Terkini

Error 505: The Server is unavailable to connect ! {Refresh Try Again}

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Richiamo Coffee : Kedai Kopi Bumiputera kini mendunia



Richiamo Coffee merupakan rangkaian kedai kopi premium keluaran anak Malaysia yang semakin berkembang dan kini setanding produk antarabangsa.

Mana tidaknya, syarikat milik penuh bumiputera yang memulakan operasi di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah itu telah berjaya meneroka pasaran antarabangsa apabila membuka cawangan pertama di luar negara iaitu Siem Reap, Kemboja.

Kejayaan itu sekali gus memberi isyarat jenama tempatan mampu bersaing di pentas antarabangsa.




Syarikat itu juga terus mengorak langkah membuka cawangan di Indonesia.

Pembukaan cawangan di Pekan Baru, Riau mengukuhkan lagi jenama tersebut dan meletakkan nama Malaysia terus subur dalam perniagaan berasaskan kopi.

Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee, Muhamad Zamry Abu Samah berkata, kejayaan itu memperlihatkan produk keluaran tempatan mampu bersaing dengan syarikat rangkaian kopi antarabangsa yang telah kukuh di pasaran sebelum ini.

Saya akui untuk bersaing dengan jenama antarabangsa bukan mudah. Lagipun mereka sudah mempunyai pengikut yang sudah sebati dengan cita rasa produk tersebut.
Namun, kami mengambil perkara itu sebagai satu cabaran untuk terus kekal bersaing dan membina nama di pasaran antarabangsa
Menurut beliau, impian besarnya suatu hari nanti untuk membuka cawangan di Kota Makkah dan Madinah.

Ujarnya, bagi merealisasikan hasrat itu dia akan terus bekerja keras membina jenama Richiamo Coffee.

Muhamad Zamry memberitahu, jenama yang mula bertapak di pasaran pada 2015 lalu itu sudah melebarkan sayap ke seluruh negara termasuklah Sabah dan Sarawak.

Tambah beliau, sokongan yang diberikan oleh semua pihak termasuk warga Kumpulan Richiamo Coffee memberi ke- yakinan bahawa jenama itu akan terus bersaing dengan jenama hebat dunia yang lain.



Beliau turut menzahirkan pengharga- an kepada seluruh rakyat negara ini yang memberikan sokongan padu kepada je- nama tempatan itu.

Pembukaan 177 cawangan- cawangan Richiamo Coffee di seluruh negara mendapat sambutan yang menggalakkan.
Sehingga kini kira-kira 10 cawangan dalam senarai menunggu untuk kelulusan atau yang masih dalam tapisan kelulusan.
Mengulas lanjut mengenai pembukaan cawangan di Kemboja, Muhammad Zamry berkata, beliau mengambil peluang tersebut membantu golongan Muslim di negara berkenaan.

Menurut beliau, sebanyak 30 peratus daripada hasil jualan di Richiamo Coffee Siem Reap disumbangkan kepada golongan Muslim di Kemboja.

Selain itu, saya turut mengambil inisiatif untuk membina tandas di salah sebuah masjid bagi kegunaan dan keselesaan orang ramai di sana

Muhamad Zamry memberitahu, selain Richiamo Coffee dan Richiamo Mart, Kumpulan Richiamo turut memiliki Richiamo Manufacturing dan Yayasan Dakwah Negara.

Anak kelahiran Jelebu Negeri Sembilan itu pernah menerima anugerah Usahawan Cemerlang Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2018.

Selain itu, beliau merupakan Presiden Alumni Institut Kemahiran Belia Negara Jitra 2017 sehingga kini.

Sumber : Sinar Harian 9 Januari 2024

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Amukan Tok Gajah di Kuala Tembeling

    Wan Hanafi Wan Su melakonkan watak Tok Gajah dalam filem Mat KilauTok Gajah atau nama sebenar beliau Imam Rasu bin Shahrum, juga dikenali sebagai Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang.Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam s... Baca Selanjutnya

  • Pusara si tali barut Inggeris, Mat Arshad ditemui

    Rata-rata dikalangan kita mengenali sosok batang tubuh si bedebah J.W.W Birch yang jasadnya terkulai dibantai pejuang-pejuang Melayu Perak. Namun, nama Mat Arshad si pengkhianat bangsa yang berkhidmat dengan penjajah Inggeris semakin luput diperkatakan.Jejak bertahun lamanya, membawa kepada para aktivis sejarah dari persatuan Pencinta Sejarah Masya... Baca Selanjutnya

  • Kisah presiden MCA memangku tugas Perdana Menteri Malaysia

    Pada 4 Februari 1988, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Harun Hashim(bukan dramatis) telah mengisytiharkan bahawa UMNO merupakan pertubuhan haram kerana melanggar akta pertubuhan. Keadaan ini telah menyebabkan satu kekosongan kepada jawatan Perdana Menteri kerana UMNO yang merupakan parti teras telah diharamkan. Kisah UM... Baca Selanjutnya

  • Tragedi Julai 1948: Gua Musang ditawan pengganas Komunis

    Gua Musang Ditawan PKM (17 – 21 Julai 1948 ). Pada 17hb Julai 1948, Gua Musang ditawan oleh pengganas Komunis. Hubungan di antara Gua Musang dengan kawasan-kawasan lain di Persekutuan Tanah Melayu telah terputus. Penduduk disitu dimaklumkan bahawa Gua Musang adalah kawasan terakhir yang dibebaskan oleh PKM dari penjajah, seluruh Tanah Melayu s... Baca Selanjutnya

  • Keris Sundang senjata maut suku Tausug

     Di Nusantara, satu-satunya bangsa yang menggunakan Keris Sundang secara meluas berabad-abad lamanya ialah Tausug sebelum dan selepas era Kesultanan Sulu lagi.Keris Sundang mempunyai saiz yang besar dan panjang.Sundang sekiranya diberi makna secara harfiah ianya bermaksud "pedang" dan kalau ditafsir mengikut bentuk dan sifat penggunaannya akan... Baca Selanjutnya

Ads Bottom