Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Penyelia di University Cambridge terdiam mendengar ucapan Tunku


"..Awak harus sedar bahawa kolej ini dibuat adalah untuk penuntut-penuntut Inggeris dan dari itu keistimewaan haruslah diberi kepada mereka itu.."

Demikian kasarnya penyelia di Kolej St. Catharine, University Cambridge, England sewaktu menolak permohonan Tunku Abdul Rahman Putra untuk mendapatkan asrama di kolej tersebut.

"Pertikaman lidah" itu tercetus bersebab permohonan Tunku untuk mendapatkan tempat di asrama kolej tersebut ditolak dengan kasar penyelia asrama itu.

Tunku tersinggung dan sakit hati lalu menjawab cabaran itu dengan berkata, "Kalau demikian, negeri saya (Tanah Melayu) adalah untuk orang-orang yang sebangsa dengan saya sahaja, bukannya untuk orang-orang seperti awak", Tunku maksudkan, British baliklah dan biarkan bangsanya sendiri (Orang Melayu) yang mentadbir Semenanjung Tanah Melayu.

Kata-kata Tunku yang tegas itu telah menyebabkan penyelia itu merasa malu dan serba salah.

Ketegasan Tunku sudah terserlah sejak zaman muda lagi, sebab itu apabila beliau menjadi Perdana Menteri Tanah Melayu pada tahun 1957, beliau menjadi seorang pemimpin yang berkarisma, sangat tegas dan disegani oleh "kawan dan lawan".

Peristiwa tersebut berlaku di dalam tahun 1920, sewaktu Tunku Abdul Rahman mula menuntut di England, waktu itu Tunku baru menjangkau usia 17 tahun.

Tunku memasuki Kolej St. Catharine tersebut sebagai satu persediaan untuk membolehkan beliau melanjutkan pelajaran di dalam bidang sarjana undang-undang di universiti itu.

Pada tahun 1925, Tunku Abdul Rahman telah lulus peperiksaan dan berjaya memasuki kuliah undang-undang di Universiti Cambridge, England yang terkenal masyhur itu.

Malang bagi Tunku Abdul Rahman kerana gagal dalam peperiksaan undang-undang di universiti itu dan terpaksa pulang ke tanah air.

Pada tahun 1938, Tunku datang semula menuntut di England untuk mencapai impiannya, malangnya me letus Perang Dunia Kedua dan Tunku gagal lagi buat kali yang kedua.

IKLAN


Logo LHDN Malaysia

Ejen Perkhidmatan Stamping

Urusan setem hasil Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) kini secara atas talian. Saya Encik Hadi merupakan ejen ESTAMPS berdaftar LHDNM (No. Ejen : 620020) di bawah syarikat AL-IDARAH GLOBAL (NS0310938-M) menawarkan perkhidmatan mati setem (stamping) dokumen seperti Perjanjian Jual Beli, Perjanjian Sewa, Surat Akuan, Borang 14A, Perjanjian Perkongsian Perniagaan dan lain-lain dokumen.

✔️ Perkhidmatan profesional
✔️ Proses cepat dan dipercayai
✔️ Bantuan dokumen stamping
✔️ Respon pantas melalui WhatsApp
✔️ Caj perkhidmatan serendah RM30.00

Hubungi saya sekarang di talian 011-12663461 ATAU klik whatsapp di bawah :


WhatsApp WhatsApp Sekarang

SAYA MEMUDAHKAN URUSAN ANDA




KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM32.20
BELI SEKARANG

Ads Bottom