Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Kisah wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia


Devaki dilahirkan pada 11 Mac 1923 memulakan karier sebagai guru sebelum memenangi kerusi dalam Majlis Perbandaran di Kuala Lumpur pada 1952, sekali gus menjadi wanita pertama Malaysia dipilih sebagai penjawat awam.

Beliau yang dilahirkan di Port Dickson, Negeri Sembilan terlibat dalam politik pada 1950 dan menyertai Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 1951 atas jemputan presiden pengasas parti itu Datuk Onn Jaafar.

Selepas Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur 1952, Devaki menjadi naib presiden MIC yang ketika itu hanyalah sebuah persatuan sosial dan kebajikan.

Anak sulung daripada enam adik-beradik itu antara individu yang terlibat menubuhkan bahagian wanita dalam MIC dan merupakan Setiausaha Wanita MIC Kebangsaan yang pertama pada 1975.

Biau merupakan seorang tokoh wanita berpengaruh dalam politik Malaysia sehingga diberi gelaran 'Grand Dame of Malaysian Indian Politics' dan hayatnya diabdikan untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Devaki juga pernah memegang pelbagai jawatan termasuk Ahli Lembaga Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO), Naib Presiden Persatuan Wanita Asia Pan Pasifik dan Asia Tenggara, serta Ahli Majlis Majlis Kebangsaan Pertubuhan Warga Emas Malaysia.

Devaki juga merupakan wanita India pertama dianugerahkan gelaran Tan Sri pada 1995 serta pernah menerima pelbagai anugerah sepanjang hayatnya termasuk Tokoh Wanita dan Pingat Emas Tun Fatimah daripada NCWO.

Tan Sri Devaki Krishnan meninggal dunia malam 20 Januari 2024 pada usia 100 tahun. Berita pemergian mendiang dikongsi cucunya, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan.


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom