X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Ramai yang tidak tahu, sayalah model sebenar dalam Tugu Negara


Pada tahun 1959, dua tahun selepas Tanah Melayu merdeka. Osman yang ketika itu bertugas sebagai Setiausaha Sulit kepada Menteri Luar, Allahyarham Tun Dr. Ismail dihantar melanjutkan pengajian Diploma Sains Politik di Washington DC.

Urusan pengajian Osman itu diaturkan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman. Perdana Menteri Malaya ketika itu. Dalam tempoh selama empat tahun pengajian. Osman diberi tugas sebagai pengawal keselamatan sementara di Kedutaan Malaysia di Washington DC, apabila cuti semester.

Tiga tahun kemudian, iaitu pada 1961, Tunku Abdul Rahman telah mengadakan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat. Antara atur cara rasmi Tunku kenka itu ialah lawatan ke tugu peringatan askar marin Amerika yang terkorban semasa peperangan di Iwo Jima, Jepun. Tugu itu terletak di seberang sungai yang memisahkan antara Washington DC dan Virginia. Ia diperbuat daripada gangsa.

Apabila melihat keunikan Tugu Peringatan Perang Iwo Jima, Tunku mendapat satu idea. Lantas, Tunku memberi tahu ideanya itu kepada Tun Dr. Ismail dan pegawai-pegawai kedutaan yang mengiringinya, bahawa beliau berhasrat untuk membina memorial seumpama itu di Tanah Melayu. Bezanya, tugu itu nanti berkonsepkan perjuangan askar-askar Melayu menentang komunis

Tunku mahu masyarakat mengenang semangat askar Melayu yang menghancurkan pemberontakan komunis berikutan pembunuhan tiga orang pegawai Eropah di ladang getah Sungai Siput pada 18 Jun 1948 yang menjadi punca Pengisytiharaan Darurat pada 1948. 

Tunku juga mahu kekejaman komunis itu diabadikan sebagai musuh nombor satu negara. Komunis telah membunuh orang-orang kampung membakar bas, lori dan lain-lain kenderaan hampir setiap hari. Ladang-ladang getah dirosakkan. Kereta api diserang hendap dan digelincirkan dari landasan.

Dengan adanya tugu itu nanti, Tunku mahu masyarakat tahu, antara tahun 1950 hingga 1951, komunis telah menggugat kestabilan politik Tanah Melayu. Satu platon askar Melayu di serang hendap oleh 250 gerila komunis di Gua Musang, Hulu Kelantan. Balai Polis Bukit Kepong di Johor ditawan dan dibakar.

Dan, kemuncak kemegahan komunis ialah pembunuhan Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu di Bukit Fraser pada 1951. Selepas itu komunis dapat dihancurkan dengan adanya Rancangan Brigg dan pengelompokan orang-orang Cina dalam kampung-kampung baru. Pemberontakan komunis selama 12 tahun itu berakhir dalam tahun 1960. Jadi, sebuah tugu peringatan tentang keperwiraan askar Melayu, yang konsepnya seperti Tugu Peringatan Iwo Jima, mesti didirikan, kata Tunku. Bagi tujuan itu, Tunku mahukan pengukir Tugu Peringatan Iwo Jima, bernama Felix de Weldon, mencipta tugu peringatan di Tanah Melayu.

Tun Dr. Ismail setuju dengan idea tersebut. Keperwiraan perajurit negara membasmi ancaman komunis, mesti dihargai, sokong Tun. Dr. Ismail lagi.

Tunku tidak berlengah, terus mengarahkan pihak kedutaan di Washington mencari Felix de Weldon sampai dapat.

Felix de Weldon berjaya dikesan dan beliau menyatakan kesanggupannya kepada Tunku. Tetapi untuk melaksana kan tanggungjawab tersebut, pengukir terkenal dari Austria itu memerlukan seorang model untuk melakukan aksi-aksi tertentu. Model berkenaan penting supaya ukiran yang dihasilkan nanti nampak benar-benar hidup.

"Betul tu, betul!" balas Tunku.

Tapi siapa hendak dijadikan model? Tunku memandang sekeliling, dan...!!!

"Haa.. bagi kat Osman!" kata Tunku selepas melihat Osman berdiri tidak jauh darinya. "Osman ni segak, biar dia jadi model," sambung Tunku membuatkan semua yang ada di bilik tersebut ketawa.

Osman yang sememangnya dihantar oleh Tunku belajar di Washington DC, tidak dapat mengelak lagi.

Tunku kemudiannya mengarahkan pihak angkatan tentera mengirimkan segera peralatan-peralatan tentera termasuk uniform lengkap askar Melayu dan senjata, ke Kedutaan Tanah Melayu di Washington DC.

Hari penggambaran tiba. Di studio milik Felix, Osman beraksi dengan memakai uniform askar Melayu sambil memegang raifal. Dia memegang bendera Tanah Melayu, kemudian bersedia untuk menembak musuh serta me ngangkat rakan yang cedera.

