X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Keras kepala Chin Peng membasahi negara dengan darah



Pada 29 Disember 1955 rundingan Damai Baling berakhir tanpa mencapai apa-apa kejayaan. Perundingan damai di antara pihak kerajaan dengan pihak komunis ini bertujuan untuk menamatkan darurat berikutan dengan tawaran pengampunan beramai-ramai kepada anggota-anggota Komunis Malaya yang telah di buat pada 9 September tahun itu.

Rundingan damai ini telah dijalankan di dalam empat sesi selama dua kali di Baling, Kedah. Pihak kerajaan telah diwakili oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu; Tunku Abdul Rahman, Ketua Menteri Singapura; Encik David Marshall serta Dato’ Sir Tan Cheng Lock. Manakala pihak komunis diwakili oleh Chin Peng, Chin Tian dan Abdul Rashid Mydin.

Dirundingan itu Tuanku Abdul Rahman menerangkan syarat-syarat berkaitan dengan pengampunan beramai-ramai dan tentang pergolakan-pergolakan politik di negara ini. Beliau menyakinkan pihak komunis yang Tanah Melayu sedang di dalam perjalanannya ke arah mencapai kemerdekaan dengan demikian mereka mestilah memberhentikan perang.

Mengenai pengampunan beramai-ramai, mereka yang berbuat demikian tidak akan didakwa kerana apa-apa kesalahan bersabit dengan darurat yang dilakukan sebelum pengisytiharan pengampunan.
Setelah dua hari rundingan, daripada perbincangan dan soal jawab, pihak kerajaan menyedari bahawa pihak komunis hanya berniat untuk mendapatkan kebebasan berpolitik tanpa apa-apa sekatan. Oleh itu kerajaan menyedari bahawa tidak ada gunanya lagi menyambung rundingan, lantaran itu pada hari ini dalam tahun 1955 rundingan damai Baling dihentikan tanpa mendapat apa-apa persetujuan dari pihak komunis.
Kegagalan ini merupakan amaran keras tentang bahaya yang akan dihadapi oleh negara dalam usaha mencapai kemerdekaan.

Sumber : Arkib Negara Malaysia






Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Pemilik kereta dan nombor plat pertama di Tanah Melayu

    Difahamkan, pemilik kedai perubatan Cina Eu Yan Sang iaitu Eu Tong Sen merupakan pemilik pertama kenderaan. Dia dikatakan membawa masuk kereta ke Tanah Melayu pada 1902.Menurut laman web Eu Yan Sang, bapa mereka Eu Kong memulakan kedai herba pada 1879 di Gopeng, Perak selepas meninggalkan Desa Guangdong, China pada 1873.Eu menghabiskan hidupnya den... Baca Selanjutnya

  • Jasa pengajian pondok di Alam Melayu, benteng melawan sekularisasi pendidikan penjajah

    Sistem pengajian pondok di Tanah Melayu pula mulai muncul pada pada permulaan abad ke 20, ada yang berpendapat bahawa ia wujud sejak abad ke 19 lagi. Sistem ini dipercayai berasal dari Pattani, Selatan Thailand. Ada juga pendapat mengatakan ia berasal dari Acheh Indonesia.Di Tanah Melayu, Kelantan dipercayai di antara negeri yang mula-mula mewujudk... Baca Selanjutnya

  • Penduduk rasa fobia dengan "Selipar Jepun"

    SELIPAR atau lebih dikenali dengan panggilan nama selipar Jepun memang sangat selesa, menyenangkan dan memudahkan pergerakan apabila di pakai. Atas sebab itu, sejak dari dulu sehingga kini, ramai orang memilih untuk memakai selipar Jepun daripada kasut. Tapi, siapakah pencipta selipar? Adakah orang Jepun yang menciptanya?Sejarah selipar sebetulnya ... Baca Selanjutnya

  • Al-Hakam II : Khalifah Islam di Sepanyol yang terlalu cintakan buku

    Al-Hakam II naik takhta dan menjadi Emir ke-9 Empayar Umayyah dan Khalifah ke-2 Cordoba menggantikan ayahnya, Abdurrahman III. Al-Hakam II memerintah selama 16 tahun dari 350H hingga 366H, tempoh yang dianggap sebagai zaman gemilang keilmuan Islam di Sepanyol.Beliau amat mencintai ilmu dan sastera, membangunkan perpustakaan awam yang terbesar di Er... Baca Selanjutnya

  • Malayan Gate : Jerangkap samar Melayu dalam perang Vietnam

    Oleh : Khairul Ashraf MuhamadJerangkap samar banyak digunakan oleh Vietcong ketika menghadapi Amerika dalam Perang Vietnam 1955-1975.Salah satu jenis jerangkap samar yang popular digunakan Vietcong ketika itu adalah dari jenis libas (whip trap) dinamakan “Malayan Gate”.“Malayan Gate” ketika itu mencalarkan maruah dan membunuh ego Amerika di bumi Vi... Baca Selanjutnya

Ads Bottom