Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Apakah anak-anak kita bakal tidur bawah jambatan?


Bila tengok Forest City ni rasa geram pun ada. Dah lah mahal lepas tu buat dekat tempat jin berjimba. Sampai sekarang banyak rumah dekat situ tak terjual. Padahal boleh je jual murah tapi deme lagi suka jadikan tukun.

Bukan setakat tu je menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), sebanyak 35,592 rumah siap dibina tidak terjual pada suku pertama 2022. Kenapa benda macam gini boleh jadi? Kita ni bab rumah memilih juga macam jodoh ke?

Bayangkan sahajalah apartment di bandar-bandar besar boleh mencecah harga RM600,000 seunit. 

Nak tak nak terpaksalah pergi ke kawasan luar bandar sikit untuk dapatkan rumah landed tapi harganya tetap mahal. Kalau rumah dekat bandar-bandar besar ni kita fahamlah sebab apa mahal.

Masalahnya rumah dekat luar bandar ni. Kebiasaannya nilai sesebuah hartanah itu akan ditentukan oleh tier, booster dan harga median. Sekarang kita lihat satu per satu. 

Tier ni ada 3 iaitu tier 1, tier 2 dan tier 3. Biasanya rumah dekat luar bandar terletak di tier 3. Tier 3 sepatutnya harga rumah murah sikit tapi sama je cekik darah. Kalau tak percaya pergi tengok harga rumah dekat Rawang dan Semenyih.

Di bandar besar seperti KL, developer suka bagi alasan harga rumah tu mahal sebab dekat dengan LRT, mall dan office. Itulah yang dinamakan booster.

Dekat luar bandar ni tak ada booster semua tu sebab nak pergi kedai aceh pun kena naik kereta dan double park. Malah nak ke sekolah dengan pejabat pos pun payah sebab agak jauh. 

Itupun masih nak jual mahal lagi, siap bagi alasan harga sekian-sekian dapat flat ppr je dekat KL. Tapi dekat kampung dapat rumah kotak, besar sikit dan tak perlu naik tangga katanya.

Terakhir sekali adalah harga median yang bermaksud harga pertengahan antara rumah paling murah dan mahal dalam sesuatu kawasan. 

Contohnya di Johor, harga median adalah sekitar RM384,000. Rumah itu akan diangggap berbaloi untuk dibeli jika berada di bawah harga median. Tapi dekat Johor, harga rumah RM400,000 tu benda biasa. Memang payah kita nak beli.

Itu belum cerita lagi tentang harga rumah subsale dengan undercons lebih kurang je. Kita nak membeli ni pula terasa macam diayam-ayamkan oleh developer. 

Apalah nasib anak-anak kita semua di masa hadapan. Entah-entah duduk bawah jambatan buat khemah kelambu.

Oleh Azmil Azali

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom