Terkini

Error 505: The Server is unavailable to connect ! {Refresh Try Again}

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Menerus legasi ayahanda berbakti untuk jemaah dan ummah



Tahun 1999, ayahnda Dato' Ustaz Taib Azamudden Md Taib - Rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Baling. 

Pada tahun yang sama, ayahnda telah dipinang oleh Almarhum Dato' Ust Fadzil Noor untuk balik bertanding di dalam PRU ke-10 sebagai calon PAS di Baling, tanah tempat ayahnda lahir dan mengenali kehidupan. 

Sebenarnya, di dalam PRU ke-9 (tahun 1995) lagi ayahnda telah diminta untuk bertanding. Namun pada ketika itu ayahnda memilih untuk terus berkhidmat sebagai Imam Besar Masjid Negara. Ruang dakwah di dalam pentadbiran khasnya dalam aspek pengurusan masjid ketika itu terbuka luas. 



Setelah berlaku tekanan demi tekanan di dalam perkhidmatan, mulut ayahnda telah ditutup daripada berkhutbah di mimbar Masjid Negara. Ayahnda telah ditukarkan ke Bahagian Halal JAKIM sebagai Ketua Penolong Pengarah (KPP). Tak lama selepas itulah Almarhum Dato' Ust Fadzil Noor memanggil ayahnda pulang bertanding di Baling. 
Dengan pengaruh sebagai anak tempatan dan bekas Imam Besar Masjid Negara, ayahnda menang dengan majoriti lebih 1,300 undi berbanding calon BN. Difahamkan itu kali kedua PAS memenangi kerusi Parlimen Baling sejak ia dimenangi kali pertama oleh Dato' Nakhaie Haji Ahmad suatu ketika dahulu. 

Sungguh tak sangka, 23 tahun selepas itu, saya berdiri dan duduk di tempat yang sama ketika ayahnda mengangkat sumpah sebelum ini. 

Tak pernah ada dalam cita-cita untuk duduk di kerusi ini. Tak pernah dikejar dan tak pernah diburu. Hanya mentaati keputusan jamaah dan arahan pimpinan. Tidak ada apa-apa impian selain dari itu. 

Terima kasih kepada ayahnda, bonda, isteri, anak-anak, adik beradik, kaum keluarga, sahabat handai dan para pengundi yang memberi kepercayaan dan tugas berat ini. 



Terima kasih juga kepada mentor politik YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang masih memberi kepercayaan hingga ke saat ini. Amat banyak pelajaran dan 'test' yang diberi. Insya-Allah topik ini akan dikongsi dalam tulisan-tulisan seterusnya. 

Afnan Hamimi
13 Januari 2023

Nota : Kini Ust Afnan Hamimi merupakan Ahli Parlimen kawasan Alor Setar setelah menang dalam PRU15

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Al-Hakam II : Khalifah Islam di Sepanyol yang terlalu cintakan buku

    Al-Hakam II naik takhta dan menjadi Emir ke-9 Empayar Umayyah dan Khalifah ke-2 Cordoba menggantikan ayahnya, Abdurrahman III. Al-Hakam II memerintah selama 16 tahun dari 350H hingga 366H, tempoh yang dianggap sebagai zaman gemilang keilmuan Islam di Sepanyol.Beliau amat mencintai ilmu dan sastera, membangunkan perpustakaan awam yang terbesar di Er... Baca Selanjutnya

  • Malayan Gate : Jerangkap samar Melayu dalam perang Vietnam

    Oleh : Khairul Ashraf MuhamadJerangkap samar banyak digunakan oleh Vietcong ketika menghadapi Amerika dalam Perang Vietnam 1955-1975.Salah satu jenis jerangkap samar yang popular digunakan Vietcong ketika itu adalah dari jenis libas (whip trap) dinamakan “Malayan Gate”.“Malayan Gate” ketika itu mencalarkan maruah dan membunuh ego Amerika di bumi Vi... Baca Selanjutnya

  • Harun Idris si "Singa Melayu" yang cekal membela nasib bangsanya

    Dato Hj Harun bin Hi Idris merupakan seorang pejuang Melayu yang sangat "berhati kering" apabila bercakap soal membela nasib orang-orang Melayu khususnya di Kuala Lumpur dan Selangor. Menjawat jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke lapan pada tahun 1964, menjadi titik tolak kekentalan jiwanya sebagai "Singa Melayu" sehingga digeruni lawan dan di... Baca Selanjutnya

  • Kota Antioch : jatuhnya sebuah kerajaan Kristian ke tangan tentera Islam

    Sekitar 777 tahun Hijrah yang lalu, kota Antioch berjaya ditakluk tentera Mamluk pimpinan Baibars.Antioch (kini namanya Antakya) merupakan kota metropolis penting Kristian ketika era Perang Salib, menjadi pertahanan utama daripada kemaraan kuasa-kuasa Timur khususnya tentera Islam yang berhasrat untuk menakluk Baitulmaqdis.Bagaimanapun memasuki Zam... Baca Selanjutnya

  • Tengku Halima Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi

    Foto ini memaparkan Tengku Halima Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi atau lebih di kenali sebagai Tengku Bilik dari Kesultanan Riau Lingga. Beliau merupakan salah seorang puteri kepada Paduka Yang dipertuan muda ke10 Raja Muhammad Yusuf al-Mahdi Raja ‘Ali ‘Ala ud-din Ri’ayat Shah dengan bondanya Tengku Embong Fatima Sultan Mahmud Muzaffar Shah marhu... Baca Selanjutnya

Ads Bottom