Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Tuan Guru Haji Muhammad Limbat ( 1900 - 1971 )



Nama sebenarnya ialah Tuan Guru Haji Muhammad Qamaruddin Bin Haji Omar Bin Haji Taib dan beliau dilahirkan pada tahun 1900 di Kampung Kerasak, Limbat, Kota Bharu, Kelantan. Ibunya yang bernama Wan Halimah Binti Haji Ismail merupakan adik kepada ulama' terkenal di daerah Limbat yakni Tuan Guru Haji Awang Limbat. Ayahnya berasal dari Kampung Mentera, Bukit Marak.

Tuan Guru Haji Muhammad adalah abang kepada Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal.

Beliau mendapat pendidikan awal di beberapa buah pondok di sekitar Kelantan sebelum berangkat ke Mekah. Di antara pondok yang beliau masuki ialah :

1. Pondok Kenali
2. Pondok Bachok
3. Pondok Sungai Keladi

Di antara gurunya ialah :

1. Tok Kenali
2. Tok Bachok
3. Tok Seridik
4. Tok Khurasan
5. Tuan Guru Haji Nik Abdullah Khatib
6. Tuan Guru Haji Omar Sungai Keladi
7. Syeikh Muhammad Ali al-Maliki
8. Syeikh Umar Hamdan
9. Syeikh Said al-Yamani
10. Maulana Ishak al-Hindi
11. Syeikh Muhammad Azhari
12. Tok Syafie Kedah

Sekembali dari Mekah, Tuan Guru membuka sebuah pondok pengajian di Kampung Gong Kemudu, Pasir Puteh. Selepas itu, beliau kembali ke kampung halamannya di Limbat dan mendirikan pula pondoknya yang kedua. Setelah beberapa lama di Limbat, beliau berhijrah ke Paka, Terengganu dan menabur khidmat keilmuaan di sana sehingga akhir hayatnya.

Di antara anak muridnya ialah :

1. Mufti Tuan Guru Haji Ismail Bin Yusuf
2. Tuan Guru Haji Hussain Rahimi

Tuan Guru Haji Muhammad Limbat meninggal dunia pada 21 Jun 1971 ketika berusia 71 tahun dan dikebumikan di Paka, Kuala Terengganu.

Sumber - Buku Mengenali 202 Ulamak Ternama & Buku Tokoh Ulama Semenanjung Melayu Jilid 1, Tengku Yusuff




PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom