Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Batu penanda "British Malaya" dan sejarah Kampung Batu 38 Sabak Bernam


Madrasah al- Islamiah Kampung Batu 38

Kampung Batu 38 merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak di Mukim Sabak, Sabak Bernam. Jaraknya dari Pekan Sabak adalah 3 km dan dari pusat pentadbiran daerah di Sungai Besar ialah 11 km.

Kampung Batu 38 dibuka sekitar tahun 1902 oleh pendatang dari Tanah Jawa yang berusaha mencari rezeki di kampung ini dan diketuai oleh Imran bin Musa. Pada masa itu, kawasan kampung ini masih dipenuhi hutan belukar dan belum mempunyai nama lagi.

Pada zaman permerintahan British yang pertama iaitu sekitar tahun 1918, kerajaan (pemerintah) pada masa itu telah membuat sukatan perjalanan jarak jauh dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Apabila kerja-kerja penyukatan itu sampai di kampung ini, jarak jauh dari Kuala Selangor yang menjadi pusat pentadbiran daerah pada ketika itu ke kampung ini ialah sejauh 38 batu. Oleh itu, dicacakkan batu yang berukuran 1½ kaki persegi x 3 kaki yang bertulis di tengah-tengahnya 'BM 38' (British Malaya 38). Berdasarkan batu yang dicacakkan oleh pemerintah British di tengah-tengah kampung tersebut, maka sepakatlah penduduk pada ketika itu menamakan kampung ini dengan nama 'Kampung Batu 38.

Dikatakan bahawa, batu tersebut dipercayai masih lagi wujud hingga hari ini di kawasan asal ia dicacakkan. Namun begitu, ada pandangan mengatakan bahawa proses pembinaan jalan raya di kawasan Sabak Bernam telah menyebabkan batu tanda ini turut dimusnahkan oleh pihak-pihak yang tidak mengetahui kepentingan dan kewujudannya.

Dari segi sejarah pentadbiran kampung ini, Ketua Kampung Batu 38 yang pertama ialah Sidang Sapar bin Dolmoin. Ketua Kampung kedua ialah Sidang Haji Ridhuan bin Haji Musa. Pada masa kini, Ketua Kampung ketiga ialah Sidang Haji Mohd. Ali.

Dari segi kedudukannya, kampung ini adalah berjiran dengan kampung-kampung yang lain. Pada awalnya, kawasan kampung ini agak luas dan ini menyukarkan pengurusan pentadbiran mukim. Oleh itu, pada sekitar tahun 1970-an maka kawasan kampung ini telah dikecilkan dengan penubuhan beberapa kampung baru seperti Kampung Batu 37 Darat di sebelah baratnya dan Kampung Tengah di sebelah timurnya. Kampung-kampung lain yang bersempadan dengan Kampung Batu 38 ialah Kampung Batu 40 di sebelah utara, Kampung Sekendi di sebelah selatan, Kampung Tengah/Banting di bahagian tengah dan Kampung Batu 37 Darat di sebelah Barat.

Sumber : Cerita asal usul tempat

PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom