Sebenarnya tidak ada peraturan yang mengatakan persahabatan manusia hanya terbatas pada manusia sahaja.Perkara ini dibuktikan sendiri oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dari Austria, dimana dia membina hubungan luar-biasa dengan sekumpulan haiwan daripada jenis marmut alpine atau tupai gunung.
Matteo Walch, telah menjalinkan ikatan unik itu ketika berusia baru empat tahun. Semuanya bermula selepas keluarganya memperkenalkan haiwan comel itu kepada kanak-kanak tersebut, buat pertama-kalinya saat mereka bercuti ke Grossglockner di Pergunungan Alpine Austria.
Grossglockner, merupakan banjaran pergunungan tempat habitat semulajadi bagi koloni sekumpulan marmut liar. Haiwan yang mirip tikus besar ini, biasanya sangat pemalu, sering menjarakkan diri dan sukar didekati.
Pendek kata, ia begitu berwaspada terhadap kehadiran makhluk bernama manusia. Sehingga sering menjauhi apabila didekati. Bagaimanapun, reaksi tupai tanah dari genus Marmota ini, sungguh berbeza setiap kali melihat Matteo.
Ketika pertama-kali berkunjung ke Grossglockner beberapa tahun sebelumnya, makhluk pemalu itu langsung tidak melarikan diri apabila didekati oleh Matteo.Malah, anggota koloni tersebut terus datang ke arah Matteo, layaknya seperti kenalan lama walaupun itu merupakan pertemuan pertama mereka.
Sejak hari itu, marmut dan kanak-kanak lelaki tersebut mulai berkawan baik sampailah ke hari ini, dalam tahun 2017.
Menurut kata ibu Matteo, Michael, anaknya itu amat mengasihi haiwan tersebut dan koloni marmut juga seperti faham dan seolah-olah mempunyai perasaan yang sama.
Buktinya, ' mereka ' sama sekali tidak takut kepada Matteo. Bahkan, haiwan penyegan itu terus datang mendekati dan bermesra dengannya tanpa sedikit pun rasa malu.
Marmut alpine, iaitu haiwan yang bersahabat dengan Matteo merupakan spesies marmut terbesar.Dimana, panjangnya mencapai 21 inci dan berat melebihi lapan kilogram.
Haiwan jenis ini, dikatakan bijak mengawal diri. Akan tetapi, apabila berasa terancam, marmut biasanya akan bersiul kuat bertujuan mengingatkan koloninya untuk melarikan diri dari bahaya.
Difahamkan, Matteo tidak memelihara atau membela marmut sebagai haiwan peliharaannya.Dia hanya mengunjungi Grossglockner, melawat koloni tersebut selama dua minggu setiap tahun pada musim panas.
Apa yang menakjubkan, sungguhpun pertemuan itu hanya berlaku setahun sekali. Namun, marmut-marmut tersebut tidak pernah melupakan Matteo. Paling mengharukan, sebaik sahaja melihat kelibat Matteo, marmut-marmut itu akan berlari keluar dari tempat persembunyian dan mula menyapa dari hidung ke hidung.
Tidak habis di situ, makhluk berbulu berkenaan akan cuba memanjat naik ke atas tubuh Matteo sebelum terjatuh dan ketawa.
Oleh kerana jarang bertemu, Matteo memastikan akan meluangkan masa setiap hari selama berjam-jam dengan koloni sahabatnya itu.Sambil berbisik-bisik, bergurau, berpelukan dan memberi makan.Tidak ketinggalan juga merakam gambar kenangan bersama.
Pada tahun 2024, Matteo Walch telahpun menginjak pada usia 18 tahun. Apakah hubungan akrabnya, bersama kawanan marmut di banjaran gunung Grossglockner masih lagi terjalin seperti dahulu, tidaklah dapat dipastikan lagi.
Sumber : The Memory Matteo Walch And Marmots Colony.
Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI
KONGSIKAN: