Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tragedi fitnah 19 Mac membunuh Farkhunda Malikzada


Farkhunda Malikzada difitnah bakar al Quran hingga meninggal dibunuh dan dibakar hidup-hidup.

Farkhunda Malikzada adalah seorang wanita muslim, lulusan Pengajian Islam di Kabul, Afghanistan.

Suatu hari beliau menegur Mullah Zainudin yang menjual tangkal jampi dihadapan sebuah kompleks kuburan wali. Akibatnya, mullah tersebut menyebarkan fitnah bahawa Farkhunda Malikzada membakar Al Quran. 

Fitnah tersebut tersebar kepada orang ramai dan viral dari mulut ke mulut.  Akibatnya orang ramai yang marah.
Dibakar emosi ingin 'membela Islam' dan ingin menghantar 'musuh Islam' ke neraka, telah bertindak mengepung Farkhunda Malikzada.

Rakaman video pembunuhan Farkhunda Malikzada

Walaupun beliau menafikan tuduhan dan menegaskan, 

"Saya seorang Muslim, mustahil saya membakar al Quran", beliau telah diheret dari kawalan polis, dipukul beramai ramai, dibakar hidup-hidup. Mayatnya kemudian dilempar ke dalam Sungai Kabul pada 19 Mac 2015.

Siasatan Polis Kabul akhirnya mendapati tuduhan membakar al Quran adalah palsu.
Manakala  beberapa orang perusuh yang membunuh Farkhunda Malikzada telah disabitkan kesalahan dan dihukum penjara. 

Mural mengenang pembunuhan Farkhunda Malikzada

Farkhunda Malikzada


Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom