Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Aini Jasmin : Saya terpaksa ambil upah cuci kain untuk hidup


Dapatkan info terkini perjuangan rakyat Palestin klik t.me/SERUANALQUDS


Aini Binti Jasmin atau Ainie Jasmin dilahirkan pada tahun 1923 di Jakarta, Indonesia. Beliau merupakan ibu tunggal kepada satu-satunya anak perempuan beliau yang diberi nama Suriati Binti Bakar hasil dari perkongsian hidup dengan suaminya yang ketiga.

Beliau mula melibatkan diri dalam dunia seni sejak berumur 16 tahun dengan mengikut kumpulan pentas bangsawan di Indonesia sebagai penyanyi, pelakon dan penari. Beliau kemudiannya menyertai studio Shaw Brothers di Singapura pada era 1950-an dan mula melibatkan diri dalam dunia layar perak sebagai penari dan pelakon tambahan.

Filem pertama beliau berperanan sebagai penari ialah berjudul "Kembar" diterbitkan pada tahun 1952. Beliau merupakan seorang pelakon bebas dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat perfileman ketika itu. Maka peluang beliau untuk berlakon sangat meluas. Dengan status tersebut, beliau antara pelakon yang paling produktif ketika itu. Beliau salah seorang pelakon pembantu yang terkenal pada era 1950-an dan 1960-an dengan lawak-lawak yang bersahaja disamping kecomelan wajah beliau yang seadanya. Terdapat lebih kurang 80 buah filem lakonan beliau yang banyak melibatkan watak pembantu dan sampingan terutamanya berperanan sebagai orang gaji dan dayang istana.

Ketika tahun 1973, kerancakan filem Melayu Singapura mula padam. Beliau menghadapi kesukaran untuk meneruskan kehidupannya. Dengan usianya yang semakin lanjut, peluang pekerjaan untuk diri beliau agak terhad. Pernah suatu ketika, beliau dikhabarkan bekerja di sebuah kilang membuat sabun. Beliau banyak menghabiskan sisa hidupnya bersama satu-satunya anak perempuan tunggal beliau yang bernama Suriati, di sebuah bilik sewa yang terletak di Flat Aljunied Cresent, Singapura. Kesempitan hidup beliau semakin meruncing serta keadaan kesihatan beliau semakin menurun apabila disahkan menghidap penyakit kencing manis.

Pernah satu ketika, beliau perlu ke hospital untuk mendapatkan rawatan setiap hari terpaksa merayu kepada doktor untuk mengurangkan kos pembayaran rawatan yang dikenakan kerana kekurangan wang. Beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan hanya bergantung kepada wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berjumlah 80 Dolar Singapura sebulan yang digunakan untuk membayar sewa bilik dan perbelanjaan sekolah anaknya. Untuk menambahkan pendapatan sampingan, beliau bersama anaknya mengambil upah mencuci pakaian di rumah-rumah orang. Wang bantuan kebajikan masyarakat sebanyak 80 Dolar Singapura sebulan tersebut, telah diberhentikan setelah anak beliau mula mendapat pekerjaan sebagai pembantu di sebuah sekolah ketika berusia 21 tahun dengan gaji yang tidak seberapa.

Beliau dilaporkan meninggal dunia pada 29 Jun 1988, kira-kira jam 7.40 pagi di kediaman beliau di Blok 109, Aljunied Cresent, Singapura, sehari selepas dibawa pulang setelah sebulan beliau dirawat di Hospital Besar Singapura akibat tercedera kerana terkena air panas. Jenazah beliau kemudiannya dikebumikan di Pusara Aman, Singapura. 



Aini Jasmin bersama Seniwati Siti Tanjung Perak.

Babak lagenda Aini Jasmin dalam filem Pendekar Bujang Lapok

Aini Jasmin




Ikuti kami di :
KONGSIKAN:


Ads Bottom