Setelah itu, Osman juga diminta baring di lantai seolah-olah komunis yang mati ditembak perajurit negara. Felix mengambil gambar Osman terlentang. mengiring, pejam mata, terkulai tangan, dan macam-macam gaya lagi. Felix memuji Osman, aksinya itu benar- benar hidup!

Selepas berjam-jam beraksi, Osman diberitahu Felix de Weldon, pembinaan patung itu akan dibuat sepenuhnya di Itali. Proses seterusnya tidak diketahui kerana tidak lama kemudian, pemuda tampan yang bernama Osman itu pulang ke tanah air setelah tamat pengajian Diploma Sains Politiknya.

Hanya pada 8 Februari 1966, barulah tugu yang dirancang oleh Tunku Abdul Rahman itu menjadi kenyataan. la tersergam di atas sebuah bukit berhampiran bangunan Parlimen.

Malangnya, beberapa tahun kemudian, cerita tentang tugu setinggi 15.54 meter itu tiba-tiba bergema di Parlimen. Sebabnya, ada ahli Parlimen membangkitkan wajah patung yang diukir itu tidak menyerupai paras askar Melayu.

Ketika inilah, Tan Sri Nik Ahmad Kamil yang menjadi Duta Malaysia ke Amerika Syarikat mendedahkan rahsia tersebut kepada umum.

Tan Sri Nik Ahmad Kamil memberitahu bahawa model yang dijadikan asas askar Melayu itu ialah seorang rakyat Malaysia yang pernah menuntut di Washington DC. Namanya Osman Aroff. Osman Aroff orang Melayu, tapi wajahnya memang segak seperti pemuda Arab. Sementara wajah askar Melayu yang mengibar bendera Malaysia itu adalah rupa Tunku Abdul Rahman, bapa kemerdekaan.

Penjelasan panjang lebar Tan Sri Nik Ahmad Kamil itu melegakan dan ahli-ahli Parlimen yang bertanya soalan tersebut. Itulah pertama kali rahsia tentang hubungan Osman dengan Felix de Weldon, Tunku dan Tugu Negara.

*Kisah ini diceritakan sendiri oleh Tan Sri Osman Arof kepada wartawan Mastika pada tahun 2008. Tan Sri Osman Arof merupakan tokoh politik UMNO yang pernah menjawat jawatan Menteri Besar Kedah.


Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • The Barbarossa Brothers : Pahlawan Islam yang ditakuti tentera salib Eropah

    Pirates of The CarribeanWatak Pahlawan Islam Dalam Filem Pirates of The CarribeanSebenarnya sekitar abad ke-15 Masihi, bangsa Eropah sangat takut dengan satu kuasa yang gah menguasai Lautan Mediterranean yang mendapat jolokan 'The Barbarossa Brothers'.Acap kali kapal dagang Eropah yang belayar membawa muatan berharga akan dirompak oleh dua-beradik ... Baca Selanjutnya

  • Kisah hidup ulama Tuan Majid Teluk Sareh ( 1919 - 1975 )

    Oleh : Tengku YusuffNama penuhnya ialah Tuan Guru Haji Abdul Majid Bin Abdul Qadir dan beliau dilahirkan pada tahun 1919 di Kampung Pasir Sena, Lambor Kanan, Perak. Ketika hayatnya beliau menetap di Kampung Telok Sareh, Pulau Tiga, Kampung Gajah, Perak (bersebelahan Masjid Teluk Sareh).Beliau mempunyai 8 orang adik beradik iaitu :1. Che Long2. Mohd... Baca Selanjutnya

  • Ulama pondok dibunuh dan jenazahnya dibuang ke laut

    As-Syahid Haji Sulong Patani 1895-1954Tuan Guru Haji Sulong Patani adalah seorang ulama pondok yang berjuang mempertahankan kedaulatan undang-undang Islam dan bangsa Melayu di Patani. Setelah dibebaskan daripada penjara kerajaan Siam pada tahun 1952, kira-kira pada tahun 1954, penduduk Patani dikejutkan dengan kehilangan beliau secara misteri.... Baca Selanjutnya

  • Siapa sebenarnya Nostradamus

    Nostradamus, (14 Disember 1503 – 2 Julai 1566) lahir sebagai Michel de Nostredame, merupakan pengarang ramalan yang paling terkenal di dunia.Beliau dikenali dengan hasil karya ciptaannya iaitu Les Propheties, yang mengandungi satu rangkap empat baris tidak berima dan 941 yang berima, yang dikumpulkan menjadi sembilan set 100 buah dan satu set 42 bu... Baca Selanjutnya

  • Tersungkurnya empayar Portugis di tangan Umat Islam

    Portugis diiktiraf sebagai kuasa dunia pada awal abad ke-16. Penjelajahan juga kejayaan mereka mendarat di dunia baru Amerika dan dunia lain di Timur, seperti di India dan Nusantara. Saya dah lupa banyak sejarah, dulu pernah baca. Hanya separuh abad Portugis menikmati kejayaannya, sehinggalah tragedi di Afrika Utara pada tahun 1578 yang terus memba... Baca Selanjutnya

Ads Bottom