taraf Kesultanan Sulu yang sebelum itu dipegang oleh Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu sejurus selepas kemangkatan beliau dalam tahun yang sama.Sejak dari kemangkatan Sultan tersebut, kerajaan  Filipina tidak... Baca Selanjutnya

  • (Bhg 2) ASP Zabri : liku berdarah melawan pengganas Komunis

    Cerita asal : Khairil KamilOps Bamboo adalah satu operasi terpenting dan yang paling lama dilancarkan oleh pihak pasukan keselamatan bagi menentang dan menghapuskan pengganas komunis bermula dari zaman darurat pada tahun 1959 sehinggalah tamatnya ancaman komunis berikutan dari Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani pada 2 Dis 1989.Ops Bamboo i... Baca Selanjutnya

  • (Bhg 1) ASP Zabri : liku berdarah melawan pengganas Komunis

    Cerita asal oleh Khairi KamilSaya mula mendengar nama ASP Zabri sewaktu mengikuti kursus asas peperangan di hutan yang diadakan di Sekolah Latihan Pasukan Polis Hutan Ulu Kinta (SLPPH) pada awal tahun 1979. Kursus asas ini adalah kursus wajib yang perlu dihadiri oleh pegawai-pegawai yang telah ditukarkan ke Pasukan Polis Hutan sebelum mereka layak ... Baca Selanjutnya

Ads Bottom