X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Wan Yusof, ilmuan Bahasa Arab di Tanah Melayu



Jejak Ulama Nusantara  - Perak

Tuan Guru Haji Wan Yusof Bin Haji Wan Muhammad Merbol, Bukit Chandan ( 1908 - 1995 )

Oleh : Tengku Yusuff 

Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Wan Yusof Bin Mufti Haji Wan Muhammad Bin Haji Wan Hussein dan beliau dilahirkan pada tahun 1908 di Kuala Kangsar, Perak. 

Ayahnya tidak lain tidak bukan adalah Mufti Pertama Kerajaan Perak (penasihat diraja) iaitu Syeikh Wan Muhammad Merbol al-Kalantani.

Adik beradik beliau yang juga alim ulama ialah :

1. Tuan Guru Haji Wan Hasan - Murid Tok Kenali & Qadhi Besar Kelantan Pertama
2. Tuan Guru Haji Wan Abdul Rahman @ Tuan Wok - Guru agama Istana mengantikan tugas ayahnya
3. Tuan Guru Haji Wan Sulaiman - Imam Masjid Ubudiah  Kuala Kangsar
4. Tuan Guru Haji Abdullah Zawawi - Qadhi di 7 buah kawasan sekitar Perak & Hakim Syariah Perak Utara

Semasa kanak-kanaknya, beliau sudahpun boleh membaca, menulis dan mengira dengan bimbingan ibu bapanya. Didikan agama diberi keutamaan kepada beliau sehingga boleh membaca al-Quran dengan baik dan berjaya menguasai bahasa Arab.

Apabila meningkat dewasa, beliau mendalami pelajaran agama di sekolah-sekolah pondok di Kelantan, dan seterusnya menyambung pelajaran agama di Mekah selama setahun. Di antara tempat yang beliau pergi bertalaqqi kitab ialah di Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Di antara guru-gurunya ialah :

1. Tok Kenali
2. Tuan Guru Haji Ali Pulau Pisang 
3. Tuan Guru Haji Yaakob Legor 
4. Tuan Guru Haji Ahmad Mannan
5. Tuan Guru Haji Saad Kangkong

Sekembalinya dari Mekah, beliau dilantik untuk menjawat jawatan sebagai khatib dan imam besar di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar sehingga bersara.

Beliau mendirikan rumahtangga pada tahun 1931. Hasil dari perkahwinan dengan beberapa orang isteri, beliau dikurniakan 33 orang cahayamata. Tuan Guru Haji Wan Yusof juga mempunyai suara yang enak dan lunak.

Selain menjadi imam besar di Masjid Ubudiah, beliau juga dilantik sebagai Naib Qadhi dalam urusan nikah/kahwin dan cerai, mengajar hukum-hukum agama di persekitaran kampung-kampung yang menjemputnya.

Beliau juga memberi khidmat penyembelihan lembu/ kerbau untuk korban dan aqiqah, juga mengajar agama dan dakwah di masjid-masjid di daerah Kuala Kangsar.

Tuan Guru Haji Wan Yusof mahir dalam ilmu alat dan menguasai ilmu nahu, sorof, balangah, bahasa Arab, tajwid dan lain-lain lagi. Beliau juga berjaya menghafaz surah-surah al-Quran dan dapat menulis khat dengan baik, juga memberi syarahan agama dengan mendapat pujian. 

Tuan Guru Haji Wan Yusof memegang tauliah peringkat tinggi pengantar Bahasa Arab yang diakui oleh Jabatan Agama Islam dan adat Istiadat Melayu Perak. Tauliah ini selalunya diberi kepada qadhi-qadhi sahaja, yang membolehkan beliau mengajar agama di masjid dan surau dalam negeri Perak, dengan tidak melanggar syarat-syarat yang ditetepkan. 

Tuan Guru Haji Wan Yusof meninggal dunia pada 8 Jun 1995 ketika berusia 87 tahun. Jenazahnya disemadikan di Kuala Kangsar, Perak.

Tuan Guru Haji Wan Yusof 

Moga Allah Taala merahmati roh para auliaNya. Amin

*Sumber - Tuan Mohd Shahir Wan Abdullah Zawawi 

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Tuan Guru Dato Haji Ishak Baharom : Daripada Mudir SMA Batu 38 kepada Mufti Selangor

    Tuan Guru Dato’ Haji Ishak Bin Haji Baharom Jabbar dilahirkan di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor pada 1 Januari 1928. Beliau berketurunan Melayu Banjar kerana bapanya, Haji Baharom Jabbar berasal dari Banjarmasin, Indonesia dan ibunya, Fatimah Junid berasal dari Melaka.Pada tahun 1935, beliau mula mengikuti pengajian formal di Se... Baca Selanjutnya

  • Tuan Guru Haji Mohammad Noh : Ulama kelahiran Sabak Bernam menabur bakti di bumi Kedah

    Tuan Guru Haji Mohammad Noh Bin Mohammad  dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor. Beliau yang lebih dikenali dengan nama Pak Noh  berketurunan Bugis. Beliau mendapat pendidikan awal dari Sekolah Agama Gunung Semanggol, (kemungkinan Madrasah Rahmaniah) selama beberapa tahun. Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Pondok Padang Lalan... Baca Selanjutnya

  • Konfrantasi 1963 : Seruan kepada warga berketurunan Indonesia di Sabak Bernam

    Pembentukan Persekutuan Malaysia satu tamparan hebat kepadanya Bung Karno sebagai presiden Republik Kesatuan Indonesia. Tuduhan Persekutuan Malaysia sebagai Neo-Kolonialisme telah membakar jiwa pemuda-pemuda untuk turut marah kepada tetangga serumpun lewat pidato-pidato Bung Karno yang begitu bersemangat.Kempen ganyang Malaysia dilancarkan untuk me... Baca Selanjutnya

  • Manaqib Tuan Guru Haji Abdul Hadi Kamil Bin Haji Salleh

    Tuan Guru Haji Abdul Hadi Kamil Bin Haji SallehTuan Guru Haji Abdul Hadi Kamil Bin Haji Salleh dilahirkan pada tahun 1919 di Batu Kurau, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Batu Kurau, Perak. Kemudian pada tahun 1934, Tuan Guru dihantar memasuki Madrasah Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Beliau kemudiannya menyambung pen... Baca Selanjutnya

  • Daripada Pekan Sabak beralih ke Pekan Sungai Besar

    Pekan SabakSeluruh penduduk Sabak Bernam amat perlulah mengingati tarikh 1 hb, Julai, 1960 di samping orang- orang yang bertanggungjawab atau memikul beban mengwujudkan daerah ini. Kerjasama yang erat daripada mereka di bawah ini perlu menjadi ingatan yang mendalam dari generasi muda.YB Tuan Haji Mustafa bin Ab JabarYB Encik Taiban bin HassanYB Tua... Baca Selanjutnya

Ads Bottom