Terkini

20/trending/recent

X-PLORASI

Masukkan carian anda di sini !

Pusara sepi mangsa tragedi 13 Mei 1969


Tanah perkuburan ni telah diwartakan sebagai tanah perkuburan bukan Islam menurut Persatuan Sahabat Warisan Kuala Lumpur dan Selangor (Pesawa).

Kumpulan itu juga dilantik sebagai ejen untuk menguruskan tapak tersebut. Mereka juga merancang untuk menaiktaraf kemudahan di tapak perkuburan tersebut dan memupuk masyarakat tentang nilai sejarah tempat tersebut.

Kalau pernah tersesat kat bukit kecil belakang Hospital Sungai Buloh dan Masjid Ibnu Sina, mungkin pernah terserempak dengan tanah perkuburan usang yang jarang orang lawat. Walaupun saiznya tak sampai dua gelanggang badminton, kat sini ada lebih dari 100 batu nisan, tersusun rapat dalam empat barisan.

Usang dan tenggelam dalam rumput rampai, kebanyakan batu nisan ni ringkas, cuma mencatatkan nama-nama dan tarikh.

Tapi satu persamaan bagi setiap batu nisan ni adalah semuanya ‘atas ihsan Kerajaan Malaysia’.

Sepanjang lebih empat dekad, tak ramai yang tahu kewujudan tanah perkuburan terpencil ni. Kemudian, pada tahun 2017, timbul berita yang kubur-kubur ni akan dijadikan tempat letak kereta, dan sebahagian hutan kat sekelilingnya dah dibuka pun.

Apa pentingnya tanah perkuburan usang ini?

Menurut saksi yang ada masa tempat ni dijadikan tanah perkuburan, yang ditanam di sini adalah mangsa-mangsa rusuhan kaum 13 Mei.

Ikut angka rasmi, sebanyak 200 orang terkorban masa rusuhan ni, tapi ada yang menyatakan jumlahnya jauh lagi tinggi. Walaupun banyak laman web dan berita yang cuba terangkan apa sebenarnya jadi masa rusuhan tu, generasi yang lebih muda yang lahir lepas insiden tu (macam kitorang) mungkin tak faham apa sebenarnya punca rusuhan tu. Semua yang kita tahu datang dari laporan, blog, dan cerita-cerita dari mereka yang terselamat.

Sebelum adanya Hospital Sungai Buloh, kawasan tu adalah tempat tinggal pesakit kusta yang dikenali sebagai Sungai Buloh Leprosy Settlement (SBLS). Sejak ditubuhkan pada tahun 1930, pesakit kusta dibawa dari serata negara untuk ditempatkan kat sini, jauh dari masyarakat, sementara diorang dirawat dan direhabilitasi.

Sebab kawasan ni terpencil dan pemandangannya hijau, pesakit kusta kat sini menggelarkan tempat ni dengan nama Valley of Hope (Lembah Harapan), sebab ia memberi semangat yang satu hari nanti diorang akan sembuh dan boleh jumpa orang lain semula. Tapi kehidupan diorang yang aman terganggu satu hari di tahun 1969.

Salah seorang bekas pesakit di SBLS pada masa tu ingat suatu hari di mana lori-lori datang ke tapak perkuburan tu, diiring pegawai kerajaan. Bila orang disitu hendak tahu apa yang terjadi, mereka diarahkan untuk tengok ke arah tempat lain.

Pada mulanya, pesakit-pesakit kat SBLS tu tak tahu bau apa yang busuk tu, dan pegawai kerajaan yang ada masa tu macam sedang simpan rahsia. Tapi, lepas dua orang pesakit dipanggil untuk tolong diorang, tahulah bau apa sebenarnya: mayat-mayat mangsa dari tragedi 13 Mei.

Menurut seorang lagi bekas pesakit kat SBLS masa tu, mayat yang dibawa ke situ diselaputi tar hitam. Ada keterangan dari doktor-doktor yang kerja di Hospital Besar Kuala Lumpur pada tahun 1969, bahawa mayat mangsa tragedi yang dibawa ke sana disalut tar di rumah mayat sebelum dihantar keluar untuk dikebumikan, untuk menutup warna kulit dan seterusnya identiti bangsa mangsa.

Menurut rekod dari Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebanyak 103 mayat dikebumikan di sini.

Sungguhpun sesetengah keluarga mangsa berjaya cari semula kubur ahli keluarga diorang kat sini, sesetengahnya cuma jumpa lepas tahu kewujudan kubur ni melalui berita.

Terdapat kes di mana ahli keluarga dapat tahu yang mangsa ditanam di sini. Tapi kebanyakannya tak tahu sebab keadaan masa tu sangat huru-hara.











Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI



KONGSIKAN:



Ads Bottom