Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Karomah Wali Allah Tuan Guru Haji Saad Mogoi ( 1904 - 1969 )


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS

Kisah Para Wali

Tuan Guru Haji Saad Mogoi  ( 1904 - 1969 )



Tuan Guru Haji Saad Mogoi seorang yang bertubuh kecil namun apabila ada pencanghahan dengan hukum syarak, beliau akan bangun bersuara. Beliau juga disebut-sebut terkenal dengan banyak kisah karamah yang mencarik adat. Antara kisah-kisah  tersebut ialah :

1. Apabila makan sekali dengan beliau, andaikata mereka yang sedang makan dengannya mengatakan makanan tersebut sedap, beliau akan ambik air lalu ditambah ke dalam makanan itu bagi jadi tidak sedap. Baginya sebab makan makanan itu adalah dengan niat untuk sihat tubuh badan agar senang beramal ibadat bukannya sebab sedap.

2. Satu kisah lagi, dikatakan jika telah masuk waktu solat fardhu namun bas yang dinaiki Tuan Guru Haji Saad Mogoi tidak berhenti, maka dengan tiba-tiba enjinnya akan mati. 

3. Apabila hujan lebat Tuan Guru Haji Saad tetap akan redah tapi ajaibnya tubuh dan pakaiannya tidak basah lenjun seperti adat kebiasaan.

4. Jika ada wayang gambar ditayangkan di kampung dan apabila beliau lalu sahaja wayang tersebut akan mati atau terpadam serta merta.

Kata Tuan Guru Pak Man Bukit Besar :

 "kita ni alhamdulillah Allah Taala bagi ilmu sikit sorang. Tapi jika bab amalan, tak ada siapa yang boleh tandingi Tok Mogoi". Allahurobbi.



Beliau solat jemaah tidak tinggal, dan beliau suka pergi solat di kampung-kampung orang yang tidak solat. Sampai di masjid atau rumah di sana beliau akan suruh orang kampung sama-sama solat. Alhamdulillah ramai yang berubah menjadi orang yang rajin solat. Tuan Guru Haji Saad juga gemar menguji orang yg menziarahi ke rumahnya iaitu dengan mencelup jari ke dalam air minuman. Wallahualam kenapa beliau berbuat demikian.

kredit : Tengku Yusoff

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom