Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Aku dah pernah terkena, ini nasihat aku sebelum buat alignment tayar


Adik aku minta aku hantar kereta dia untuk buat penjajaran (alignment) roda kereta dia semalam kerana kereta dia baru tukar "steering rack".

Aku macam biasa sebelum pergi buat alignment, mesti akan pergi pump setiap tayar di stesen minyak, kerana ramai operator kedai tayar tak periksa tekanan tayar sebelum buat alignment.

Betul, semalam operator tak periksa pun tekanan tayar sebelum buat alignment. Tetapi aku tak tegur pun kerana aku sudah pam tayar sebelum itu.

Pemeriksaan tekanan tayar sebelum buat alignment sebenarnya memberi kesan besar kepada kualiti kerja alignment. Modalnya hanya alat untuk untuk periksa tekanan tayar (tire pressure gauge), jika tekanan berlebihan, buang sedikit angin, jika kurang, kena pam tambah tekanan, kemudian periksa semula. 

Apabila tekanan tayar sudah ikut spesifikasi pengeluar kereta, baru buat alignment. 

Aku zaman dulu banyak kali kena, tayar sebelah kiri dan kanan tak sama tekanan semasa buat alignment. 

Bila selepas dua tiga hari, aku pun pergi pam tayar, rupa-rupanya tekanan tayar tak sama kiri dan kanan, lepas pam ikut pada spesifikasi,  alignment terus rasa tak sedap.

Stering kereta ada tarik sedikit ke kiri atau kanan selepas pam tayar kerana masa buat alignment, tekanan tayar kiri dan kanan tak sama, bila aku betulkan tekanan di pump stesen minyak, terus alignment lari.

Proses kerja merupakan benda paling utama untuk mengekalkan kualiti kerja, di dalam proses kerja ada turutan (sequence) yang mesti dituruti oleh operator. 

Contohnya benda pertama yang perlu dibuat adalah mengunci stering pada kedudukan paling "center", yang kedua adalah meletakkan sensor pada setiap tayar, dan yang ketiga adalah memeriksa tekanan tayar (mungkin turutan sebetulnya lain dari yang aku tulis). 

Walaupun nampak tidak penting, jika kita tidak mengikut proses kerja yang betul, kualiti kerja akan jadi kurang baik. Menyebabkan pemilik kereta terpaksa buang masa sekali lagi untuk hantar buat alignment.

Harap tauke-tauke kedai tayar menekankan tentang proses kerja kepada operator untuk kualiti kerja yang baik.

Sumber : Tekan Minyak





KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Kisah lagenda sumpahan Tok Sidang di Tebuk Pulai Sabak Bernam

    Jika sebut kisah-kisah legenda berkaitan sumpahan, salah satu yang popular ialah sumpahan Mahsuri di Langkawi.Tetapi, di sebuah perkampungan di Sabak Bernam, Selangor, satu ketika dahulu juga pernah dikaitkan dengan kisah ‘sumpahan Tok Sidang’.Generasi baru mungkin tidak pernah mendengar kisah ini. Namun jika masih ada orang-orang lama yang masih h... Baca Selanjutnya

  • Didera suami, hampir bunuh diri.. kisah suka duka JK Rowling

    Pada usia 17 tahun, dia dibuang dari kolej.Pada usia 25 tahun, ibunya meninggal dunia akibat penyakit.Pada usia 26 tahun, dia mengalami keguguran.Pada usia 27, dia berkahwin. Suaminya menderanya.  Walaupun begitu, anak perempuannya dilahirkan.Pada usia 28 tahun, dia bercerai dan disahkan mengalami kemurungan yang teruk.Pada usia 29 tahun, dia ... Baca Selanjutnya

  • Misteri kematian dua beradik murtad lari dari Arab Saudi

    Esra (kiri) dan Aamal ditemui mati di AustraliaSYDNEY: Dua beradik yang mayat mereka ditemukan dalam keadaan reput di sebuah kediaman di sini, baru-baru ini didakwa meninggalkan negara asal, Arab Saudi dengan wang belanja sebanyak AS$5,000 (RM22,252). Mereka melarikan diri ke Australia menerusi Hong Kong sejak lima tahun lalu ketika bercuti be... Baca Selanjutnya

  • Menerus legasi ayahanda berbakti untuk jemaah dan ummah

    Tahun 1999, ayahnda Dato' Ustaz Taib Azamudden Md Taib - Rasmi mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen bagi kawasan Baling. Pada tahun yang sama, ayahnda telah dipinang oleh Almarhum Dato' Ust Fadzil Noor untuk balik bertanding di dalam PRU ke-10 sebagai calon PAS di Baling, tanah tempat ayahnda lahir dan mengenali kehidupan. Sebenarnya, ... Baca Selanjutnya

  • Bagaimana keadaan lapisan ozon bumi hari ini

    Lapisan ozon bumi sedang dalam proses pemulihan sepenuhnya dalam tempoh beberapa dekad akan datang selepas bahan kimia mengakibatkan penipisan lapisan tersebut berjaya dihapuskan secara berperingkat, menurut penilaian baharu disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Sebenarnya lapisan ozon melindungi planet ini daripada sinaran ultra unggu ya... Baca Selanjutnya

Ads Bottom