Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Program Viking : Manusia kali pertama melihat permukaan planet Marikh

20 Ogos 1975 - Kapal angkasa Viking 1 dilancarkan ke Marikh.


Selepas berjaya mendaratkan manusia di permukaan Bulan pada 1969, NASA mengalihkan tumpuannya kepada Marikh, planet ke-4 daripada Bumi dan juga yang terdekat dengan kita. Lahirlah program Viking yang dilancarkan 7 tahun kemudian.

Program Viking membawa objektif menghantar dua pengorbit yang membawa pendarat untuk mendapatkan imej beresolusi tinggi permukaan Marikh, mengenal struktur & komposisi atmosfera serta permukaannya, juga mencari bukti kehidupan di planet itu.

Selepas dilancarkan pada 20 Ogos 1975 dan mengambil masa 11 bulan untuk sampai ke Marikh, pengorbit Viking 1 mengelilingi Marikh selama sebulan dan mula menghantar pulang imej glob Marikh sekitar 5 hari sebelum kemasukan ke orbit planet itu pada 19 Jun 1976.

Asalnya pendaratan di Marikh dijadualkan pada 4 Julai 1976 sempena ulang tahun ke-200 penubuhan A.S., namun tapak pendaratan asal didapati tidak sesuai. Lantas ia ditunda ke 20 Julai, pada ulang tahun ke-7 pendaratan Apollo 11 di permukaan Bulan.

Pendarat Viking 1 berpisah daripada pengorbitnya dan mendarat di wilayah Chryse Planitia di Marikh pada hari yang sama. Ia melakar sejarah sebagai misi pendaratan pertama di Marikh yang berjaya menghantar gambar permukaan planet itu secara dekat.

Tiga minggu kemudian, pendaratan berjaya di permukaan Marikh itu disusuli pelancaran Viking 2 pada 9 September 1976 - yang mana misi tersebut turut melalui disiplin yang sama bagi membantu Viking 1 merakam gambar permukaan Marikh.

Sepanjang misi berkembar Viking itu, dua pengorbitnya berjaya mengambil gambar seluruh permukaan Marikh pada resolusi 150 ke 300 meter sementara dua pendaratnya menghantar pulang lebih daripada 1,400 imej permukaan planet tersebut.

Viking 1 beroperasi di Marikh selama 2307 hari (lebih 6 tahun) atau bersamaan 2245 hari di Marikh, misi permukaan Marikh paling lama sehingga rekod itu dipecahkan oleh rover Opportunity pada 19 Mei 2010.



Gambar: Imej permukaan Marikh yang diambil oleh Viking 1.

Sumber: History, NASA




KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Sutan Puasa Ketua Mendailing di Kuala Lumpur - 1904

    Deskripsi :Pengakuan Sultan Puasa yang di lantik oleh Penguasa Klang, Raja Abdullah Raja Jaafar Riau di Kuala Lumpur sebagai Ketua kepada Orang-orang Mendailing semenjak zaman Sultan Muhammad Selangor lagi.Kapitan China Kuala Lumpur pertama bernama Ah Siew ( Ah Siu) dari keturunan Hakka turut di lantik oleh Raja Abdullah.Kisahnya ini boleh di baca ... Baca Selanjutnya

  • Manaqib Tuan Guru Haji Jaafar Bin Muhammad Noh

    Tuan Guru Haji Jaafar Bin Muhammad Noh mendapat pendidikan awal dari seorang ulama' Kedah selama beberapa tahun sebelum menyambung pengajiannya ke Pondok Bunut Payong bertalaqqi dengan Tuan Guru Haji Abdullah Tahir selama 6 tahun.Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya ke Pondok Penanti, Bukit Mertajam pada tahun 1951 selama 4 tahun berguru den... Baca Selanjutnya

  • Sejarah perkhidmatan bas henti-henti di Sabak Bernam

    Sabak Bernam Kenderaan Co. Bhd. (SBK) Tidak ramai yang mengetahui terdapat syarikat bas berhenti-henti di Sabak Bernam iaitu SBK.Perkhidmatan bas SPK meliputi kawasan-kawasan berikut:- Sabak Bernam ke Bagan Terap / Tanjung  Medan- Sabak Bernam ke Sg. Air Tawar / Parit Baru Baroh- Sabak Bernam ke Sg. SamakGambar menunjukkan bas Hino AK SBK... Baca Selanjutnya

  • Manaqib Kiyai Haji Arba'i, Tali Air 12 Sekinchan

    Kiyai Haji Arba'i Bin Arbi dilahirkan di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor pada tahun 1941.Pengajiannya bermula di Madrasah Khairiyah al-Wataniyyah, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor yang telah ditubuhkan oleh Tuan Guru Haji Muhammad Fakeh Bin Haji Ibrahim. Di samping itu, Kiyai Haji Arba'i turut menuntut ilmu dari beberapa ulama' s... Baca Selanjutnya

  • Meninggal dunia kerana terlalu sayangkan masa depan anak bangsanya

    Jika Ungku Omar meninggal dalam usia 38 tahun, Aminuddin pula meninggal dunia ketika umurnya baru 39 tahun. Namanya Aminuddin Baki, beliaulah yang digelar Bapa Pendidikan Malaysia.Hasil pemikiran Aminuddin Baki lah Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diwujudkan bagi mengganti peper... Baca Selanjutnya

Ads Bottom