Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Julai 1967 : bermulanya episod pemerkosaan Masjid al-Aqsa oleh Yahudi Israel


Kekalahan dalam peperangan bulan Julai 1967 merupakan satu pengalaman yang amat memeritkan dan memilukan yang pernah dialami oleh regim benua Arab, dan menyebabkan dalam beberapa hari sahaja saki-baki tanah Palestin telah terlepas ke tangan Yahudi. 

Tebing Barat yang turut mengandungi timur al-Quds dan wilayah Gaza telah dirampas, manakala 330,000 rakyat Palestin telah dihalau. Turut dirampas oleh rejim Yahudi ialah wilayah Golan di Syria (1150km persegi) dan wilayah Sinai di Mesir (61,198km persegi).

Pihak rejim Yahudi, berusaha terus menerus untuk mengyahudikan bumi Palestin, cuba untuk melupuskan identiti Arab-Islam dan segala bentuk tamadun mereka. Ini menyebabkan pertambahan rampasan tanah Palestin kepada 96 peratus daripada jumlah yang telah ditakluki pada tahun 1948, termasuklah hartanah dan aset rakyat Palestin yang sudah dihalau, tanah-tanah wakaf Islam dan tanah yang dimiliki oleh orang-orang Arab yang masih tinggal di sana. 

Pihak Zionis telah membina 756 bandar beserta kampung-kampung pendatang Yahudi di bumi yang ditakluki pada 1948. Manakala selepas peperangan 1967, mereka telah merampas lebih dari 60 peratus keluasan tebing barat untuk penempatan tambahan sebanyak 192 buah. Mereka turut merampas 30 peratus keluasan wilayah Gaza untuk 16 penempatan Yahudi lagi. Pada waktu yang sama, mereka menghalang rakyat Palestin daripada pulang ke tanahair, malah pintu imigrasi untuk Yahudi telah dibuka dengan seluas luasnya. Akibatnya, lebih daripada 2,800,000 (dua juta lapan ratus ribu) pendatang Yahudi telah memasuki bumi Palestin sepanjang tempoh 1949 2000. Ini meningkatkan jumlah keseluruhan orang Yahudi kepada 5 juta orang.

Kini, pihak Zionis sedang menumpukan perhatian untuk menghancurkan kota al-Quds. Apabila mereka telah berjaya menguasai 86 peratus daripada bumi Palestin, bandar al-Quds telah dibanjiri dengan pendatang Yahudi berjumlah 450,000 orang, lebih banyak jika dibandingkan dengan 200,000 rakyat Palestin yang masih tinggal di sana (bancian tahun 2000). Mereka bukan sahaja membuat benteng manusia yang memisahkan Masjid al-Aqsa dari penempatan Arab-Islam yang turut didiami oleh 200,000 Yahudi yang tinggal di sana, bahkan mereka turut mengisytiharkan al Quds sebagai "Ibu Kota Abadi" bagi rejim Zionis. Pihak Zionis merasakan penguasaan ke atas Masjid al-Aqsa adalah satu keperluan dan berkepentingan lalu merampas tembok barat Masjid al-Aqsa (dinding al-Buraq), memusnahkan perkampungan al-Magharibah yang berdekatan dan merampas tanah-tanahnya. Sehingga kini mereka telah berjaya menggali lubang di bawah Masjid al-Aqsa pada peringkat yang kesepuluh dan telah siap menggali empat terowong yang boleh meruntuhkan masjid itu pada bila-bila masa sahaja. 

Terdapat 25 pertubuhan pengganas Yahudi yang bersaing antara satu sama lain untuk menghancurkan al-Aqsa untuk digantikan dengan Kuil Yahudi. Sepanjang 1967sehingga 1998, mereka telah melakukan 112 serangan ke atas Masjid al-Aqsa (72 darinya dilakukan selepas perjanjian Oslo 1993) dan serangan yang paling mengejutkan ialah tindakan mereka membakar sebahagian bangunan masjid tersebut pada 21 Ogos 1969.





KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Sejarah mata wang nilai 1,000 di Tanah Melayu

    Pada awalnya, matawang awal Tanah Melayu disebut Dollar Selat, kemudian diganti dengan Dollar Tanah Melayu (Dollar Malaya) menggunakan wang kertas dan syiling yang dikeluarkan oleh Lembaga Suruhanjaya Matawang Malaya, yang ditubuhkan pada 1938. Dollar Malaya merupakan matawang yang digunakan oleh tanah jajahan British di Semenanjung Tanah Melayu da... Baca Selanjutnya

  • Kematian Aitzaz Hasan selamatkan ratusan ibu daripada menangis

    Subhanallah wabihamdihi..Inilah hero yang sebenar.. Pada tahun 2014 dunia digemparkan dengan kisah Aitzaz Hasan seorang budak lelaki yang berusia 15 tahun di Pakistan.Dia telah mengorbankan nyawanya semata mata untuk menyelamatkan 2000 rakan sekolahnya dari seorang pengembom bunuh diri. (suicide bomber).Begini kisahnya..Suatu hari Aitzaz bersama se... Baca Selanjutnya

  • Dimana mahalnya muntah ikan paus ini

    Ambergris atau lebih dikenali sebagai muntah ikan paus ni harganya cecah ratusan ribu ringgit, benda ni dihasilkan didalam perut paus untuk melindungi perut paus dari bocor. Ambergris ni boleh terapung bertahun tahun lamanya di laut sebelum sampai ke daratan.Benda ni jadi mahal disebabkan sangat susah nak jumpa, ribuan tahun dulu orang Mesir pernah... Baca Selanjutnya

  • Asal usul kuih cakoi

    Cakoi, yau char kwai atau youtiao. Yang pasti, bagi penduduk seperti Malaysia, China, Thailand, Singapura dan Taiwan, ia merupakan makanan yang enak dinikmati sebagai snek. Tetapi tidak ramai tahu, asal-usul makanan ini mempunyai latar belakang tragis. Atau lebih tepat, kaitannya dengan kisah tragis yang menimpa seorang jeneral Dinasti Song Selatan... Baca Selanjutnya

  • Pattani Darussalam : Adik bongsu Tanah Melayu yang berduka

    Patani adalah sebahagian daripada Tanah Melayu'. Bagaimanapun. pada akhir abad ke-18 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Patani telah diakui oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Patani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban. De... Baca Selanjutnya

Ads Bottom