Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Variasi Tanpa Limitasi

Masukkan carian anda di sini !

Batu Geliga Mestika Embun dan Kesultanan Perak



Dalam semua Raja-Raja dan Sultan-Sultan di dunia ini, hanya Sultan Perak yang memiliki Batu Geliga. 

Batu Geliga Mestika Embun telah dipersembahkan kepada Sultan Perak yang pertama iaitu Sultan Mudzaffar Shah oleh Tun Perabu atau dikenali sebagai Tok Puan Puteh ( setelah meninggal dunia dikenali sebagai Tok Temong ) yang datang bersama 77 ekor gajah dari Hulu Perak semasa hari Pertabalan Baginda sebagai Sultan Perak yang pertama pada tahun 1528. 

Sehingga sekarang Batu Geliga Mestika Embun adalah salah satu dari alat kebesaran penting dalam istiadat Pertabalan Sultan Perak. 

Kali terakhir Batu Geliga Mestika Embun di bawa keluar dari tempat simpanan rahsianya untuk dipersembahkan oleh Toh Seri Nara di-Raja kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al - Maghfurlah, semasa hari Pertabalan Baginda sebagai Sultan Perak yang ke 35 pada tahun 2015. 

Sekarang Batu Geliga Mestika Embun berada di tempat simpanan rahsianya, dan Batu Geliga ini hanya akan dikeluarkan semula dari tempat peyimpanannya pada hari Pertabalan Sultan Perak ke 36 di masa hadapan. 

Sudah 492 tahun Batu Geliga Mestika Embun berada dalam jagaan dan simpanan keturunan kesultanan Perak . 

Semasa Hari Pertabalan Sultan Perak ke 35 buat pertama kalinya Rakyat Malaysia dapat melihat akan rupa , bentuk dan saiz sebenar Batu Geliga Mestika Embun yang menjadi rahsia selama ratusan tahun lamanya. 

Malaysia.royalfamily

PROMOSI BUKU

Gambar Buku

Kitab Tamadun Yahudi

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 5,000 tahun tamadun mereka. Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya. KITAB TAMADUN YAHUDI merangkumi sejarah bangsa Yahudi membina peradaban mereka di dunia. la ditulis merangkumi sejarah peperangan, agama, kebudayaan, malahan pencapaian-pencapaian mereka.

INFO LANJUT KLIK DI SINI


KONGSIKAN:



SHOPEE MALAYSIA
Cadar Kalis Air (Waterproof) untuk Masalah Anak Kencing Malam
Bedsheet Waterproof Tilam Kalis Air Kencing Malam Cadar Single/QUEEN Mattress Protector Cover
RM17.30
BELI SEKARANG

Ads Bottom