Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Perpindahan Pejabat Daerah Sabak Bernam ke Pekan Sungai Besar

Bangunan lama Pejabat Daerah Sabak Bernam di Pekan Sabak

Sehingga tahun 1900, daerah ini diletakkan di bawah pentadbiran daerah Kuala Selangor.

Ketika itu Pejabat Daerah Sabak Bernam diselia oleh Dato' Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya yang bertugas dalam Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu serta wakil kepada Sultan Selangor.
 
Daerah Sabak Bernam diisytiharkan secara rasmi oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah pada 1 Julai 1960. Daerah Sabak Bernam merupakan daerah ke tujuh negeri Selangor.

Kakitangan Pejabat Daerah Sabak Bernam tahun 1971 bergambar beramai-ramai semasa majlis perpisahan Tuan Pegawai Daerah Encik Tajul Rahim bin Atur

Apabila timbulnya cadangan perpindahan ibu daerah Sabak Bernam dari Pekan Sabak ke Pekan Sungai Besar sekitar awal 1960an, maka wujudnya pertentangan pendapat berkenaan isu perpindahan tersebut. Bagi mereka yang menyokong mengatakan Pekan Sabak sering dilanda banjir apabila air dari Sungai Bernam melimpah ke darat semasa air pasang besar dan ditambah pula kedudukan Pekan Sungai Besar itu sendiri yang strategik iaitu diantara Pekan Sabak dengan Pekan Tanjung Karang.





Antara keratan akhbar yang menyentuh isu perpindahan Pejabat Daerah Sabak Bernam ke Sungai Besar

Bagi mereka yang menentang pula menggunakan hujah Pekan Sabak bakal menjadi "pekan mati" sekiranya perpindahan itu direalisasikan. Isu panas berkaitan perpindahan walaupun menjadi isu bualan masyarakat, akhirnya secara rasminya pada 21 April 1975, Ibu daerah Sabak Bernam berpindah ke Pekan Sungai Besar.

Senarai Pegawai Daerah Sabak Bernam

En. Wan Mahmood bin Pawan Teh          

Feb 1960 - Sept 1961

En. Wan Mansor bin Abdullah                  

Okt 1961 - Jan 1962

En. Wan Hassan bin Mohd Hashim          

Feb 1962 - Ogos 1964

En. Mohd Taib bin Ali                                

Sept 1964 - Jan 1969

En. Tajul Rahim bin Ator                            

Feb 1969 - Ogos 1971

En. Ghazali bin Mohd Noor A.S.K.          

Sept 1971 - Okt 1974

En. Zainal bin Dahalan                             

Nov 1974 - Nov 1978

Tuan Hj. Wan Endut bin Wan Mahmood   

Dis 1978 - Apr 1981

En. Mohd Isa bin Tajol Aros P.J.K.         

Nov 1981 - Dis 1983

En. Nasarudin bin Hashim B.P.C.            

Jan 1984 - Ogos 1987

En. Mohd. Kusin bin Dikun A.M.P., P.P.T.    

Ogos 1987 - Mei 1992

En. Shaharudin bin Haji Shafie                

Jun 1992 - Feb 1994

Tuan Hj. Mohd. Shahar bin Hj Alang Saidin                                                           

Mei 1994 - Mei 1997

Tuan Hj. Mohd. Shamsudin bin Hj. Lias   

Jun 1997 - Ogos 2000

En. Zainal Abidin bin Azim S.M.S., A.M.N.   

Okt 2000 - Sept 2003

Tuan Hj. Abdul Ghani bin Zainuddin S.S.A., A.M.N.                                           

Sept 2003 - Okt 2004

Tuan Haji Hamzah bin Jalli A.S.A., A.I.S.     

Nov 2004 - Nov 2005

En. Huzaini bin Samsi S.M.S., A.I.S.         

Dis 2005 - Jul 2007

Tuan Haji Marzuki bin Hussin S.M.S., A.M.N., P.J.K.                                            

Sept 2007 - Dis 2010

Tuan Hj. Mohd. Zainal bin Mohd. Nor A.M.S.                                                          

Feb 2011 - Dis 2013

Tuan Haji Samsudin Bin Mon                   

Feb 2014 - Mac 2015

Tuan Mohd Khairuddin bin Md Som, A.M.N, A.M.S                                              

Apr 2015- Mei 2018

Tuan Nasir bin Mamat , S,I,S, K.M.W, A,M,N                                                            

Jul 2018 - Dec 2020

Tuan Amri bin Ismail                                 

Feb 2021 - Kini





KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Carl Emil Pettersson : Daripada seorang kelasi menjadi raja puak kanibal

    Carl Emil Pettersson pada usianya baru mencecah 17 tahun, sudah mula bekerja sebagai seorang kelasi bersama sebuah syarikat perdagangan Jerman bernama Neuguinea-Compagnie yang beroperasi di kawasan kolonial terawal Jerman, German New Guinea yang kini digelar Papua New Guinea.Seorang rakyat Sweden, Carl lahir pada bulan Oktober tahun 1875, anak kepa... Baca Selanjutnya

  • Kenapa meniup rekorder diajar di sekolah?

    Salah satu elemen pendidikan muzik yang masih kekal sehingga ke hari ini dalam sistem persekolahan di negara ini adalah penggunaan alat rekorder sebagai instrumen utama pembelajaran muzik.Rekorder merupakan satu alat muzik utama yang dimiliki semua pelajar sekolah terutamanya sekolah rendah.Anda pasti tertanya-tanya kenapa rekorder dijadikan alat m... Baca Selanjutnya

  • Coelacanth : Ikan zaman Dinasour ditemui semula setelah didakwa pupus lebih 60 juta tahun

    Pada 23 Disember 1938, coelacanth, sejenis ikan purba yang disangka pupus telah ditemukan semula.Pada hari itu, Marjonie Courtenay-Latimer, kurator Muzium East London, Afrika Selatan berada di limbungan menjalankan pemeriksaan terhadap tangkapan nelayan, salah satu tugas berjadualnya untuk mencari 'sebarang objek luar biasa'. Daripada timbunan... Baca Selanjutnya

  • Amru bin al 'As watak penting membuka Kota Mesir

    Kota Kaherah, MesirAntara tokoh yang lewat memeluk Islam berbanding para Sahabat yang lain adalah Amru bin Al ‘As. Peng-Islamannya serentak dengan Khalid bin al-Walid, iaitu selepas termeterainya Perjanjian Hudaibiah. Walaupun begitu, kedua-duanya menjadi tokoh yang begitu menyinar buat Islam. Ketokohannya pula semakin terserlah pada zaman Saidina ... Baca Selanjutnya

  • Francis Ngannou : Dari lombong pasir ke pentas juara dunia

    Kepada penggemar sukan MMA, sudah tentu mereka tak terlepas untuk menonton perlawanan kejuaraan dunia Heavyweight pada minggu lepas, termasuk juga saya. Perlawanan yang di menangi oleh Francis Ngannou (FN) menentang bekas rakan sepasukan yang pernah berlatih bersama suatu ketika dahulu Ciryl Gane, mendapat perhatian peminat dan pihak media di selur... Baca Selanjutnya

Ads Bottom