Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Lebuhraya Timur-Barat saksi keganasan Komunis sabotaj pembangunan negara

Lebuhraya Timur Barat, adalah merupakan jalan darat yang dibina merentasi Banjaran Titiwangsa.


Yang terdapat sedikit kisah ringkas yang dapat kita jadikan bukti, bagi menceritakan salah-satu dari pelbagai banyak kisah pengorbanan mereka yang bersusah payah membina negara bagi kesenangan anak cucu kita hari ini.

Kita hayatilah betapa kemerdekaan perlu dikekalkan, keharmonian masyarakat majmuk dan keamanan yang perlu dijaga oleh generasi berbilang kaum tika waktu ini.

Pada 27 Ogos 1974 ketika para pekerja yang membina Lebuhraya Timur Barat sedang melakukan tugas pembinaan, mereka telah diserang oleh kumpulan PENGGANAS KOMUNIS(PKM).





Sebanyak 63 buah buah jentolak telah diletupkan, serta turut mengorbankan 3 nyawa pekerja JKR dan beberapa orang lagi telah tercedera.

Komunis yang kembali mengganas antara tahun 1967-1989 iaitu era Darurat Gelombang Ke-2.

Para pekerja membina Lebuhraya Timur Barat menjadi mangsa serangan hendap pihak komunis.

Akibat tindakan pihak komunis ini, tempoh pembinaan lebuhraya ini menjadi lama, memakan masa 11 tahun.




Dikatakan pada awal 80an semua perjalanan dari Gerik ke Kedah dan Kelantan ditutup kepada orang awam bermula jam 6.00 petang.

Kos awal pembinaan juga meningkat daripada RM 85 juta menjadi RM 205 juta, ini kerana banyak jentera dan peralatan dirosakkan atau dimusnahkan oleh Komunis bagi menggagalkan usaha pembinaan jalan raya tersebut.
Kerana mereka tahu jika jalan raya ini siap, ia akan memudahkan lagi pergerakan tentera bagi memerangi pengganas komunis yang bersarang di kawasan tersebut, terutama di kawasan Hutan Belum.

Bagi merakam penghargaan terhadap mereka yang terkorban ketika bekerja keras membina jalan yang menghubungkan Jeli dan Grik ini, satu tugu peringatan telah dibina oleh JKR.  Bagi mengenangkan pengorbanan para pekerja yang telah terkorban menjadi mangsa komunis.

Jika ada anak cucu hari ini yang melintasi jalan itu, ingatlah betapa susahnya orang dulu-dulu berusaha untuk menyiapkan Lebuhraya Timur Barat ini demi keselesaan generasi hari ini.

Pengorbanan mereka sungguh hebat, walaupun tahu kawasan itu berisiko namun mereka berjiwa kental yang sanggup bertahan dan bekerja keras demi menyiapkan jalan ini.

Laluan penting yang menjadi perintis awal kepada kemajuan-kemajuan, yang dirangka oleh kerajaan dalam membawa "Keharmonian dan Keamanan Negara" kepada rakyat Malaysia yang tercinta.




Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom