Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Osman Botak : Daripada samseng menjadi pelakon


Melihat mukanya yang bengis dan kepalanya yang berkilat, sudah pasti ramai yang gerun berhadapan dengannya. Tetapi sebenarnya beliau seorang yang lemah lembut jika mengenalinya dengan lebih dekat.

Osman Botak atau nama sebenarnya Osman bin Mohd Amin telah memulakan kerjaya lakonannya sebagai pelakon tambahan pada tahun 1959 menerusi filem Musang Berjanggut arahan P.Ramlee. Kemudian beliau diberi watak agak penting dalam filem Samseng arahan Ramon A Estella. Sebelum beliau terjun ke bidang lakonan beliau terlebih dahulu menyertai kumpulan muzik bersama Osman Ahmad dan Yusof B sebagai pemain trumpet.


Sekitar tahun 1960-an Osman Botak merupakan ketua kumpulan samseng Melayu di sekitar kawasan Chow Kit dan Kampung Baru, disamping menjadi pelakon pembantu di Studio Merdeka. Apabila P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964, beliau telah mempelawa Osman Botak untuk berlakon dalam filem arahannya. Osman Botak juga pernah menjadi ketua keselamatan di Pawangam P.Ramlee di awal pembukaannya.  

Antara filem lakonan Osman Botak ketika di Singapura seperti Musang Berjanggut, Raja Laksamana Bentan dan Dandan Setia. Di Studio Merdeka, Kuala Lumpur,Osman Botak terlibat dalam filem seperti Kanchan Tirana, Jangan Tinggal Daku, Si Bongkok, Enam Jahanam, Laxmana Do Re Mi dan beberapa lagi buah filem.

Sumber :

Majalah Filem
Kenangan Abadi P.Ramlee - Ramli Ismail
Temubual bersama Ramli Ismail pada 1998.

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom