Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Galaksi tanpa bintang ditemui




Ahli astronomi mendakwa mereka telah menemui sebuah galaksi yang langsung tidak mempunyai bintang:

Galaksi yang misteri dan kosong ini, dikenali sebagai J0613+52, terletak sejauh 270 juta tahun cahaya dari Bumi.

Menurut Karen O'Neil, saintis kanan di Green Bank Observatory, yang bercakap pada mesyuarat tahunan American Astronomical Society awal tahun ini:

"Tujuan utama kami adalah untuk menentukan jisim gas dan dinamik galaksi ultra-difus ini. Untuk mencapainya, kami menggunakan pelbagai instrumen untuk memerhatikannya, malah ada yang digunakan berulang kali. Teleskop Green Bank secara tidak sengaja menghala ke koordinat yang salah dan menemui objek ini. Ia merupakan galaksi yang hanya mengandungi gas... tanpa sebarang bintang yang kelihatan."

Pakar berpendapat sekurang-kurangnya, galaksi ini tergolong dalam kategori galaksi kecerahan permukaan rendah (LSB), yang lebih malap berbanding objek bercahaya lain di langit malam kerana gas-gas yang ada di dalamnya terlalu tersebar, menyebabkan hanya sedikit bintang yang terbentuk.

Para ahli astronomi percaya bahawa imej optik yang lebih mendalam dalam beberapa jalur warna dapat membantu mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku dengan galaksi yang luar biasa ini.

Sumber : Hashem Al-Ghaili



KONGSIKAN:



SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

SUBSCRIBE : X-PLORASI TELEGRAM

Ads Bottom