Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Meriam tembaga Melayu di bumi Chelsea




Peninggalan hasil kerja tangan Orang Melayu menghasilkan 'Meriam Singora' yang kini di pameran di hadapan pintu masuk Royal Hospital Chelsea (Hospital Pencen Tentera) di Chelsea. Salah satu satu bukti kehebatan Orang-orang Melayu dahulu membina meriam sebahagian dari kelengkapan perang.

Kini Singora lebih di kenali sebagai Songkhla merupakan sebahagian dari wilayah di selatan negara Thailand.
Transliterasi Cap Tulisan Jawi di Meriam :

عَلَامَةُ صَاحِبِهِ
السُّلْطَان سُلَيْمَان شاه
مَلِكُ الْمُظَفَّر اِسْمُ لَقَبِهِ في هِجْرَة
ثَلَاثَ وَسِتُّون وَأَلْف في سَنَة
الأَليف وَأَرْبَع يَوْم مِنْ شَهْرِ 
ذوالقعدة في يومِ
الإثنينتندا ڤميليكڽ
يأيت السلطان سليمان شاه
*مَلِكُ الْمُظَفَّر* نام ݢلرنڽ دالم هجرة
تيݢ دان انم ڤولوه دان سريبو دالم تاهون
*الأليف* دان امڤت هاري درڤد بولن
ذوالقعدة دالم هاري
إثنين


Sebahagian dari koleksi foto Meriam Tembaga dari Singora yang berjaya di rampas oleh Kolonial Inggeris dari Burma. Sebelum itu meriam ini merupakan harta rampasan perang Burma dari Singaro yang merupakan sebahagian dari jajahan Siam ketika berlakunya Perang Burma - Siam yang ketiga dari tahun 1763 sehingga 1767.

Meriam tembaga ini di percayai dibina kepada Sultan Sulaiman Shah Singora pada tahun 1623. Pada Oktober 1887, Kerajaan Inggeris di India menghadiahkan meriam ini kepada Royal Hospital di Chelsea London sebagai “ Burmese Trophy Gun”.

Nota dari London :

“The inscriptions record that the gun was made in Malaya in or about 1653, and engraved by Tun Juma' at Abu Mendus, who was a native of Singgora, a state on the east coast of the Malayan peninsula. It is possible that he was also the maker. The gun appears to have passed into the hands of the Siamese and then to have been captured by Burmese forces in the course of their successful invasion of Siam in 1763-7. The Sultan for whom the piece was made is at present unidentified.”

Sumber asal : Izmal Karim

Rujukan :
1.Malayan Weapon – Collections Royalarmouries Website.
2.The Siamese Brass Cannon in the figure Court of the Royal Hospital Chelsea, London – Journal of the Siam Society.
















KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Bom kelawar- senjata eksperimen Perang Dunia Kedua

    Bom kelawar- senjata eksperimen WW2 yang dibangunkan oleh AS. Ia terdiri daripada selongsong berbentuk bom dengan lebih 1,000 petak, setiap satu mengandungi kelawar berhibernasi dengan bom pembakar kecil bermasa yang dipasang.Adalah dipercayai bahawa bom kelawar akan  berkesan digunakan ke atas Jepun kerana kebanyakan  bangunannya diperbu... Baca Selanjutnya

  • Fenomena semula jadi yang berlaku di tasik glasier Baikal di Siberia Rusia

    Baikal ZenFenomena semula jadi yang berlaku di tasik glasier Baikal di Siberia Rusia.Di mana batu-batu lembut membeku di permukaan tasik, dan kemudian dipanaskan oleh sinaran matahari ke titik di mana ais di bawahnya mula mencair,Angin yang bertiup di tasik menghalang tiang tengah ais daripada mencair dan batu itu mengekalkan bentuknya. Baca Selanjutnya

  • Pakaian besi Sultan Mustafa III dari abad ke-17

    Pakaian besi Sultan Mustafa III dari abad ke-17 (1717 -17744) di istana Topkapi di Istanbul, Turkiye. Baca Selanjutnya

  • Perkampungan Yahudi di Tanah Melayu

    Ramai tak tahu sebenarnya kampung Yahudi pernah wujud dekat Malaysia. Buktinya adalah dengan kewujudan Jalan Yahudi. Orang Pulau Pinang mesti kenal dengan jalan ni.Persoalannya macam mana Yahudi boleh wujud dekat Malaysia?Orang Yahudi dikatakan datang ke Pulau Pinang bermula dari penghujung abad ke-18. Katanya mereka semua datang ke sini sebab kono... Baca Selanjutnya

  • Mengapa Erdogan menukar nama Turki kepada Turkiye

    Bukan selalu negara tukar nama. Kali terakhir adalah Macedonia, yang dituduh merompak terlampau banyak unsur kebudayaan Greece. Sebelum itu pula adalah sebuah negara Afrika, iaitu Swaziland. Katanya untuk elak kekeliruan dengan Switzerland, mereka tukar nama negara ke bahasa tempatan iaitu Eswatini (land of the Swazis). Kali ini giliran Turki pula... Baca Selanjutnya

Ads Bottom