Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Kapal KD Sri Selangor diserang tentera Indonesia


Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya menggalas tanggungjawab mengawasi perairan negara dengan cemerlang sepanjang tempoh Konfrontasi Malaysia-Indonesia.

Tanggal 24 Julai 1964, kapal KD Sri Selangor telah diserang Tentera Indonesia berhampiran perairan Pulau St. John, kira-kira 5 batu dari Singapura. Pada jam 9.30 malam, KD Sri Selangor telah mengesan bot tersebut. Pegawai Memerintah iaitu Leftenan P.K Nettur telah memerintahkan anggotanya bersiap sedia dan mengarahkan penceroboh supaya menyerah diri. Enggan menyerah diri, mereka berteriak KKO (bermaksud mereka adalah dari Kor Komando Operasi yang harus digeruni).

KD Sri Selangor mengenalpasti bahawa bot berkenaan dikendalikan oleh 5 orang bersenjatakan senjata automatik. Bot tersebut melepaskan tembakan berterusan sehingga mengorbankan Laskar Kelas Satu Mekanik Elektrikal, Abdul Samad Sulaiman dan mencederakan Laskar Kanan Persenjataan Kweh Onn Chong serta Pegawai Kadet Kanan Musa Jabar. KD Sri Selangor membuat serangan balas dengan menggunakan meriam Bofors 40/60mm dan berjaya membunuh kesemua musuh serta menenggelamkan bot mereka.



Ayah kepada anggota yang terkorban iaitu Encik Sulaiman b. Hitam telah menerima saguhati sebanyak $2000 dari Derma Perwira dan surat takziah daripada Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman dalam satu upacara. Pegawai Memerintah kapal itu turut memuji semangat dan keberanian Allahyarham.



Pada 31 Julai 1965, Yang di-Pertuan Agong berkenan menyaksikan pementasan bagaimana peristiwa berkenaan berlaku di perairan Johor semasa kemuncak lawatan baginda ke Pangkalan KD Malaya di Woodlands, Singapura.

Sumber rujukan : 
Muzium TLDM
The Straits Times, 28 May 1963
Berita Harian, 13 November 1964
The Straits Times, 31 July 1965

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom