Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mengapa kita sukar kalahkan Vietnam


Sejak dari dulu lagi Harimau Malaya memang susah betul nak menang lawan Vietnam. Kalau menang pun sekali sekala dan lepas tu paling baik adalah seri. 

Tapi ini bukanlah kejutan sebab masa Perang Vietnam dulu, Amerika Syarikat pun boleh kalah.

Kenapa kuasa besar dunia macam Amerika Syarikat boleh kalah dengan Vietnam?

Dalam perlawanan Vietnam menentang Malaysia, korang boleh nampak sendiri betapa teruknya padang deme. Taktik itu juga yang mereka guna untuk tewaskan Amerika Syarikat.


Vietnam tahu senjata Amerika Syarikat ni miliki senjata yang canggih. Kalau deme berperang secara berdepan memang boleh kalah.

Apa yang mereka buat adalah menyerang tentera Amerika Syarikat secara gerila. Walaupun ada masanya Amerika Syarikat mampu atasi serangan gerila Vietnam tapi tidak bermakna kerana terpaksa menanggung kerugian yang tinggi.


Tambah lagi, orang-orang Vietnam ini sangat mahir dalam pertempuran hutan. Manakala tentera Amerika Syarikat pertama kali berperang dalam hutan. Jadi banyak kali juga tentera Amerika Syarikat diserang hendap dan disabotaj. 

Pada akhirnya Amerika Syarikat terpaksa menyerah sebab peperangan ini tidak membawa sebarang makna. Dah lah, Amerika Syarikat tidak bersedia nak berperang. Vietnam pulak melawan dengan tanggapan Amerika Syarikat cuba menjajah mereka. 

Dengan angka korban yang semakin tinggi, itu memberikan rasa kurang senang dalam diri rakyat Amerika Syarikat. Lebih baik menyerah daripada ramai yang mati dan makin rugi.

Jadi semangat tidak mudah menyerah kalah itu dibawa ke dalam bola sepak. Hasilnya Vietnam berjaya menewaskan kita dan berada dalam ranking ke 96.

Oleh Azmil Azali
the Patriot




KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Sejarah penanaman kelapa secara komersial di Sabak Bernam tahun 1924

    Kelapa adalah tanaman yang memerlukan jumlah keluasan tanah yang besar dan berdekatan dengan sumber air. Oleh yang demikian, kawasan yang sesuai untuk tanaman kelapa adalah kawasan yang berdekatan dengan sungai. Di kawasan Sabak Bernam, terdapat sungai yang dinamakan Sungai Bernam dimana sungai ini memisahkan antara negeri Selangor dan Perak.&... Baca Selanjutnya

  • Banjir Kuala Lumpur, pada tahun 1926 - Masjid Jamek dan 'Benteng'.

    Banjir Kuala Lumpur, pada tahun 1926 - Masjid Jamek dan 'Benteng'. Baca Selanjutnya

  • Pekan lama Bagan Terap sudah tiada

    Mengikut peredaran zaman, deretan kedai-kedai lama berstruktur kayu di Bagan Terap, Sungai Besar telah dirobohkan dan para peniaga telah berpindah ke bangunan baru yang berhampiran.Gambar kenangan pekan lama Bagan TerapDan kini Pekan baru Bagan Terapkredit : Hafies Abd Baca Selanjutnya

  • Seputar sejarah orang Banjar di Sabak Bernam

    Setelah berlalunya waktu lebih seratus tahun, dan orang Banjar di Sabak Bernam sekarang sekurang-kurangnya sudah sampai ke generasi kelima, maka tidak dinafikan banyak perubahan telah berlaku dalam kehidupan dan cara hidup orang Banjar di perantauan. Sebahagian daripada perubahan itu jelas merupakan kesan daripada dasar dan rancangan pembangunan ke... Baca Selanjutnya

  • Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena

    Pada tahun-tahun sebelum 1965, penduduk Sungai Besar yang Ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah terpaksa berbuat demikian di Sabak Bernam yang terletak sejauh 12km. Ada pula yang terpaksa pergi ke Teluk Anson (Teluk Intan), Klang, atau Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran.Oleh yang demikian, sebuah 'Darjah Menengah Jenis Kebangsaan ... Baca Selanjutnya

Ads Bottom