X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Penemuan tulang mawas daripada besi di Changkat Menteri

Petempatan-petempatan awal zaman logam di sekitar Selangor telah dibuktikan dengan data-data arkeologi yang merujuk kepada jumpaan-jumpaan artifak kebanyakannya daripada gangsa dan besi.

Artifak-artifak ini ditemui sama ada secara tidak sengaja ataupun hasil daripada ekskavasi arkeologi. 

Antara artifak yang ditemui dan dikaitkan dengan masyarakat Zaman Logam adalah seperti gendang gangsa, loceng gangsa, mangkuk gangsa dan besi bersoket. Artifak gangsa yang ditemui lebih kepada barang dagangan kerana jumpaan artifak gangsa ini tidak banyak manakala artifak besi bersoket dipercayai adalah buatan tempatan.

Kebanyakan petempatan masyarakat zaman logam di Selangor adalah berdekatan dengan sungai dan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan sungai kepada masyarakat ketika itu yang menjadi asas perkembangan budaya manusia. 

Penggunaan secara aktif sungai ini adalah disebabkan terciptanya perahu yang mana di Semenanjung Malaysia sendiri perkembangan penggunaan perahu dikenali selewat-lewatnya sekitar 5000 tahun dahulu dan ini menyebabkan laluan sungai digunakan secara aktif dan turut memperkuatkan laluan sungai dalam perkembangan masyarakat pada Zaman Neolitik.

Di Selangor, perkembangan masyarakat awal yang mempunyai kaitan dengan sungai dapat dilihat berdasarkan bukti-bukti arkeologi yang wujud di sepanjang aliran sungai seperti di Sungai Bernam melalui data kebudayaan kubur kepingan batu yang dijumpai di selatan Selangor seperti di Changkat Menteri dan juga tulang mawas yang diperbuat daripada besi.

Tulang mawas diperbuat daripada besi di jumpai di Changkat Menteri 
Sumber : Malay Civilization


Sungai Klang dengan jumpaan tapak logam besi dan gangsa, Sungai Langat, Sungai Sidu dan Sungai Semenyih dengan jumpaan artifak logam gangsa di tapak Sidu, Kampung Sungai Lang dan Jenderam Hilir  dan Sungai Gombak dengan jumpaan tapak Neolitik di Batu Caves.

Kewujudan negeri-negeri kecil pada awal abad Masihi di Asia Tenggara telah membawa kepada wujudnya perdagangan di antara mereka. Hubungan perdagangan pada ketika itu lebih kepada hubungan 
dagangan antara masyarakat tanah pamah dengan tanah tinggi atau antara penduduk pesisir pantai dengan masyarakat pedalaman. 

Kawasan ini kemudiannya berkembang menjadi pusat perdagangan atau pelabuhan entreport ataupun feeder port apabila sistem komunikasi di kawasan itu maju. Pusat perdagangan awal banyak tertumpu di hilir sungai utama di sekitar Asia Tenggara. 

Pusat perdagangan ini kemudiannya bertambah maju apabila pedagang-
pedagang dari India, Timur Tengah dan China tiba di Nusantara kerana kawasan ini dijadikan transit bagi pedagang-pedagang ketika itu untuk meneruskan perjalanan sama ada ke China ataupun ke India.
 
Jumpaan artifak-artifak logam di kawasan sungai yang berdekatan dengan pantai, aliran pertengahan dan di pedalaman menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara masyarakat di pesisir pantai, masyarakat di tanah pamah dan di kawasan pedalaman telah wujud sejak Zaman Neolitik lagi. 

Hubungan perdagangan ini kemudiannya dimanfaatkan oleh pedagang daripada luar dan hubungan dengan masyarakat luar inilah yang membolehkan perkembangan masyarakat tempatan daripada segi aspek sosial dan budaya.

Masyarakat pesisir pantai yang sudah biasa dengan aktiviti pelayaran dipercayai menjadi orang tengah dengan masyarakat di pedalaman apabila melibatkan aktiviti perdagangan dengan pedagang dari luar. 

Lembah sungai di Selangor kaya dengan sumber bijih timah yang diperlukan oleh masyarakat luar ketika itu. Logam bijih timah digunakan sebagai campuran dengan logam kuprum dan plumbum untuk menghasilkan produk gangsa. Kepentingan sumber bijih timah sebagai keperluan utama masyarakat yang berada ke Utara Semenanjung Tanah Melayu terutamanya di utara Vietnam dan selatan Thailand telah memperkembangkan lagi hubungan dua hala antara masyarakat di lembangan sungai Selangor dengan wilayah luar dan ini dapat dilihat dalam konteks hubungan antara wilayah.

Berdasarkan perkembangan ini tidak hairanlah sekiranya hubungan ini berlanjutan hingga ke Zaman Sejarah dimana kekayaan sumber bumi ini kemudiannya dibahagikan Kepada dua kategori iaitu pertama pantai timur Semenanjung yang kaya dengan sumber emas manakala pantai barat Semenanjung yang kaya dengan sumber bijih timah.




Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Mangut Beong : Gulai khas dari Tanah Jawa

    Mangut BeongSalah satu makanan tradisional Jawa yang berasal dari kota Magelang adalah mangut beong. Mangut merupakan gulai khas yang berasal dari daerah Jawa seperti Yogyakarta, Semarang dan Pati. Beong pula merupakan nama ikan yang banyak terdapat di daerah Magelang.Kuah mangut terdiri dari campuran rempah serta santan. Penggabungan bahan-bahan s... Baca Selanjutnya

  • Roti paun sinonim dengan Terengganu

    Roti PaunRoti paun yang begitu sinonim dan popular di Terengganu kerana keenakan dan teksturnya yang gebu.Orang Terengganu memanggilnya dengan nama Roti PaungRoti paung atau dikenali juga sebagai roti paun kerana beratnya kira-kira 1 paun atau bersamaan 453 gram sesuai dijadikan hidangan sarapan pagi dan minum petang, dimakan kosong atau dicicah de... Baca Selanjutnya

  • Manaqib Tuan Guru Haji Daud Keramat

    Jejak Ulama Nusantara - PerakTuan Guru Haji Daud Keramat ( Wafat pada 1960 )Oleh : Tengku Yusuff Nama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Daud Bin Abdul Rahman Bin Tok Tama (Tengku Sri Utama Diraja) dan beliau berasal dari Pasir Mas, Kelantan.Ayahnya, Haji Abdul Rahman yang juga digelar dengan panggilan Tok Penghulu Bongsu tersenarai dalam gerombola... Baca Selanjutnya

  • Sejarah Jambatan Keretapi Lama Klang - Kuala Selangor yang dilupakan

    Jalan Keretapi Lama ini dibina pada tahun 1913 oleh British. Jalan keretapi ini dibina untuk membawa bahan-bahan mentah seperti bijih timah dari Kuala Selangor ke Klang. Pada zaman pemerintahan pendudukan Jepun, landasan keretapi lama ini telah dibongkar dan dibawa ke Burma bagi menyiapkan landasan keretapi maut Thailand - Burma. Ini adalah stuktur... Baca Selanjutnya

  • Perarakan Burung Petalawati : adat Melayu yang telah diharamkan

    Perarakan Burung PetalawatiPerarakan Adat Melayu Kelantan Yang Telah Diharamkan Kerana Bertentangan Dengan Kepercayaan dan Akidah IslamPerarakan Burung Petalawati adalah perarakan Adat yang diadakan ketika upacara berkhatan dan adat istiadat diraja Melayu Kelantan.Mengikut orang-orang lama, orang yang dibawa di atas tandu di badan burung itu diangg... Baca Selanjutnya

Ads Bottom