X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah Tok Janggut Gerik berdepan pengganas Komunis di Perak



Tok Janggut Gerik nama sebenarnya Tuan Guru Haji Abdul Razak Bin Kasman seangkatan dengan Tuan Guru Haji Idris al-Bahrawi dan Syeikh Osman Lenggong. 

Beliau telah dilantik oleh pembesar di Hulu Perak sebagai imam perang di kawasan Temenggor hingga Kenering semasa zaman komunis. Tok Janggut semasa hayatnya pernah beberapa kali bertempur dengan pengganas komunis dengan hanya menggunakan parang panjangnya dan ketika itu orang yang mengikuti Tok Janggut menentang komunis mengatakan peluru yang dilepaskan ke arah mereka seperti hujan, daun-daun dan kayu-kayu semua seperti dilanda ribut disebabkan tembakan yang bertalu-talu dan beratus das tembakan. Tetapi mereka katakan peluru yang kena pada badan mereka ketika itu hanya ibarat terkena pasir pada badan. Ketika itu juga Tok Janggut telah memasang pagar hikmat sepanjang Kampung Tanjung Rambai dan disebabkan pagar ghaib itu setiap pengganas komunis yang lalu lalang tidak melihat adanya perkampungan dan rumah-rumah di Kampung Tanjung Rambai.

Dalam sebuah peristiwa lain, Tok Janggut telah diserang oleh sepasukan pengganas komunis semasa beliau sedang meneroka tanah hutan. Penerokaan tanah hutan akan menjejaskan aktiviti pengganas komunis yang ketika itu sangat aktif di Hulu Perak. Dalam kejadian jam 5.00 petang, Tok Janggut telah dikepung oleh kira kira 15 orang pengganas komunis yang telah membelasahnya dengan menggunakan bennet (Pisau tajam yang diletak dihujung senapang), pedang dan kayu.

Setelah hampir setengah jam membelasah, Tok Janggut bangun seperti tiada apa apa yang berlaku pada dirinya yang membuatkan semua pengganas lari lintang pukang. Dalam kejadian tersebut, Tok Janggut sempat memberi "hadiah" parang panjang kepada tiga orang komunis yang mengalami kecederaan parah. 

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Eric Moussambani : " Saya jadi perenang di Olimpik walaupun tak pernah lihat kolam renang sebelum ini"

    Inilah kisah tentang Eric Moussambani dari Equatorial Guinea dengan gelaran Eric The Eel pada Olimpik Sydney 2000.Eric mendengar bahawa negaranya mencari perenang untuk bertanding di Olimpik Sydney. Dia menawarkan dirinya walaupun dia tidak pernah melihat kolam renang dan tidak pernah pergi ke Sydney.Apa yang dia tahu ketika itu, dia akan bertandin... Baca Selanjutnya

  • Dalam satu kilometer, 38 nyawa buruh melayang

    Buruh Paksa Landasan Kereta Api Maut Siam-Burma 1942-1945Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu pada tahun 1942-1945 telah meninggalkan banyak kesan politik, ekonomi dan sosial. Salah satu kesan yang sentiasa menjadi ingatan pahit adalah tentang buruh kereta api maut Siam-Burma yang telah melibatkan ramai orang tanpa mengira bangsa. Setelah tentera Jep... Baca Selanjutnya

  • Inilah sepuluh (10) negara terbesar di dunia

    Dari data yang dikeluarkan oleh World Atlas dan diperakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB, terdapat 195 buah negara didunia ini. Daripada 195 negara tersebut dibawah ini disenaraikan 10 buah negara terbesar didunia pada 2021.1) RUSIARusia merupakan negara terbesar didunia dengan keluasan mencapai 17,22,200 KM persegi. Besarnya negara Rusi... Baca Selanjutnya

  • Pengkhianatan Hassan yang menyebabkan wira negara terkorban

    TRAITOR IN OUR MIDST - Pengkhianatan Yang Membawa Kepada Kematian Rakan SepasukanKisah benar berdasarkan transkrip mahkamah rayuan mengenai pengkhianatan seorang anggota Cawangan Khas yang akhirnya mengorbankan rakan sepasukan.Pengkhianatan Hassan Bin Hj Ali Basari Jika kita rasa kejadian pencerobohan oleh pengganas Sulu di Lahad Datu itu teru... Baca Selanjutnya

  • Y.M Raja Bot dan jasanya dalam pembangunan negeri Selangor

    Pada tanggal 11 April 1916, Y.M Raja Haji Bot bin Raja Jumaat telah mangkat di Johor Bharu. Y.M Raja Haji Bott merupakan pemerintah Lukut setelah kemangkatan paduka ayahandanya.Raja Bot telah didedahkan dengan selok belok pentadbiran dan perniagaan bijih timah yang menjadi nadi utama Lukut seawal usia belasan tahun lagi. Malangnya baginda telah hil... Baca Selanjutnya

Ads Bottom