Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Akhirnya orang Melayu berundur diri, padan muka kita!



Kali ni ni aku nak cerita perangai bodoh orang Melayu bab tanah. Semuanya kerana tamak dan cara berfikir yang cetek.

Kisahnya aku bersembang dengan seorang runner pemaju, dia seorang Melayu. Kerja dia selain tolong pemaju berurusan dengan agensi kerajaan dia juga broker mencari pemilik-pemilik tanah untuk usahasama dengan majikannya untuk membina taman perumahan.

Dia ada menceritakan ada tiga orang Melayu yang memiliki tanah lebih kuramg empat ekar di Sabak Bernam. Senang cerita tanah tu berkongsi dan status tanah tu pertanian dan bukan rizab Melayu, maknanya orang bukan Melayu boleh membelinya.

Dia pujuk pemilik tanah tu untuk dibangunkan secara usahasama, pemaju ada modal, orang Melayu tu ada tanah, buat skim perumahan 20 unit rumah teres dua tingkat dengan harga bukaan dalam RM400,000.00. Harga yang rata-rata orang Melayu Sabak Bernam ni tak mampu nak beli pun.

Pemilik tanah dapatlah duit dan seunit rumah. Harga rumah tu mahal, ye la pemaju nak tampung balik la modal duit dan rumah percuma yang pemilik tanah tu dapat.

Kuota Bumiputera memang tak boleh nak pergi, sebab mahal. Pemaju buatlah pelepasan kuota bumiputera tu kepada bukan bumiputera. Akhirnya baki 17 unit tu di "tapaw" oleh orang bukan Melayu. Tiga pemilik Melayu yang dapat rumah percuma tu pun tak tahan hidup dengan keliling bukan Melayu.. anjing menyalak sana sini, surau pun tiada, tak selesa gamaknya, mereka akhirnya menjual rumah masing-masing dan dijual juga kepada bukan Melayu juga sebab orang Melayu tak mampu nak beli dengan harga pasaran disitu.

Akhirnya, tanah yang asalnya empat ekar yang dimiliki 100 peratus oleh orang Melayu kini 100 peratus bertukar tangan kepada orang bukan Melayu.. segala-galanya kerana duit. Perlahan-lahan orang Melayu berundur diri.. bodohkan? padan muka kita.



Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



Ads Bottom