Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah disebalik gelaran Che di Kelantan



Majoriti populasi penduduk Kelantan terdiri dari kalangan bangsa Melayu, sejarah kerajaan dan kesultanan Kelantan pun sangat tua walau kesultanan pada hari ini cuma diasaskan pada pertengahan kurun ke-16, bagi melambangkan mereka dari golongan bangsawan Kelantan ramai yang memakai gelaran tersendiri bagi mengekalkan identiti mereka.

Di Kelantan, gelaran mereka istimewa seperti gelar Nik, Wan, Tuan, Tengku, namun ada satu gelaran di Kelantan iaitu Che, gelaran ini seringkali menjadi polemik dikalangan yang membicarakannya. Untuk satu tempoh, ada keluarga dalam masyarakat Melayu Kelantan menggunakan gelaran Che dalam keluarga mereka seolah ia adalah gelaran bangsawan juga. Ada orang mengatakan gelaran Che ini adalah bagi golongan yang baru memeluk Islam, namun agak mengarut apabila direnung kembali adalah suatu perkara yang asing menggunakan gelaran ini secara berterusan dari bapa turun kepada anak seterusnya kepada cucu, adalah lebih baik letak nama yang lebih elok dan mulia.

Gelaran Che ini membawa kepada empat signifikan iaitu:
1. Gelaran Che adalah gelaran pahlawan dari Champa.
2. Gelaran Che dari keturunan Bugis di Terengganu.
3. Gelaran Che sebagai tanda bekas dari Keturunan Long Ghafar
4. Gelaran Che kepada anak yang ibunya dari keturunan Wan tetapi bapanya orang biasa

Siginifikan yang pertama adalah perkara yang tidak dapat ditolak kerana Kesultanan Kelantan mempunyai hubungan terus dengan Kesultanan Champa namun sayangnya, kesultanan telah tamat pemerintahannya dalam tahun 1832 selepas diusir oleh Dai Viet iaitu bangsa Viet yang menubuhkan Vietnam. Kemungkinan besar mereka berhijrah ekoran hal ini dan mendapat layanan yang baik di Kelantan, khabarnya nama Pengkalan Chepa pun dinamakan sempena negara Champa. Kesultanan Kelantan dan Champa mempunyai hubungan erat ketika Dinasti Kedatuan Jembal di Kelantan, sistem kedatuan adalah sistem pentadbiran feudal dari Patani yang pada masa itu menguasai Kelantan.

Signifikan yang kedua iaitu keturunan Bugis di Terengganu yang memakai gelaran Che mungkin sekali mahu membezakan mereka dari golongan bangsawan lain.

Bagi signifikan yang ketiga, gelaran Che digunakan sebagai langkah keselamatan selepas legasi Long Ghafar cuba dimansuhkan, bimbang dengan ancaman yang mendatang kerabat ini membuang gelaran mereka dan hanya memakai gelaran Che pada waktu inilah gelaran Che dipakai dikalangan mualaf di Kelantan. Oleh sebab nama dia Che pihak berkuasa di Kelantan menganggap mereka adalah mualaf dari Siam.

Signifikan keempat adalah kerana masalah persemendaan dimana golongan bangsawan wanita yang bergelar Wan atau Nik berkahwin dengan orang kebanyakkan maka anaknya diletakan nama Che bagi memanjangkan warisan bangsawan dalam keluarga mereka.Panggilan Che hari ini adalah gelaran kepada saudara kita yang berpangkat ayah atau datuk dan nenek, ringkasnya gelaran ini sebenarnya adalah panggilan atau salutasi bagi yang muda menghormati yang tua, ia sebenarnya tidak perlu dibahaskan seperti mana gelaran Datuk kepada seorang individu memperoleh cucu. Asalkan gelaran tersebut elok maksudnya dan sedap disebut dan didengar, maka ia tidak menjadi kesalahan untuk digunakan.

Sumber : Sejarah Kelantan

Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom