Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !


Kisah pemegang kunci gereja di Baitullaham, Palestin



Kota Baitullaham atau masyarakat eropah mengenalinya sebagai Bethlehem, yang terletak di Jerusalem ( Yerusalem ), merupakan tanah suci bagi 3 agama samawi ( Ibrahimiah ) di seluruh dunia.Yahudi dengan Tembok Ratapan mereka ( Western Wall ), Gereja Al-Qiyamah bagi kaum Nasrani dan Masjid Al-Aqsa untuk umat Islam.

Church of Holy Sepulchre atau orang Arab Kristian menyebutnya sebagai Gereja Al-Qiyamah ( Gereja Akhirat ), kerana mereka mempercayai bahawa disinilah tempat Al-Masih atau Yesus Kristus ( Jesus Christ ), disalib.Kunci pintu gereja ini dipegang oleh sebuah keluarga Muslim, bernama Nusaybah sejak tahun 1192 lagi, ketika zaman penguasaan Sultan Salahuddin Al-Ayubi, yang berjaya merebutnya daripada tangan tentera salib pada tahun 1187 masihi.

Perbalahan dan sengketa diantara aliran penganut Kristian, iaitu Ortodoks Yunani,p Apostolik Armenia, Ortodoks Koptik, Roman Katolik, Ortodoks Ethiopia dan Ortodoks Syria bagi memperoleh hak untuk mengawal dan menjaga tempat-tempat suci yang berada di dalam gereja ini.Kesemua golongan ini bersetuju untuk memberikan amanah dan kepercayaan mereka kepada keluarga Arab Muslim tersebut hingga kini, yang menjadi tanda ikatan dan hubungan baik antara Islam dan Kristian.







KONGSIKAN:




Ads Bottom