Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Tunku Mahmud : Raja Muda Kedah yang warak, sering berdamping dengan alim ulama


Raja Muda Mahmud merupakan putera Raja Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah III dengan permaisuri orang kebanyakan, Wan Hajar binti Wan Ismail. Putera bongsu ini dilahirkan di Istana Kota Setar pada 1876.

Tunku Mahmud berkemungkinan jika diizinkan Allah menjadi Sultan Kedah sekiranya ditakdirkan kekandanya, Sultan Abdul Hamid mangkat awal.

Malangnya, Raja Muda Kedah itu tidak kesampaian apabila mangkat pada tahun 1937, lebih awal enam tahun dari kekandanya. (Sultan Abdul Hamid mangkat pada tahun 1943).

Perkahwinan putera Sultan Abdul Hamid, Tunku Badlishah dengan Tunku Sofiah, puteri Tengku Mahmud pada tahun 1924 mengeratkan lagi darah daging dan tali persaudaraan keluarga di antara mereka berdua.

Sejarah ada menyebut Tunku Mahmud ini sewaktu hayatnya memang seorang yang kuat amalan agamanya dan sangat warak serta suka berdamping dengan orang-orang alim.

Pada penghujung hayatnya Tunku Mahmud gemal mengasingkan diri untuk beribadat dan bersedekah jariah serta mendekatkan dirinya kepada Tuhan.

Tunku Mahmud mangkat pada 5 November 1937 dalam usia 62 tahun dan disemadikan di Makam Diraja Langgar berdekatan dengan makam anakanda saudaranya, Raja Muda, Tunku Ibrahim yang mangkat pada tahun 1934.





KONGSIKAN:

Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



  • Kiyai Rabingan Bin Kodiron ulama menabur jasa di Sekendi, Sabak Bernam

     Kodiron dan isterinya, Katiah, berasal dari Tanjung Rejo, Ponorogo, Indonesia. Mereka dikurniakan tujuh orang anak, iaitu Koliman, Ismail, Supinah, Sufiah, Sapurah, Kamisan, dan Rabingan. Kesemua anak mereka dilahirkan di Indonesia, namun hanya dua daripada mereka, Sufiah dan Rabingan, yang berhijrah ke Malaya.Anak bongsu Kodiron, Kiyai Rabin... Baca Selanjutnya

  • Rakyat Selangor raikan mampusnya Yang Kuo

    Pada tahun 1959, DYMM Sultan Selangor, Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah, mengumumkan khabar gembira kepada seluruh rakyat negeri Selangor dimana negeri itu telah dibersihkan dari keganasan komunis dan diisytiharkan sebagai kawasan ‘Puteh’.Pengisytiharan ini meletakkan 85 peratus dari seluruh Tanah Melayu, da... Baca Selanjutnya

  • Aku dah pernah terkena, ini nasihat aku sebelum buat alignment tayar

    Adik aku minta aku hantar kereta dia untuk buat penjajaran (alignment) roda kereta dia semalam kerana kereta dia baru tukar "steering rack".Aku macam biasa sebelum pergi buat alignment, mesti akan pergi pump setiap tayar di stesen minyak, kerana ramai operator kedai tayar tak periksa tekanan tayar sebelum buat alignment.Betul, semalam operator tak ... Baca Selanjutnya

  • Bahagian 5 : Keringat di Tanah Basah

     Saya dan Encik Mat, penolong Penghulu tidak rasmi Mukim Tanjung Karang telah ditugaskan menguruskan pendaftaran. Kami hanya menuliskan nama dan umur mereka sahaja. Kad pengenalan pada masa itu belum ada. Lebih kurang pukul 3.00 petang selesailah kerja-kerja pendaftaran peserta. Tuan Pegawai Daerah sungguh gembira kerana seramai 627 orang tela... Baca Selanjutnya

  • Asal usul Sekinchan tiada kena mengena dengan "Second Chance"

     Dakwaan mengarut sesetengah pihak yang mengatakan Sekinchan di Selangor merujuk kepada "Second Chance" yakni terjemahan bermaksud "peluang kedua". Timbulnya pengkisahan tersebut kononnya ianya merujuk kepada peluang kedua kepada masyarakat Cina yang ditempatkan semula di kampung-kampung baru Kem A, B,  dan C yang kini dikenali Site A, B ... Baca Selanjutnya

Ads Bottom