Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Sejarah Raja Jembal yang pernah memerintah Kelantan


Raja Jembal adalah salah sebuah institusi beraja yang memerintah Kelantan pada abad ke-17 dan ke-18. Pusat pemerintahannya ialah di Jembal iaitu di Kedai Lalat sekarang. Sehingga kini pun masih ada saki-baki keturunan raja Jembal di beberapa kampung berhampiran Kedai Lalat.

Mengikut satu dongeng sejarah, kerajaan ini ada kaitan dengan Raja Bersiung dari Kedah, yang membawa diri ke Kelantan (tentunya selepas peristiwa minum darah di Kedah). Semasa berada di Jembal,baginda memelihara dua orang anak angkat -seorang lelaki yang dinamai baginda Raja Sakti, dan seorang perempuan yang dinamai baginda Puteri Mani Kemenyan. Apabila kedua-duanya dewasa, mereka dikahwinkan baginda. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka memperoleh 4 orang putera dan 3 orang puteri, iaitu Raja Loyor, Raja Bahar, Raja Umar, Raja Sungai, Puteri Sayu Bari, Puteri Unang Melur, dan Puteri Cempaka Bongsu.

Raja Sakti adalah raja pertama kerajaan Jembal, iaitu mulai 1638.Baginda kemudiannya melantik putera baginda, Raja Loyor sebagai pengganti baginda kelak, manakala Raja Bahar dilantik sebagai Bendahara, Raja Umar sebagai Temenggung, dan Raja Sungai sebagai Raja Muda.
Sebagai maklumat tambahan, serentak dengan ini juga terdapat sebuah kerajaan lagi di Hulu Kelantan di bawah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang (1610 - 1667). Melaka pula di ambang peralihan dari Feringgi kepada Belanda (1741). Jauh di utara semenanjung, Kerajaan Ayuthia memerintah Siam di bawah Raja Prasat Thong (1630 - 1656) dan Raja Narai (1656 - 1709). Patani pula diperintah oleh raja-raja perempuan seperti Raja Ungu (1624 - 1635) dan Raja Kuning (1635 - 1688). Selepas pemerintahan Raja Kuning inilah Patani mulai merosot dan menjadi rebutan di kalangan bendahara yang dipanggil datu (atau disalah sebut sebagai datuk). Datu Pengkalan Tua iaitu bapa kepada Long Bahar atau Long Besar yang kemudiannya memerintah Jembal, adalah salah seorang daripada datu Patani. Kerajaan Jembal berakhir pada 1720-an apabila Raja Kecil Sulung putera Raja Umar (ketika itu Sultan Umar) menyerahkan takhta kerajaan kepada iparnya Long Bahar atau Long Besar anak Datu Pengkalan Tua dari Patani tadi.

RUJUKAN 

-Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

- Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: JalarMihat. ISBN 983-2098-89-0

-Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press. "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-02-03. Dicapai pada 3/2/2004




KONGSIKAN:



  • Tianamen Shan Big Gate : Lubang raksasa terbesar di dunia

    Ianya merupakan sebuah lubang raksasa terbesar di dunia yang terbentuk di sebuah gunung terletak sekitar lapan kilometer dari kota Zhangjiajie yang berada di bawah jajahan daerah Hunan, China.Lubang ini terbentuk pada tahun 263 Masihi semasa dalam pemerintahan Raja Wujing.Ia juga kenali dengan nama Tianamen Shan Big Gate yang bermaksud Gerbang Raks... Baca Selanjutnya

  • Akhirnya mereka berjaya dimurtadkan

    Rakyat Muslim di Filipina dimurtadkan beramai-ramai oleh penjajah SepanyolPada 24 Mei 1570M, Rajah Sulaiman dan  Lakandula telah mengetuai bala tentera Kerajaan Tondo (Manila) untuk menyerang pasukan Sepanyol.Dengan persenjataan yang agak ketinggalan telah menyebabkan gabungan Kerajaan Manila telah dapat ditewaskan. Selain masalah teknologi pe... Baca Selanjutnya

  • November 1923, penemuan penting makam Firaun Tutankhamun

    Howard Carter membuka ruang pengebumian dalaman makam Firaun Tutankhamun Mesir dan menemui sarkofagus Pada November 1923, satu pasukan yang diketuai oleh ahli arkeologi British, Howard Carter menemui makam  budak lelaki Mesir Tutankhamun.  Ini akan menjadi penemuan kubur firaun yang paling terkenal, dan menjadikan Tutankhamun mungkin... Baca Selanjutnya

  • "..Kakak saya terpaksa digulung dengan tilam dan disorok bawah katil.."

    15 Februari 2022Hari ini tepat 80 tahun lalu, kerajaan British menyerah kalah dan menyerahkan Singapura kepada Jepun, yang memberi pulau ini sebuah nama baru – Syonan-To, bermaksud Cahaya Pulau Selatan. Ramai daripada penduduk Singapura yang melalui zaman perang itu dan pemerintahan Negara Matahari Terbit mulai hari tersebut pada 1942 telah meningg... Baca Selanjutnya

  • Kisah si Utoh yang menggemparkan Tanah Melayu 1947

    Pada tahun 1947, telah terjadi satu tragedi pembunuhan beramai-ramai di dalam sebuah kereta api di Tanah Melayu (Malaysia) yang menggemparkan masyarakat.Si pelaku, Mat Taram bin Sa’al atau lebih dikenali sebagai Utoh telah disabitkan kesalahan kerana menikam dan membunuh 11 orang sewaktu berada di dalam sebuah kereta api dan di sebuah Kongsi (bangu... Baca Selanjutnya

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI

Ads Bottom