Hui Sai-fun ialah seorang taikun Hong Kong yang terkenal dalam bidang perkapalan dan hartanah.
Beliau mengetuai Central Development Group, sebuah syarikat keluarga yang memiliki bangunan ikonik di kawasan Central, Hong Kong.
Walaupun memiliki kekayaan luar biasa, beliau terkenal sebagai seorang yang sangat rendah diri dan jarang muncul di khalayak ramai.
Apabila beliau meninggal dunia pada usia 97 tahun, Hui Sai-fun meninggalkan harta bernilai kira-kira HK$42 Bilion.
Hui, yang mewarisi kepintaran perniagaan bapanya, bimbang tentang gaya hidup "playboy" anaknya yang kurang minat dalam perniagaan
Jadi, beliau tidak menyerahkannya terus kepada waris, sebaliknya meletakkan seluruh kekayaan itu dalam satu Tabung Amanah (Trust Fund).
Melalui tabung ini, 15 ahli keluarganya termasuk anak lelakinya Julian Hui akan menerima elaun bulanan sekitar HK$2 juta setiap seorang.
Dengan pengagihan cara "kedekut" ini, kekayaan tersebut dianggarkan hanya akan habis selepas lebih 1,700 tahun. Ia merupakan strategi jangka panjang untuk memelihara kekayaan keluarga
Strategi ini menunjukkan betapa beliau mahu memastikan kekayaan keluarga tidak cepat habis dibazirkan dan boleh dinikmati generasi ke generasi
Langkah ini, walaupun dikritik oleh media, adalah keputusan yang bijak untuk melindungi warisan keluarga untuk generasi akan datang.
Ikuti kami di Telegram KLIK DI SINI
KONGSIKAN: