Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Misteri siri pembunuhan janda di Sabak Bernam


Kejadian yang berlaku di Sabak Bernam, Selangor ini sudah lama. Mungkin mereka yang membesar sekitar tahun 70-an dan 80-an pernah mendengar kisah ini.

Pada tahun 1982, satu kejadian yang menggemparkan berlaku di tiga buah kampung iaitu Sungai Tengar, Tebuk Jawa dan Parit 6 di Sabak Bernam. Ia berkaitan tentang pembunuhan kejam tiga orang janda.

Dalam ketiga-tiga kes tersebut, mangsa yang menjadi sasaran pembunuh adalah wanita berstatus ibu tunggal yang mempunyai anak perempuan bongsu.

Kes pertama berlaku pada bulan Julai 1982. Seorang wanita yang merupakan ibu tunggal berusia 40-an ditemui mati pada pukul 12.00 tengah hari oleh anak perempuan bongsunya di kampung Sungai Tengah.

Sewaktu dijumpai, mayat mangsa dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah di bawah sebatang pokok, berhampiran rumahnya. Lebih mengerikan, leher mangsa telah dikelar hampir putus.

Namun begitu, siasatan pihak polis tidak menemui sebarang bukti kukuh untuk mengaitkan motif pembunuhan tersebut. Ini kerana sewaktu mayat dijumpai, mangsa lengkap berpakaian dan tiada kesan menunjukkan dia diperkosa atau disamun.

Lebih kurang sebulan kemudian, pertengahan bulan Ogos 1982, penduduk di kampung Tebuk Jawa pula gempar dengan penemuan satu lagi mayat yang hampir putus kepala.

Mengikut cerita penduduk di situ, mayat tersebut merupakan seorang wanita dalam lingkungan umur 39 tahun. Mangsa yang dibunuh juga seorang ibu tunggal yang mempunyai anak perempuan bongsu.

Sewaktu pihak polis memeriksa mayat dan lokasi kejadian, mereka mendapati kes tersebut serupa dengan kejadian bunuh yang berlaku di Kampung Sungai Tengah.

Pertama, identiti mangsa yang dibunuh adalah wanita yang bergelar janda. Kedua, cara pembunuhan juga sama iaitu mangsa dikelar di leher hingga hampir putus dengan senjata tajam.

Persoalannya, siapa yang melakukan pembunuhan kejam ini? Apakah motifnya dan mengapa hanya mensasarkan golongan janda yang mempunyai anak bongsu perempuan?


Pembunuh itu hanya mensasarkan wanita berstatus ibu tunggal yang mempunyai anak bongsu perempuan.

Tidak lama selepas mangsa kedua, pada awal bulan September 1982, satu lagi penemuan mayat seorang wanita berlaku di kampung Parit 6, Sungai Besar. Mangsa ketiga kali ini adalah seorang ibu tunggal berusia 40-an.

Menurut anak saudara mangsa bernama Mohd Norazahar yang pernah kami temubual dahulu, sewaktu mayat arwah ibu saudaranya ditemui, kedudukan mayat dalam keadaan terbaring kaku di dalam semak berdekatan rumahnya. Badannya penuh dengan darah dan lehernya hampir putus disembelih pembunuh.



Difahamkan ketika kejadian berlaku, ibu saudaranya keluar menuju ke bilik air yang terletak di luar rumah. Tiba-tiba datang seseorang yang tidak dikenali dengan berpakaian serba hitam, menyerang mangsa lalu mengheretnya ke dalam semak sebelum membunuhnya.

Peristiwa pembunuhan itu disaksikan oleh anak perempuan bongsu mangsa. Bagaimanapun mangsa yang ketika itu di bawah umur terlalu trauma dengan kejadian yang disaksikannya itu.

Menurut Mohd Norazahar, ketika siasatan forensik dilakukan, pihak polis tidak menemui motif yang menjadi punca pembunuhan itu berlaku. Malah, saksi utama yang menyaksikan kejadian bunuh itu iaitu anak perempuan bongsu mangsa tidak diambil keterangan ekoran masih di bawah umur.


Selepas kejadian tragis tiga orang janda dibunuh berturut-turut itu, tiada lagi kes serupa dilaporkan. Keadaan kembali aman.

Namun begitu, sehingga ke hari ini pembunuh ketiga-tiga ibu tunggal itu masih tidak diketahui.

Siapa yang membunuh janda-janda itu? Mengapa mangsa yang dipilihnya mempunyai ciri-ciri yang sama? Apa motif pembunuh?

Persoalan itu masih kekal misteri sehingga ke hari ini. Mengapa hanya janda yang mempunyai anak bongsu perempuan dipilih pembunuh juga terus menjadi tanda tanya.

Setelah hampir empat dekad peristiwa hitam itu berlaku, tidak diketahui apakah si pembunuh itu masih hidup atau tidak pada hari ini. Sungguh pun dia terlepas daripada hukuman dunia, namun dia tidak akan dapat lari daripada hukuman di akhirat kelak.


Sumber : Utusan TV


Nota : Mungkin si pembunuh seorang pengamal ilmu hitam yang membunuh wanita yang mempunyai ciri yang sama demi menyempurnakan syarat ilmu yang dituntut.

Salah seorang anak mangsa menceritakan dimana ketika kejadian beliau yang sedang tidur bersama ibunya di dalam bilik dipukau dan terjun dari tingkap dan ibunya yang sedang tidur disembelih.

Ada yang mengatakan mangsa-mangsa ini dibunuh dengan cara disembelih dan di ambil sesuatu dari alat kemaluan mangsa untuk mempertajamkan ilmu hitam yang dituntut ada pula memberitahu si pengamal ilmu hitam itu ketagihkan darah janda beranak bongsu perempuan, bahkan ada yang menceritakan mangsa pembunuhan ini lebih daripada tiga orang sebenarnya.








KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Rasulullah SAW perintahkan jeneral perang Khalid al-Walid musnahkan berhala al-Uzza

    Tanggal 25 Ramadan 1,435 tahun Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Jeneral Khulafa ar-Rashidin, Khalid al-Walid RA menghancurkan berhala Al-Uzza.Al-Uzza adalah satu daripada tiga dewi utama bersama Al-Lat dan Manat yang disembah oleh masyarakat Arab pra-Islam terutamanya puak Quraisy dan Kinanah. Berhalanya dibina pada tiga batang pokok akasia di s... Baca Selanjutnya

  • Peristiwa 13 Ramadan : Setelah 500 tahun dizalimi umat Yahudi dan kristian akhirnya aman di bawah khilafah Islam

    Masjid al AqsaTanggal 13 Ramadan tahun 15 Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Saidina Umar al-Khattab RA memasuki Baitulmaqdis buat kali pertama.Selepas berjaya menakluk Syria, tentera Islam meneruskan kemaraan ke Baitulmaqdis yang ditadbir oleh kuasa Byzantine lalu mengepungnya. Selepas 4 bulan, akhirnya Byzantine menyerah kalah tanpa sebarang per... Baca Selanjutnya

  • Kisah anak gayong berdepan tentera Jepun di Pulau Sudong

    "Sejarah Anak Gayong Pertama"Semenjak Allahyarham Dato Meor Abdul Rahman , mengenalkan dan menurunkan ilmu gayong kepada anak bangsa dari dulu hingga kini, jika dijumlahkan keahlian anak-anak gayong kesemuanya sudah pasti mencapai jumlah ratusan ribu murid mungkin juga jutaan. Namun pernahkah terfikir siapa ahli gayong pertama yang diterima ataupun... Baca Selanjutnya

  • Jasa dan karomah Tuan Guru Haji Mukhtar

    Tuan Guru Haji Mukhtar Bin Haji Ali Parit Anden (1870-1965)Tuan Guru Haji Mukhtar Bin Haji Ali dilahirkan di Kampung Paya, Barabai, Banjar Masin pada tahun 1870.Mula mendapat pendidikan agama di kampung halaman, berguru dengan Tuan Guru Haji Mohd Arif ( salah seorang cucu-cicit keturunan Syeikh Arshad al-Banjari).Kerana ketekunannya dalam menuntut ... Baca Selanjutnya

  • Riwayat hidup Kiyai Haji Khairuddin Bin Haji Marzuki

    Kiyai Haji Khairuddin Bin Haji Marzuki (Meninggal dunia pada 1987)Kiyai Haji Khairuddin Bin Haji Marzuki berasal dari Semarang, Indonesia. Beliau berhijrah bersama keluarganya ke Batu Pahat dalam usia belasan tahun, beberapa ketika sebelum meletus perang Jepun.Beliau mendapat pendidikan agama di beberapa buah pondok pesantren di Semarang, Indonesia... Baca Selanjutnya

Ads Bottom