Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Puyi : Kisah tragik Maharaja terakhir China


KLIK > DAPATKAN PELBAGAI BUKU PADA HARGA DISKAUN [KEMASKINI]


Puyi atau Maharaja Xuantong telah diangkat sebagai maharaja semasa berusia dua tahun selepas kemangkatan Maharaja Guang Xu. Baginda telah dipaksa untuk turun takhta dan menyerahkan kerajaannya kepada pihak republik. 

Seterusnya, baginda juga telah dipergunakan oleh Jepun untuk menjadi maharaja boneka di Manchukuo. Dalam aspek keluarga juga, baginda telah dikhianati oleh permaisuri baginda sendiri iaitu Permaisuri Wanrong yang telah tidur dengan lelaki lain sehingga melahirkan anak. Pendek kata, Puyi merupakan maharaja yang mempunyai kisah hidup yang tragik. 

Aisin-Gioro Puyi telah dilahirkan pada 7 Februari 1906 di Beijing oleh pasangan Putera Chun II daripada suku Aisi-Gioro dan Youlan daripada suku Guwalgiya. Selepas Maharaja Guang Xu mangkat dipercayai diracun oleh Maharani Balu Cixi, Puyi yang baharu berusia dua tahun ketika itu telah dipilih sebagai maharaja yang baharu. Puyi telah diambil secara paksa untuk menjadi maharaja. 

Puyi

Maharani Balu Cixi tidak sempat mengasuh atau mempergunakan Puyi kerana baginda mangkat tidak lama kemudiannya. Pada 2 Disember 1908, Puyi dengan rasmi telah diangkat menjadi Maharaja Qing yang baharu.

Puyi hanya menjadi maharaja dalam tempoh yang relatif sangat singkat iaitu sekitar 4 tahun sahaja sebelum terpaksa turun takhta pada 12 Februari 1912 selepas Maharani Long Yu telah menurunkan cap ke atas dikri pengunduran maharaja. Dengan ini berakhirlah episod Puyi menjadi maharaja dan bermulalah episod sedih dalam kehidupannya. 

Walaupun Puyi telah turun takhta namun baginda masih dibenarkan untuk tinggal di Kota Larangan ataupun istana dan masih menerima layanan sebagai seorang maharaja. Hal ini disebabkan ayahandanya dan Jabatan Rumah Tangga telah menandatangani Perjanjian Perlakuan Baik dengan pihak republik. Sebagai imbalannya, keluarga diraja akan menyokong Yuan Shih Kai sebagai Presiden Republik. 

Pada tahun 1917, seorang panglima yang setia kepada dinasti iaitu Zhang Xun telah bertindak mengangkat baginda kembali menjadi maharaja. Baginda hanya sempat menjadi maharaja semula dalam masa 12 hari sahaja sebelum dijatuhkan oleh Duan Qirui pada 12 Julai, 1917. Pada tahun 1922 pula, Puyi telah melangsungkan perkahwinan dengan Wan Rong dan Wen Xiu.

Zhang Xun

Wan Rong iaitu "Permasuri Terakhir China" pada waktu itu berusia 16 tahun manakala Wen Xiu pula baharu berusia 12 tahun. Pada tahun 1924, baginda akhirnya telah dihalau keluar dari istana oleh Feng Yu Xian lalu pegi ke Tian Xin yang merupakan wilayah konsesi Jepun di China. Pada waktu itu, baginda baharu berumur 18 tahun. 

Selepas keluar daripada istana, baginda cuba mendekati Jepun untuk meraih sokongan kuasa baharu asia itu bagi mengembalikan semula takhta baginda. Jepun yang sememangnya bermusuh dengan China telah mempergunakan Puyi untuk kepentingan politik mereka.

Ini dapat dibuktikan apabila Jepun bertindak menyerang Manchuria sekitar tahun 1931 lalu mengangkat Puyi menjadi Maharaja Manchukuo. Walaupun Puyi diangkat menjadi maharaja namun baginda sebenarnya terikat dengan permainan politik Jepun. Pegawai-pegawai yang berada di sekitar baginda boleh dikatakan semuanya merupakan perisik Jepun. Segala tindak-tanduk baginda akan dilaporkan kepada kerajaan Jepun.

Semasa menjadi pemerintah Manchukuo ini, Wan Rong telah bermain kayu tiga dengan dua orang pembantunya sehingga mengandungkan anak perempuan bersama salah seorang pembantunya itu. Disebabkan dia mengandungkan anak dengan lelaki lain maka anak tersebut akan dibunuh. Wan Rong sempat merayu Puyi agar mengakui anak tersebut sebagai anaknya bagi mengelakkan anak dalam kandungan itu dibunuh. Namun Puyi enggan menurut permintaan Wan Rong itu. Anak tersebut dikatakan telah dibunuh dan ada satu pendapat lagi mengatakan anak tersebut telah diberikan kepada orang lain.

Wan Rong


Wan Rong kemudiannya telah mengalami tekanan jiwa sehingga baginda telah terjebak dengan pengambilan candu. Baginda akhirnya menjadi ketagih dan sukar untuk berhenti menghisap candu. 

Selepas Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, Puyi cuba melarikan diri ke Jepun namun nasib tidak menyebelahi baginda apabila ditangkap oleh Tentera Soviet. Baginda telah dipaksa menjadi saksi atas kekejaman Jepun dalam perang. Wan Rong pula telah ditangkap semasa cuba melarikan diri ke Korea sekitar tahun 1946. Semasa dalam tahanan pihak komunis itu, Wan Rong telah sakit kerana tidak mendapat canu dan juga disebabkan beberapa masalah lain. Baginda akhirnya mangkat pada 20 Jun 1946 semasa berusia 39 tahun. 

Selepas komunis berjaya menguasai China pada tahun 1949, Puyi telah diserahkan pula kepada pihak berkuasa Komunis China. Baginda kemudiannya telah dimasukkan ke Pusat Pengurusan Penjahat Perang Fushun atau Penjara Liaodong No 3, selama 10 tahun. Selepas itu, baginda telah berucap dikhalayak awam dengan mendukung komunis. 

Merasakan Puyi bukan lagi ancaman maka Komunis China telah membebaskannya dan diberi pekerjaan sebagai pembantu tukang kebun di Kebun Raya Beijing (Akademi Institut Ilmu Botani). Selepas Revolusi Budaya dilancarkan oleh Mao Zedong pada tahun 1966, Puyi sekali lagi telah menjadi sasaran pihak komunis. Baginda telah ditahan dan diletakkan di bawah pemerhatian pihak komunis. 

Setahun kemudian iaitu pada 17 Oktober, 1967, Puyi akhirnya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 61 tahun kerana kanser ginjal dan dimakamkan di berdekatan dengan makam Maharaja Guang Xu.




KLIK > DAPATKAN PELBAGAI BUKU PADA HARGA DISKAUN [KEMASKINI]


KONGSIKAN:


Ads Bottom