X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Misteri kematian dua beradik murtad lari dari Arab Saudi

Esra (kiri) dan Aamal ditemui mati di Australia

SYDNEY: Dua beradik yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan reput di sebuah kediaman di sini, baru-baru ini didakwa meninggalkan negara asal, Arab Saudi dengan wang belanja sebanyak AS$5,000 (RM22,252).

Mereka melarikan diri ke Australia menerusi Hong Kong sejak lima tahun lalu ketika bercuti bersama keluarga, selain didakwa sudah murtad.

Perkara itu didedahkan menerusi beberapa laporan baharu yang dilaporkan oleh media Asia Barat.

Esra Abdullah Alsehli, 24 dan adiknya, Amaal Abdullah Alsehli, 23, ditemukan mati dalam bilik berasingan di tingkat pertama rumah mereka di Canterbury ketika polis melakukan pemeriksaan kebajikan pada 7 Jun lalu.

Pasukan detektif percaya mereka sudah meninggal dunia pada Mei, namun masih buntu mencari punca kematian memandangkan tiada kesan kecederaan atau pergelutan.

Organisasi media yang berpangkalan di Yemen melaporkan, dua beradik itu melarikan diri ke Australia pada 2017 kerana dipercayai mempunyai hubungan tidak baik dengan ibu bapa mereka.

Menurut laporan itu, dua beradik tersebut menaiki penerbangan ke Sydney ketika bercuti bersama keluarga di Hong Kong dan keluar dari Islam untuk menjadi ateis.

Dalam pada itu, media juga melaporkan abang mereka dijangka membuat rayuan awam untuk ‘menggalakkan mana-mana suspek yang berpotensi mengakui jenayah tersebut’.

Namun, sehingga kini, keluarga dua beradik itu masih mendiamkan diri.

Misteri kematian Esra dan Amaal mendapat perhatian pelbagai pihak dalam media sosial dengan kebanyakan mereka menyifatkan keputusan dua beradik itu untuk meninggalkan Arab Saudi adalah salah.

Seorang pengguna media sosial menulis ‘Dua wanita itu mendedahkan diri mereka kepada bahaya apabila meninggalkan Arab Saudi.

‘Jangan tinggalkan negara anda untuk mencari kebebasan. Anda tidak akan temukannya’ tulisnya.

Selain itu, Konsulat Arab Saudi di Sydney turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua beradik tersebut, selain sedia bekerjasama untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan.

Polis Australia juga memaklumkan, keluarga dua beradik itu memberikan kerjasama yang baik, sekali gus menunjukkan ‘tiada sebab konkrit’ mengapa mereka perlu melarikan diri dari Arab Saudi.

Sementara itu, polis memberitahu, mereka masih menunggu keputusan jika dua beradik itu mengambil racun dan jenazah mereka dijangka dikebumikan di sini.

Sumber : Utusan Online



Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Lebih 2 juta umat Islam dibantai ketika era Dinasti Qing

    Pejuang-pejuang Muslim siap sedia dalam satu pertempuranPada zaman dinasti Qing, dasar anti-Islam telah diamalkan. Penduduk Islam yang tertindas telah memulakan pemberontakan dibawah pimpinan Sulaiman Tu Wenxiu,Ma Hualong,Ma Zhanao dan Bei Yanhu. Namun pemberontakan ini tidak berjaya sehingga menyebabkan lebih kurang 2 juta umat Islam dibunuh ... Baca Selanjutnya

  • Rambo Bentong : Perogol paling jijik dan kejam di Malaysia

    'Rambo Bentong' dihukum gantungRambo Bentong diheret ke Mahkamah berdepan dengan hukuman matiMalam kejadian, kedua-dua pasangan suami isteri terlelap kat ruang tamu. Mungkin kepenatan. Tiba-tiba, seseorang berjaya pecah masuk rumah mereka. Bertopeng dan pakai baju ala askar. Apa yang jadi? Mereka tidak tahu perompak itu sebenarnya perogol bersiri.T... Baca Selanjutnya

  • Keikhlasan Jabir RA mengahwini janda mendapat pujian Rasulullah SAW

    Gambar hiasanRasulullah ï·º bertanya kepada sahabatnya, Jabir. Adakah Jabir sudah bernikah. Lalu Jabir jawab dia sudah bernikah. Rasulullah ï·º bertanya lagi, nikah dengan janda atau anak dara? Jabir pun jawab "janda".Rasulullah ï·º tanya lagi, kenapa tak nikah dengan anak dara? Lalu, Jabir jawab ayahnya gugur syahid di medan Uhud dan meninggalkan 9 oran... Baca Selanjutnya

  • Tuan Guru Haji Abdullah : Qari tertua di Malaysia mencetak ribuan guru al-Quran

    Jejak Ulama Nusantara - KelantanTuan Guru Haji Abdullah al-Hafiz, Rantau Panjang ( 1933 - 2017 )Oleh : Tengku Yusuff Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Abdullah Bin Daud dan beliau dilahirkan di Rantau Panjang, Kelantan pada tahun 1934. Beliau merupakan cicit kepada tokoh ulama terulung Kelantan sepanjang zaman Arif Billah Syeikh Abdul Malek S... Baca Selanjutnya

  • Rasulullah SAW perintahkan jeneral perang Khalid al-Walid musnahkan berhala al-Uzza

    Tanggal 25 Ramadan 1,435 tahun Hijrah yang lalu, dipercayai tarikh Jeneral Khulafa ar-Rashidin, Khalid al-Walid RA menghancurkan berhala Al-Uzza.Al-Uzza adalah satu daripada tiga dewi utama bersama Al-Lat dan Manat yang disembah oleh masyarakat Arab pra-Islam terutamanya puak Quraisy dan Kinanah. Berhalanya dibina pada tiga batang pokok akasia di s... Baca Selanjutnya

Ads Bottom