Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Istana Bergerak Sultan Melaka


KLIK > DAPATKAN PELBAGAI BUKU PADA HARGA DISKAUN [KEMASKINI]


Gambaran AI Istana Bergerak Sultan Melaka yang diguna untuk puteri Pahang serta kaum kerabatnya ketika perkahwinan puteri itu dengan anak Sultan Melaka. Istana bergerak ini dengan diiringi bunyi-bunyian sambutan adat isitiadat yang gemilang, berarak di dalam Kota Melaka. 

Kewujudan rumah ini ditemui apabila Portugis menyerang Melaka pada 1511. Ia diceritakan dengan terperinci dalam buku Commentarios do Afonso Dalboquerque:

Di sinilah terletaknya rumah kayu yang terbakar itu, sangat besar dan sangat elok buatannya. Terdapat lebih kurang tiga puluh roda, setiap satunya sebesar sebuah tong arak. Binaannya berakhir dengan bumbung yang begitu tinggi, dan ia diselimuti dengan panji dan kain bertatah sutera yang gilang-gemilang. Rumah ini disediakan untuk Sultan Pahang dan bakal menantunya, anak Sultan Melaka, yang akan tiba di kota itu dengan sambutan adat istiadat serta iringan muzik.

Di dalam catatan Fernao Lopes De Castanheda:

Selain itu, yang dimusnahkan juga adalah rumah kayu yang dibina di atas sebuah pelantar yang boleh bergerak dan mempunyai tiga puluh roda. Setiap satu roda tersebut berukuran sebesar sebuah bilik. Rumah itu telah dibuat oleh Sultan Melaka untuk dinaiki oleh Sultan Pahang.

Sumber : Faizal Rahmat

KLIK > DAPATKAN PELBAGAI BUKU PADA HARGA DISKAUN [KEMASKINI]


KONGSIKAN:


Ads Bottom