X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mengenang J.A Halim dalam filem Bukit Kepong


 

J.A Halim membawa watak MM/T 3475 Mohd Tap Bin Lazim dalam filem Bukit Kepong. MM/T 3475 Mohd Tap Bin Lazim antara yang terbunuh dalam serangan pengganas komunis pada pagi 23 Feb 1950. Babak yang paling diingati dalam filem Bukit Kepong apabila beliau diarahkan oleh Sarjan Jamil (lakonan Jins Shamsuddin) bersama MM 10533 Osman Yusoff (lakonan Hussien Abu Hassan) pergi mendapatkan bot untuk meminta bantuan di Lenga. Ketika itu keadaan begitu genting, dengan bekalan peluru yang semakin berkurang, ditambah dengan ramai anggota polis yang cedera dan terbunuh.

MM/T 3475 Mohd Tap Bin Lazim berlari mengekori MM 10533 Osman Yusoff sambil memberikan perlindungan untuk mereka berdua mendapatkan bot, malangnya MM/T 3475 Mohd Tap Bin Lazim telah ditembak di bahagian kaki dan rebah. MM 10533 Osman Yusoff cuba berpatah balik untuk menyelamatkan sahabatnya itu, MM/T 3475 Mohd Tap Bin Lazim terus berkata :

"...Tidak! Osman, teruskan.."

Memberikan kata-kata kepada sahabatnya itu untuk tidak berpatah balik untuk menyelamatkan beliau dan terus pergi ke arah bot.

Beberapa orang pengganas komunis yang melihat MM/T 3475 Mohd Tap Bin Lazim sedang mengerang kesakitan tidak berdiam diri, terus meluru kearah beliau dan menikamnya dengan bayonet beberapa kali sehingga beliau terkorban.

J.A Halim merupakan seorang seniman Melayu Singapura dan sangat dihormati sebagai seorang pelakon senior yang sangat berbakat, tak hairanlah Jins Shamsuddin melamar beliau untuk turut sama dalam menjayakan filem Bukit Kepong.

J.A Halim 1948-2019.


Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Jepun, 100 tahun yang lampau

    Suasana negara Jepun dalam kebangkitan Asia Timur Baca Selanjutnya

  • Zaman emas bola sepak Singapura

    Boleh dikatakan pasukan bola sepak terbaik Singapura.  Memenangi Piala Malaysia pada 1977 dan naib juara empat kali (1975, 1976, 1978, 1979).  Pasukan ini juga hampir layak ke Piala Dunia pada 1978, hanya tewas kepada Hong Kong dalam perlawanan kelayakan terakhir 1-0. Baca Selanjutnya

  • Gambar terakhir Bill Biggart dalam peristiwa 11 September

    Gambar ini diambil oleh seorang lelaki yang bernama Bill Biggart. Ia diambil setelah menara pertama runtuh pada peristiwa 11 September 2001. Inilah gambar yang terakhirnya sebelum menara kedua runtuh dan menimpa dirinya. Tubuhnya dijumpai bersama kamera yang ditemui empat hari selepas peristiwa itu. Baca Selanjutnya

  • Rangka "Romeo dan Juliet" berusia 5,000 tahun

    Sekumpulan ahli arkeologi menemui satu rangka pasangan yang dikatakan Romeo dan Juliet di dalam sebuah kubur berusia 5000 tahun di wilayah Karanganda; Kazakhstan.Rangka romeo Juliet  lengkap dengan anak panah dan pisau logam. Terdapat juga rangka dua ekor kuda yang terbaring bersebelahan kemungkinan haiwan kesayangan Romeo Juliet atau dijadika... Baca Selanjutnya

  • Ulama Melayu yang ada gelaran "Palestin"

    Di negara kita, ada beberapa alim ulama yang di nama mereka ada gelaran Palestin, contoh seperti di bawah:1. Tuan Guru Haji Abu Bakar Palestin - Pengasas Pondok di Ayer Hitam2. Tuan Guru Haji Abdul Rashid Palestin - Mufti Pulau Pinang3. Tuan Guru Haji Sulaiman Palestin - Guru agama dan ahli politik UMNO4. Tuan Guru Haji Abdullah Palestin - Ulama di... Baca Selanjutnya

Ads Bottom