Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Saya tetap mahu keadilan untuk Kak Ngah

Kuala Lumpur: "Memang itu (ucapan ulang tahun kelahiran Nurin Jazlin) rutin saya setiap tahun, mana mungkin saya lupa tarikh 11 September Kak Ngah dilahirkan.

"Kalau Kak Ngah ada, tentu sekarang dia membesar menjadi anak gadis saya berumur 24 tahun," kata Jazimin Abdul Jalil.

Jazimin kembali mencuri tumpuan selepas memuat naik ucapan menyentuh hati bersama sekeping gambar Nurin Jazlin sempena ulang tahun kelahirannya ke-24 di TikTok dan Facebook, Isnin lalu.

"Happy birthday Kak Ngah yang ke-24 tahun. Dipinjam pada 11 September 1999 dipulangkan kembali pada 17 September 2007.

"Selamat ulang tahun. Al-Fatihah," tulisnya.

Jazimin, 49, ketika dihubungi Harian Metro berkata, ucapan berkenaan sebagai tanda ingatan seorang bapa yang merindukan anaknya.

Nurin Jazlin atau mesra disapa keluarganya Kak Ngah disahkan meninggal dunia dalam pembunuhan kejam pada 2007.

"Memang saya terlalu rindukan Kak Ngah, bukan saya tidak reda ketentuan Allah SWT tetapi sebagai manusia biasa, hati saya tidak tenang selagi pelakunya tidak dibawa ke muka pengadilan.

Nurin Jazlin atau mesra disapa keluarganya Kak Ngah disahkan meninggal dunia dalam pembunuhan kejam pada 2007.

"Memang saya terlalu rindukan Kak Ngah, bukan saya tidak reda ketentuan Allah SWT tetapi sebagai manusia biasa, hati saya tidak tenang selagi pelakunya tidak dibawa ke muka pengadilan.

"Saya memuat naik ucapan ini bukan meminta simpati, tetapi itu sebagai tanda ingatan dan luahan naluri seorang bapa yang merindui dan masih tertunggu-tunggu keadilan untuk kematian anaknya," katanya.

Menurutnya, dia menghargai setiap maklum balas rakyat Malaysia yang bukan saja mendoakan kesejahteraan arwah anaknya, malah memberi sokongan terhadapnya yang mahukan pembelaan.

"Saya hargai dan berterima kasih atas setiap doa dan ucapan baik-baik oleh rakyat Malaysia, malah saya terharu kerana mereka juga mahu pelaku di bawa ke muka keadilan.

"Jujurnya sehingga ke saat ini, saya bapanya lebih lagi mengharapkan pihak berkuasa dapat menjejaki pelaku pembunuhan kejam arwah anak saya itu.

"Sekarang umur saya nak masuk 50 tahun, saya pun tidak tahu sampai bila akan hidup lagi tetapi selagi ada hayat, saya mahu keadilan ditegakkan dan melihat sendiri manusia mana tergamak bunuh anak saya dengan begitu kejam sekali," katanya.

Jazimin berkata, dia memohon Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam menyelesaikan kes pembunuhan anaknya berikutan pelakunya belum dapat dijejaki.

"Jika ada peluang saya sendiri mahu jumpa Perdana Menteri supaya kes anak saya dapat diselesaikan dan pelakunya dapat dikesan segera.

"Selagi tidak tahu siapa pembunuhnya, selagi itu saya tidak puas hati dan tenang kerana cara kematiannya tidak dapat diterima akal dan jika ini berlaku kepada orang lain, saya yakin keluarga mangsa juga dapat merasai apa yang saya alami sampai sekarang," katanya.

Nurin Jazlin dilaporkan hilang ketika keluar ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, pada jam 8 malam, 20 Ogos 2007.

Sumber : Harian Metro


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Nak beli klik link di bawah

https://s.shopee.com.my/8f6eRv9G3a

Check out HERMAN - 4 USB Port 3 Universal Power Strip Extension Plug Power Socket Electric Sockets Elektrik Soket Cords (USB C *) for RM13.48. Get it on Shopee now! https://s.shopee.com.my/8f6eRv9G3a



Ads Bottom