Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Leftenan Adnan pada awal kehidupan seorang pejuang


Leftenan Adnan dilahirkan di Bukit Tinggi, Sumatera Barat, pada tahun 1914. Ayahnya bernama Saidi Sutan Bendahara, dan ibunya pula Raibah Raja Nan Kaya. Ketika Leftenan Adnan baru berusia setahun, keluarganya berhijrah ke Malaya dan menetap di Bangi, Selangor selama beberapa tahun sebelum berpindah ke Kampung Sungai Ramal.

Di Kampung Sungai Ramal, Pak Saidi dan Raibah dikurniakan lima orang anak: seorang perempuan, Fatimah, yang lahir pada tahun 1917, dan empat lelaki, iaitu Ahmad pada tahun 1922, Hashim pada tahun 1925, Amarullah pada tahun 1928, dan Dahlan pada tahun 1932.

"Dari kecil lagi, Leftenan Adnan sudah menunjukkan sikap yang tegas. Jika ada di antara kami yang melakukan kesalahan, beliaulah yang akan marah. Jika beliau berpesan untuk tidak melakukan sesuatu, adalah lebih baik kita mengikut perintahnya," kata Encik Amarullah lagi. 

"Jika difikirkan, perwatakan Adnan dan bapa kami amat serupa. Keduanya tegas dan berdisiplin dalam segala perkara yang dilakukan."

Leftenan Adnan bin Saidi menjalani pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong Sungai Ramal, yang membentuk asas ilmu pengetahuannya. Setelah itu, beliau berkhidmat sebagai guru pelatih di sekolah yang sama selama setahun. Selain itu, Adnan juga pernah melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah agama di Jenderam selama dua tahun, menunjukkan semangatnya untuk menambah pengetahuan dan pendidikan.

Memasuki usia remaja, pada umur 17 tahun, Adnan membantu ayahnya menoreh getah dan menguruskan rumah asap yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumah mereka. Dalam tempoh ini, beliau juga aktif dalam seni mempertahankan diri dan bermain bola sepak, menunjukkan bahawa selain daripada memberi tumpuan kepada pekerjaan, beliau juga mementingkan penyertaan dalam aktiviti fizikal dan sosial.

Menceritakan tentang abangnya, Leftenan Adnan, Encik Amarullah Saidi berkata, "Abang saya pernah ditawar untuk menjadi seorang guru kerana kecemerlangannya dalam pelajaran."

Namun, jelasnya, "Tetapi beliau lebih cenderung untuk masuk ke dalam tentera kerana beliau gemarkan disiplin yang ketat. Beliau memang seorang yang tegas dan tidak suka menangguhkan pekerjaan."

Encik Amarullah juga menambah, "Ibu saya pernah menceritakan bahawa abang saya tidak akan berubah fikiran setelah membuat keputusan. Malangnya, pilihan untuk menyertai tentera itulah yang meragut nyawanya."

Pada tahun 1933, ketika berusia 18 tahun, Leftenan Adnan menyertai Pasukan Askar Melayu. Adik-beradiknya juga menunjukkan kecenderungan untuk berkhidmat kepada negara. Ahmad, salah satu adik Leftenan Adnan, menyertai Tentera Laut di Singapura, tetapi malangnya terkorban semasa Perang Dunia Kedua. Amirullah, yang juga merupakan adik beliau, menyertai Tentera British selepas perang, manakala adiknya yang lain, Dahlan, berkhidmat dalam pasukan polis. 

Selepas pulang dari London, di mana Allahyarham Adnan menyaksikan perbarisan sempena penobatan Raja Inggeris, King George VI pada tahun 1937. Kelihatan Sarjan Adnan Saidi dengan bersama dua rakannya di Majlis Perayaan dan Pertabalan King George VI dan Ratu Elizabeth di London pada 20 Mei 1937. Sarjan (kemudian Leftenan) Adnan adalah seorang daripada empat wakil Kontijen Askar Melayu yang dipilih untuk menyertai 200 tentera negara-negara di bawah jajahan British untuk upacara perbarisan hormat Diraja. Dikisahkan Sarjan Adnan Saidi sempat membeli sebentuk cincin berlian di London untuk buah hatinya di kampungnya Sungai Ramal, Kajang yang dikahwininya selepas pulang dari London.

Sejak Leftenan Adnan Saidi berkenalan dengan bakal isterinya, Safiah Fakir (Pak Mala), mereka sering bertemu dalam majlis-majlis keramaian di kampung mereka. Pada tahun 1938, beliau berkahwin dengan Cik Safiah Pakir, seorang guru, dan mereka dikurniakan tiga orang anak: dua lelaki dan seorang perempuan. Malangnya, anak perempuan mereka meninggal dunia ketika berusia kurang dua bulan. Sebelum itu, beliau telah bertugas di Kampung Sungai Ramal ketika tentera Jepun mendarat di Malaya pada Disember 1941. 


Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



  • Pelabuhan Klang : Kisah sebuah kampung nelayan kecil

    Sebelum kedatangan British, Pelabuhan Klang dikenali sebagai Kuala Klang. Berdasarkan sejarah lisan di situ, muara Sungai Klang pula dipanggil sebagai Pasang Api dalam kalangan penduduk tempatan dan Orang Asli di sekitar kawasan itu dahulu.Semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka, Penghulu Tun Perak telah mengarahkan api dipasang di bahagian muar... Baca Selanjutnya

  • KUBU : Wadah perjuangan aktivis kebudayaan Melayu

    Kumpulan Budi Utama atau ringkasnya KUBU telah ditubuhkan pada 20 Julai 1958 di Petaling Jaya, Selangor di mana penyertaannya terbuka bukan sahaja kepada orang Melayu tetali turut terbuka kepada orang bukan Melayu yang sealiran kebangsaan bagi memperjuangkan cita-cita menegakkan kebudayaan asli Melayu sebagai teras dan dasar Kebudayaan Kebangsaan n... Baca Selanjutnya

  • Dekad 60an kebangkitan pejuang Bahasa Melayu

    Pada awal 1960an terdapat segelintir orang bukan Melayu yang berfahaman cauvinis menentang keras menjadikan kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Isu bahasa kebangsaan diambil kesempatan oleh golongan cauvinis untuk mendapatkan laba keuntungan politik dengan menyemarakkan api perkauman.Rasa kurang senang orang-orang Melayu semakin tak ... Baca Selanjutnya

  • Serangan subuh berdarah di Kuala Selangor

    Pada 14 Julai tahun 1871, pihak tentera Inggeris telah mengempur kedudukan pahlawan-pahlwan Melayu yang merupakan pengikut Raja Mahadi di Kuala Selangor. Penyerangan ke atas Kuala Selangor ini adalah ekoran dari peristiwa 14 Jun 1871 apabila sebuah tongkang Cina dari Pulau Pinang telah diserang oleh lanun-lanun Cina dan menyebabkan seramai 34 orang... Baca Selanjutnya

  • Mengapa Yahudi-Zionis mahu merebut Sudan

    Dunia Islam masih lagi menerima kejutan daripada normalisasi yang berlaku antara UAE dan Bahrain dengan Israel. Bahkan kebanyakan umat Islam masih lagi dalam keadaan marah dengan tindak tanduk dua negara ini yang sanggup mengkhianati perjuangan pembebasan Palestin yang menjadi tunjang perjuangan Dunia Islam sejak puluhan tahun yang lalu.Pada tangga... Baca Selanjutnya

Ads Bottom