X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Mengenang Pelawak M. Zain

 

Seniman M. Zain atau nama sebenar Mohd. Zain bin Shariff dilahirkan di Jalan Perak, Pulau Pinang pada tahun 1921. Bapa beliau  seorang penjual mi yang dikenal dengan gelaran Shariff Tomato Mi.

M. Zain sangat meminati bidang komedi semenjak zaman kanak-kanaknya. Oleh itu, beliau kurang memberikan perhatian pada persekolahan. Kerana terlalu minat pada dunia lakonan, beliau sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk menonton bangsawan atau apa sahaja bentuk pertunjukan pentas.

Menginjak dewasa, M. Zain berkerja di pentas bangsawan bergerak. Pelbagai kerja dilakukannya seperti memasang dan mengecat pentas, memasang set, dan sebagainya dengan mendapat upah harian. Kadangkala, beliau menjadi penghibur gantian, bernyanyi dan berlawak.

Pada mulanya, M. Zain bekerja dengan Dean Opera. Kemudian, beliau bekerja pula dengan Seri Noran Opera. Tiga tahun kemudian, M. Zain benar-benar diberi peluang menjadi anak wayang. Beliau diberi peranan untuk menari, menyanyi dan berlakon, terutama cerita lucu. Normadiah merupakan salah seorang kawan rapat beliau ketika mereka sama-sama menyertai rombongan bangsawan pada pertengahan tahun 1940an. 

Pada tahun 1962, dengan bantuan Normadiah, beliau menetoka bidang perfileman. Filem pertama lakonan beliau ialah Mas Merah yang diarahkan oleh Dhiresh Ghosh pada tahun 1961. Filem tersebut dilakonkan juga oleh Ahmad Mahmud, Saadiah dan Ibrahim Pendek.

Tidak setakat itu, P. Ramlee pula mengambil beliau berlakon dalam filem, Labu Labi pada tahun 1962. Dalam filem tersebut, M. Zain membawa watak "Labu", manakala P. Ramlee membawa watak "Labi".

Filem Lalu labi mengangkat namanya bersama P Ramlee, bahkan ianya bokeh dikatakan gandingan pelawak bersama P Ramlee selain Aziz Satar dan S Samsudin.

Dari Labu Labi, lahir pula Nasib Labu Labi pada tahun 1963, sebuah filem komedi yang hangat di pasaran. M. Zain dan P. Ramlee menjadi pasangan pelawak yang sungguh serasi dan diminati. Kesemua lakonan M. Zain selama menjadi pelakon filem berbentuk lucu atau komedi kecuali lakonan beliau dalam filem, Ibu Mertuaku pada tahun 1963. Dalam filem bercorak drama berat arahan P. Ramlee itu, M. Zain memegang watak yang agak serius. Beliau berlakon sebagai pemilik rumah yang bernama "Bang Ali". Bang Ali berdepan dengan Kassim Selamat, pemain muzik buta yang tidak mampu membayar sewa rumah. Bang Ali terpaksa bertindak dengan cara yang paling lembut meminta Kassim Selamat mengosongkan bilik sewaannya. "Inilah lakonan yang paling sulit buat saya." ujar M. Zain ketika mengulas lakonan serius yang pertama kali dilakonkan oleh beliau.

Beliau menjadi penganggur selepas syarikat filem itu ditutup pada tahun 1967. Beliau jatuh sakit tidak lama selepas itu. Akhirnya, pada 31 Januari 1967, beliau menghembuskan nafas terakhir di Singapura pada usia 46 tahun. Kawan-kawan yang pernah bertugas dengan beliau di MFP, menyifatkan M. Zain sebagai seorang pelakon yang dedikasi dan kawan yang jujur serta ikhlas.

Filem-filem lakonan

Mas Merah (1961), Singapura di Langgar Todak (1961), Labu Labi (1962), Siti Muslihat (1962), Nasib Labu Labi (1963, Ibu Mertuaku (1963), Darah Muda (1963), Pilih Menantu (1963), Melancong ke Tokyo (1964), Siapa Besar (1964), Pusaka Pontianak (1965), Sayang Si Buta (1965), dan Aksi Kuching (1966).














Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Ayah saya menjadi yatim piatu angkara kekejaman komunis

    MENGENANG AYAHAyah saya Ahmad Bin Saman (1933 - 2004) jarang menceritakan mengenai dirinya. Saya fikir - ayah merasakan: "Hidup yang miskin tak ada cerita untuk dikisahkan kepada anak-anak."Cuma, saya melihat keperitan hidup ayah dengan ingatan paling mengharukan: 'Kisah hari pertama persekolahan tahun 1974'.Pada tahun yang sama juga - kakak saya F... Baca Selanjutnya

  • Mak, adik dan ramai ahli keluarga saya dibunuh pagi itu

    20 Ogos 2019Sebut sahaja tentang komunis, jelas terbayang di fikiran seorang warga emas kisah kekejaman, kezaliman, penderitaan dan kesedihan. Apa tidaknya, bagi Tik Sulong, 89, dia sendiri menyaksikan bagaimana ibunya, Temun Manang, adik lelaki berusia dua tahun dan dua orang anak saudaranya yang masih kecil dibunuh dengan kejam di hadapan mata ma... Baca Selanjutnya

  • Tragedi Kroh 1968 : Titik hitam sejarah kepolisan negara

    Dalam sejarah kepolisan negara, tarikh 17 Jun 1968 mencatat kisah duka iaitu serang hendap pengganas komunis ke atas konvoi Pasukan Polis Hutan (PPH) yang menyaksikan seramai 16 anggota terkorban, manakala 17 yang lain cedera parah. PPH atau kini dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am (PGA) diasaskan daripada pasukan Jungle Company semasa era darurat ... Baca Selanjutnya

  • Karamah Syeikh Ahmad Junaidin membantu mujahidin Afghanistan

     Siapa tak kenal dengan Syeikh Ahmad Junaidin, Mursyidul Am Persatuan Warga Melayu yang beribu pejabat di Sungai Petani, Kedah. Diceritakan bahawa, Syeikh Ahmad yang mewarisi ilmu Tok Kenali (Wali Allah di Kelantan) pernah menghancurkan kereta kebal tentera komunis soviet Russia yang ketika itu sedang menyerang bumi Mujahideen, Afghanistan.&nb... Baca Selanjutnya

  • Saya takkan lupa lihat ibu dan adik mati berpelukan

     Setiap kali datangnya tarikh keramat 23 Februari, ingatan tragedi Bukit Kepong yang mengorbankan ibu dan adik tetap segar dalam lipatan sejarah seorang warga emas dari Bandar Baharu Uda, Johor Baharu.Telah lama tragedi itu berlaku, bagi Jamilah Abu Bakar ia diibarat seperti baharu semalam berlaku dan kenangan pahit itu tidak akan dilupakannya... Baca Selanjutnya

Ads Bottom